Soalan Kuiz Hijrah Haura

Assalamualaikum,

1. Sebutkan secara berturutan Cara-cara beristinjak menggunakan batu.

๐Ÿ‡ a. Menyediakan 3 ketul batu yang tidak licin atau seketul batu besar yang cukup ruang bersih untuk dibuat 3 sapuan.

b. Bermula dari tempat yang suci, disapu pada bahagian yang berkotoran.

c. Sunat bermula dgn bahagian kanan.

d. Sapuan kedua pada bahagian tgh dan sapuan ketiga pada bahagian kiri.

e. Jika terdapat najis yang meleleh maka wajib menggunakan air untuk beristinjak (bonus)

2. "Seorang lelaki sedang bersolat jemaah, kemudian di pipi nya terdapat seekor nyamuk yang besar sedikit daripada saiz biasa, dia menepuk nyamuk itu kemudian melihat pada tangannya dan tersedar terdapat kesan darah."

Berdasarkan situasi di atas, adakah sah solat lelaki ini?

๐Ÿ‡ sah

3. Sebutkan rukun tahiyat akhir

๐Ÿ‡ Rukun tahiyat ialah :

a. Bacaan at tahiyah - "Attahihiyyatul.... Lillah.."

b. Salam ke atas nabi - "Assalamualaika ayyuhan nabiyyu warahmatullahi wabarakatuh"

c. Doa ke atas diri sendiri- " Assalamualaina..."

d. Tasyahud - "asyhadu an lailahaillallah..."

e. Selawat


4. Apakah hukum melakukan tahiyat awal dalam solat fardu?

๐Ÿ‡ Sunat ab'ad

5. Apakah hukum seorang lelaki Muslim untuk solat fardu berjemaah di masjid dalam mazhab imam As syafii?

๐Ÿ‡ Fardhu kifayah , hukum solat berjemaah di masjid

ulama ber beza pendapat  kerana berbeza dalil yg diambil.

 1. wajib (mazhab Hambali ) 2. fardu kifayah  (mazhab Syafie ) . 3. sunnat muakkadah  (mazhab Hanafi dan Maliki ).

๐Ÿปdalil mazhab Hambali  (wajib solat berjemaah ) hadis Nabi saw tanya  kpd ibnu Maktum yg buta ุงุณู…ุนุช ุงู„ู†ุฏุงุก adakah kau dengar azan? ibnu Maktum jawab ya. Nabi saw bersabda ูุงุฌุจ pergilah masjid dan juga hadis sahih Bukhari Muslim  ูุงุญุฑู‚ ุจูŠูˆุชู‡ู… aku nak bakar rumah2 org yg tak p masjid

 dalil mazhab Syafie  (fardu kifayah solat berjemaah ) hadis riwayat Ahmad yg dihukum hasan oleh imam Nawawi ู…ุง ู…ู† ุซู„ุงุซุฉ ููŠ ู‚ุฑูŠุฉ ูˆู„ุง ุจุฏูˆ ู„ุง ุชู‚ุงู… ููŠู‡ู… ุงู„ุตู„ุงุฉ ุฅู„ุง ุงุณุชุญูˆุฐ ุนู„ูŠู‡ู… ุงู„ุดูŠุทุงู†  tidak ada 3org keatas pd kampung atau penempatan badwi yg tidak didirikan solat jemaah pasti syaitan yg menguasai tempat tersebut.
istdlal hadis: hadis ini menunjukkan yg berdosa sekiranya satu kampung tidak buat jemaah. sekiranya ada sebahagian sudah memadai dari dikuasai syaitan.

dalil mazhab Maliki dan Hanafi  (sunat muakkadah solat berjemaah ) :hadis Bukhari Muslim  ุตู„ุงุฉ ุงู„ุฌู…ุงุนุฉ  ุฃูุถู„ ู…ู† ุตู„ุงุฉ ุงู„ูุฐ ุจุณุจุน ูˆุนุดุฑูŠู† ุฏุฑุฌุฉ solat berjemaah lebih baik dr solat bersendirian dgn 27 gandaan.
istidlal hadis:  berjemaah 27. solat sorang 1 darajah. ini menunjukkan solat seorang dapat satu darajah dan tidak berdosa dan lebih baik berjemaah.

kesimpulan : pergilah solat berjemaah kerana ia sgt penting kerana di zaman Nabi saw.  ibnu Mas'ud berkata ูˆู„ู‚ุฏ ุฑุงูŠุชู†ุง ู…ุง ูŠุชุฎู„ู ุนู†ุง ุนู† ุตู„ุงุฉ ุงู„ุฌู…ุงุนุฉ ุงู„ุง ูˆู‡ูˆ ู…ู†ุงูู‚ ู…ุนู„ูˆู… ุงู„ู†ูุงู‚ sesungguhnya aku tengok tidak ada yg tinggal solat berjemaah di zaman Nabi saw melainkan org munafik yg jelas nifaqnya. sahih Bukhari.

6. Bagaimanakah cara untuk melatih diri agar takut kepada Allah

๐Ÿ‡ (mana2 jawapan yang relevan dan tidak keluar dari ahlul sunnah wal jamaah)

7. Apakah yang lebih utama untuk seorang muslimah, duduk beribadah dan berkhidmat di rumah atau keluar berdakwah dan menonjolkan diri untuk agama? Nyatakan sebab.

๐Ÿ‡ Berkhidmat di rumah, kerana ganjaran seorang wanita yang berjihad dan berdakwah dari dalam rumah lebih besar ganjaran dan Fadhilatnya daripada berada di luar rumah bahkan ada ulamak yang menyatakan makruh untuk wanita berdakwah di luar rumah mahupun di khalayak ramai (Internet termasuk juga) jika tiada darurat dan jika tidak menjaga adab hingga mendatangkan fitnah.

8. Apakah yang lebih utama untuk seorang lelaki Muslim, mendengar ilmu atau mengamalkan ilmu.  Nyatakan sebab.

๐Ÿ‡ Mengamalkan ilmu, kerana mendengar ilmu tanpa mengamalkan tidak ada kesan yang baik dan telah menyalahi tanggungjawab sebagai seorang Muslim.



9. Sebutkan 20 sifat Allah

๐Ÿ‡ a. Wujud (Ada)
b. Qidam (Tidak ada permulaan)
c. Baqa' (kekal)
d. Mukhalafatul lil hawadith (Suci dari sebarang persamaan dengan makhluk)
e. Qiyamuhu binafsihi ( Berdiri dengan sendirinya)
f. Wahdaniyat ( Tunggal/esa)
g. Hayat (kekal hidup)
h. Qudrah (berkuasa)
i. Iradah (berkehendak)
j. Ilmu (mengetahui segala sesuatu)
k. Sama' (maha mendengar)
l. Bashar (maha melihat)
m. Kalam (maha berbicara)
n. Qadiran ( keadaan Nya maha berkuasa)
o. Muridan ( keadaan Nya maha berkehendak)
p. Aliman (keadaan Nya maha mengetahui)
q. Hayyan ( keadaan Nya maha hidup)
r. Sami'an (keadaan Nya maha mendengar)
s. Bashiran (keadaan Nya maha melihat)
t. Mutakalliman (keadaan Nya maha berbicara)


10. Apakah ibadah terbaik untuk mendidik hawa nafsu.

๐Ÿ‡ Yang terbaik untuk mengekang hawa nafsu adalah dengan berlapar atau berpuasa



::: nota kaki : pencerahan secara audio tidak dapat diupload buat masa sekarang.

Tiada ulasan: