Muhasabah Diri

Ketenangan jiwa, kekuatan hati, kelapangan kalbu, adalah apa yang manusia yakni kita inginkan.

Betul tak?

Dalam pencarian mencari sebuah jawapan kita menemukan :

" Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul."
-Surah Al Baqarah : 186

Maka kita tahu, kita sedar. Jawapan untuk semua persoalan ialah kembali kepada Tuhan. Oleh sebab itu kita memilih jalan hijrah ini.

Alhamdulillah.
Alhamdulillah.
Alhamdulillah.


Syukur.
Di jalan hijrah ini aku melangkah.

Bismillah...


Kita yang memilih jalan hijrah ini umpama bayi yang perlu belajar semula semuanya dari mula.

Awalluddin makrifatillah
Awal agama mengenal Allah

Dan bagi mengenal Allah kita perlu mengenal diri sendiri.

Nah..
Adakah kita cukup mengenal diri kita?
Sedarkah kita keinginan sebenar diri kita?

Diri ini milik Allah. Jadi sudah tentu dalam hati kita menginginkan kecintaan dari Allah. Namun kita telah tersalah arah. Menzalimi kehendak sendiri.

 Oleh sebab itu kita segerakan hijrah untuk kembali kepada fitrah iaitu mencintai Allah.

Tapi perjalanan ini sehebat yang dikata...


Setiap kali kamu berjalan di dalam jalan Allah setelah sebelumnya kamu sesat, maka syaitan akan mencemburui kamu dan menolak kamu jatuh.

Bila kamu bangun.. Kamu jatuh semula. Kamu bangun balik ni... Dengan gagah jalan balik... Tapi terjatuh semula.

Allahu... Penat rasanya ,Betul tak?

Tapi mengapa ada yang tidak mengalah dan berjaya mengorak langkah.

Inilah dia kehebatan iman.

SubhanAllah...


Bagaimana orang-orang berubah dah mampu bertahan

Pupuk dalam hati.
Aku mahu pulang ke syurga.
Aku mahu mencintai yang Maha Esa.
Aku penat bernafaskan dosa.

Ahhh..
Kata-kata sebegini sudah muak dilontarkan namun akhirnya jatuh jua.
Benar

Itu silap mu
Kau berkata tanpa apa-apa.
Tiada usaha. Hanya alasan

Barangkali ada yang berkata aku sudah berusaha.. sehingga lelah.

Itu ertinya usahamu belum cukup. Itu ertinya usahamu tiada peningkatan.


Wahai penghijrah
Apakah kamu tidak mahu melihat kepada sang khaliq yang maha indah itu. Maka terus bangun dan teruskan berjalan sehingga syaitan lelah hendak menolak kamu.

Nak tahu kenapa? Kerana tali barutnya yakni nafsu telah mencintai kepada Allah dan Rasul nya
Maka wahai kalian yang mengaku berhijrah namun cepat lelah.

Sudahkan dikau berusaha sehingga syaitan pula yang mengalah

Jika tidak jawapannya maka tugasmu belum selesai. Usahamu belum mantap.

Lalu,
Apa lagi yang dinanti
Mensia-siakan usia yang diberi

RENUNGKAN


Saya tutup usrah pada malam ini dengan sebuah kisah.

Suatu hari saya disampaikan dengan sebuah berita, ada seorang kakak telah meninggal dunia.

Saya tidak mengenali dia. Tapi saya mengalirkan airmata apabila mengetahui antara keinginan dia ialah ingin bersahabat dengan saya.

Keinginan itu diluahkan oleh seorang kenalan saya 2 hari sebelum dia meninggal. Allahurabbi. Disebabkan kesibukan saya mengabaikan permintaan tersebut.

Tetapi saya berasa serba salah. Terasa ahh sombong benar diri saya. Hajatnya mahu bertaaruf keesokan hari.

Belum sempat saya berkata kenalan saya terlebih dahulu menghubungi. Katanya insan itu telah tiada.

MasyAllah menangis diri ini. Menyesal tak henti. Lalu saya cuba mengenali siapa arwah ini.

Kisahnya sangat merobek hati. Dia anak yatim piatu. Kehilangan ibubapa di saat bergelar remaja dan mempunyai tanggungjawab sebagai anak sulung untuk 2 orang adik lelaki membuatkan imannya terumbang ambing.

Ditakdirkan Allah di kala dia berjalan di sebuah pusat membeli belah dia menemui seorang insan. Yang membantunya untuk berubah.

SubhaAllah.
Percikan hidayah pada dirinya membuatkan dia berubah sehingga menjadi pendakwah.

Tiada sehari dalam hidupnya yang tidak dimanfaatkan untuk berdakwah.

Nak tahu pengakhirannya Menghembuskan nafas di tikar sejadah saat sujud.

Allahurabbi
Allah telah memuliakan dia yang ikhlas berubah kerana Allah.

Bagaimana pula dengan pengakhiran kita

MUHASABAH.

Wallahualam.

@hijrahhaura & @addeen

#HijrahHaura #HauraIsBidadari #iShare #iCare

Tiada ulasan: