Jom kenali Rasulullah SAW

 JOM KENALI NABI SAW!
 Usrah Hijrah Haura


sambungan dari isnin lepas

 HIJRAH SEHINGGA NABI STABIL DI MADINAH

#8 Rasul s.a.w. dan teman Baginda (Abu Bakar) telah sampai ke Madinah pada 12 Rabiul Awal.

Baginda sampai ke sana setelah para sahabat lama menanti.

Mereka keluar setiap pagi ke pinggir Madinah dan hanya pulang setelah matahari memancar terik pada waktu tengah hari.

Apabila mereka melihat Baginda, mereka merasa amat gembira.

Kanak- kanak mula mendendangkan nasyid diiringi dengan gendang-gendang:

Bulan purnama telah terbit kepada kami, dari jalan-jalan bukit ul-Wada.

Wajib ke atas kami untuk bersyukur, terhadap seruan penyeru kepada Allah.

Wahai utusan yang diutuskan kepada kami,

Kami datang bersama perkara yang dipatuhi.

9 Dalam perjalanan Baginda s.a.w. ke Madinah, Baginda singgah di Quba, sebuah kampung di selatan Madinah.

Kira-kira dua batu dari Madinah.

Baginda telah mengasaskan masjid pertama yang dibina dalam Islam dan tinggal di sana selama empat hari.

 Kemudian Baginda bertolak ke Madinah pada pagi Jumaat.

Ketika Baginda di perkampungan Bani Salim bin 'Auf, waktu solat Jumaat telah masuk.

 Lalu Baginda membina sebuah masjid di situ dan menunaikan solat Jumaat pertama dalam Islam.

Baginda s.a.w. menyampaikan khutbah pertama dalam Islam.

Seterusnya Baginda menyambung perjalanan menuju ke Madinah.

Apabila sampai di sana, tindakan pertama yang dilakukan ialah memilih tempat unta Baginda berhenti duduk, untuk dijadikan sebagai masjid.

Tempat tersebut adalah milik dua orang kanak-kanak Ansor yang yatim.

Baginda tawar menawar harga tanah tersebut dengan mereka berdua.

 Kedua-dua kanak-kanak itu berkata:

"Kami berikannya kepada kamu, wahai Rasulullah."

 Namun Baginda berkeras untuk membelinya dengan harga 10 dinar emas yang dibayar menggunakan harta Abu Bakar.

Kemudian Baginda melakukan kempen agar orang Islam turut serta membina masjid.

Mereka segera melakukannya. Rasul s.a.w. turut terlibat bersama mereka memindahkan batu bata, sehinggalah sempurna pembinaan masjid tersebut.

Dinding masjid itu dibina daripada batu bata dan bumbungnya daripada pelepah-pelepah kurma yang diletakkan pada batang-batang kurma.

nantikan sambungan pada isnin hadapan

 Kerna Bidadari itu Tempatnya di Syurga

Tiada ulasan: