Kupasan Bicara Cinta

Bismillahirrahmanirrahim
Topik cinta kita pada kali ini kita akan kupas berdasarkan video nasihat Sheikh Rohimuddin.


Toyyib. Salallah sayidina Muhammad.

Dalam video ini, Sheikh menyatakan mengenai kalau kita cinta maka kita akan mencintai seluruh benda yang berkaitan dengan dia, sebab itu, orang kata kalau bernikah, kita bukan sekadar menikahi jasad dia, bukan sekadar menikahi dia, tetapi juga seluruh anggota keluarga dia. Juga bernikah dengan seluruh kelemahan dia, seluruh kelebihan dia.

Jadi, jika benar cinta, jangan hanya cintakan dia sahaja, cintai juga segala perkara yang berkaitan dengan dia, sebab apa? Sebab jika kita hanya mencintai dia, kita akan tidak mempedulikan perkara yang lain, jadi apabila berlaku sedemikian, dekat situ, akan jadi susah untuk bertoleransi. Sebab apa? Sebab kita hanya menyayangi dia sahaja, perkara-perkara tentang kakak dia ka, adik dia ka, kita tak ambil peduli. Lama kelamaan nanti kita akan jadi "selfish", lama kelamaan, hubungan menjadi retak, dan apabila sudah retak, siapa yang gembira? Jika bukan syaitan laknatullah.

Sebab itu, kalau betul-betul nak bercinta, kena fahami dulu, cinta itu bukan hanya untuk dia, tetapi juga untuk semua perkara yang berkaitan dengan dia, semua orang yang berkaitan dengan dia. Tapi masalahnya, kita lihat pada zaman sekarang, pada zaman remaja sekarang, bila sebut tentang cinta, dia hanya mencintai orang itu sahaja. Disebabkan itu, dia sanggup buat apa sahaja, sampai dia menolak agama, sampai dia membelakangkan agama, sampai dia menolak hati sendiri, tak jaga pun hati dia, mata dia, dan dia tak jaga pun diri dia sendiri, sebabnya, dia mendefinisikan cinta dengan "aku cintakan dia, hanya dia, hanya dia yang ada dalam hati aku".

Di situ, bermula kesilapan untuk kita ke arah kemaksiatan, sebab apa? Sebab demi dia, kita sanggup buat apa sahaja, sebab kita tak fikir mengenai orang-orang yang dekat dengan dia, kita tak cinta pada ibu bapa dia, kita tak fikir bagaimana perasaan ibu bapa dia, kita tak cinta pada abang dia, kakak dia, adik dia, saudara mara dia, kita tak cinta pada semua yang akan mendorong kita untuk menjaga diri, kita cinta dia seorang ja, lalu bila dia ajak buat maksiat dan sebagainya, kita sanggup. Di situ, definisi cinta yang salah.
Ada orang, apabila jatuh cinta, dia sampai tak dapat menguruskan dirinya. Sebab dia terlampau meletakkan diri dia dalam cinta itu, adakah ini menunjukkan bahawa cinta itu salah? Sebenarnya tidak, cinta itu tak salah, tetapi bagaimana kita mengawal cinta itu, bagaimana kita menguruskan diri kita agar cinta itu masuk ke dalam hati kita, menjadi sesuatu yang amat baik, bukannya kita yang tenggelam dalam cinta itu, sebab apabila kita tenggelam dalam cinta, selalunya akan ada nafsu sekaligus yang lama kelamaan mempengaruhi cinta itu, dan akhirnya kita bukan tenggelam dalam cinta, tetapi kita tenggelam dalam nafsu.

Jadi, buat orang yang ada suka kepada sesiapa, seperti "crush", tidak mengapa, kalau nak suka ka nak apa ka, suka lah, sebab benda tu kita tidak dapat mengawalnya, tapi jangan kita melupakan adab wal akhlak. Adab wal akhlak kita sebagai seorang muslimah. Muslimah ni, sepatutnya malu dia tu sangat tinggi. Namun apabila kita melihat pada muslimah pada zaman sekarang, malu dia tu, kadang kala lebih kurang daripada malunya seorang lelaki. Bagaimana seorang lelaki boleh mengatasi tahap malunya melebihi wanita? Di situ, kita perlu "check" diri kita semula, bagaimana cinta ini telah membawa kita.

Jika kita merasakan cinta ini ke arah jalan yang merosakkan kita, maka tinggalkan, walaupun sakit, walaupun perit, itu lebih baik daripada kita terus menerus meninggalkan Allah azzawajalla.


Apa perasaan jika kita cinta pada lelaki, kita luah pada dia tapi dia tolak cinta kita?
Kecewa. Sedih. Malu. Naam, itu semua yang berlaku apabila cinta tak disambut. Makanya cinta itu terjadi apabila ianya disambut. Cinta itu hanya satu. Jika ada 2 watak dalam 1 cinta itu bukan cinta. Itu compromised. Sekadar bertolak ansur untuk menjaga hati dia. Lama lama tak tertahan retak jua.

Maka cinta itu perlu disambut!

Salallah sayyidina muhammad..
Cinta pada rasulullah. Cinta pada Allah.. sentiasa bersambut.Cintakah kita pada Baginda yang menangis memikirkan mengenai keadaan kita? Yang sampai malu berjumpa Allah meminta waktu solat dikurangkan hanya demi kita??!! Yang saat ditarik nyawanya meminta biar sakit itu ditanggung demi kita??!!
Wahai yang dicintai Rasulullah.. sungguh.. adakah benar cinta kita pada Baginda SAW?
😭😭😭😭😭😭
Sahabah saya pernah berkata. Allah kurniakan cinta untuk dikembalikan kepada Dia. Jadi cinta ini bukan untuk kita tapi cinta itu diberi untuk kita kembalikan kepada Allah. Untuk kita cinta semula pada Allah. Untuk kita patuh pada perintah Dia. Itu cinta.

Tapi adakah kita melaksanakannya dengan telus? Aku cinta pada Allah tapi aku bermaksiat. Aku cinta pada Allah tapi aku solat di hujung waktu. Aku cinta pada Allah tapi dengan ajnabi aku tak jaga malu..
Ini cinta kita? Cinta palsu!

Allah cinta kepada kita. Kita cinta kepada Allah. Allah kurniakan cinta buat kita agar kita cari Allah sentiasa.
Sahabat semua.. termasuk saya. Sedarlah inilah yang dinamakan cinta hakiki. Jadi setiap kali rasa retak kerana cinta ingatlah asas sebuah cinta itu dicipta oleh Allah untuk Allah. Maka kembalilah kepada asasnya kelak akan bahagia tenggelam dalam cintaNya.

Wallahutaalaalam bishsawab wa ilaihi marjiul maab ☺☺☺

1 ulasan:

Fareez Izudin berkata...

Nice article... Need more such sharing in the future.. It's really interesting ^_^