Memaparkan catatan dengan label Battle of Haura. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Battle of Haura. Papar semua catatan

REVIEW KUIZ HIJRAH HAURA

Assalamualaikum..


Pada 23 Mac 2016, Hijrah Haura telah mengadakan kuiz untuk kali kedua.

Tapi, kali ini special sedikit..
Haa.. nak tahu kenapa ?

Sebab kuiz ini dijalankan secara personal..istimewanya kuiz melalui personal ini ialah ia secara automatik melibatkan semua ahli serta semua ahli juga mendapat peluang yang sama rata.
kebiasaannya kuiz dijalankan didalam satu group tapi kuiz personal ini mendapat sambutan yang lebih baik.

Alhamdulillah.

Kata pengasas Hijrah Haura, "Tujuan adakan kuiz untuk memberi kelainan kepada group. Tak nak suap je. Perlu juga diluah baru tahu tahap kemampuan diri, baru dapat kenalpasti tahap ahli dan seterusnya menyusun strategi dalam membantu mereka"

Alhamdulillah, tujuan begitu baik bukan?

Kuiz tersebut disertai seramai 39 orang peserta..

Setiap peserta tersebut diberi 10 soalan subjektif secara personal..

Untuk pengetahuan, Peserta diberi tempoh sehingga 3 April 2016..

Setelah tamat pada 3 haribulan,
tepat jam 9.08 malam bersamaan 4 April 2016, Pengasas telah mengumumkan
pemenang untuk kuiz ke 2 anjuran Hijrah Haura iaitu

UKHTI NURUL LIYANA BINTI SHARI dengan pencapaian markah tertinggi 9.5 daripada 10.

Alhamdulillah. Syabas diucapkan kepada pemenang

Tahniah juga buat semua yang menyertai kuiz kali ini..

Dari pandangan admin sebagai peserta, kuiz kali ini memang benar benar mengukur pengetahuan kita terhadap ilmu. Tahniah pengasas !

Begitu juga dengan pendapat peserta peserta lain

"Alhamdulillah rasa lega.Happy.
Sebab secara tak langsung dapat menambah ilmu dan memperbetul mana yg kurang" - Athirah

"Alhamdulillah, banyak ilmu yg saya dapat setelah menyertai kuiz hari tu." -Mimiey

"Alhamdulillah, bila ada sesi kuiz secara individu kita berpeluang mengasah ilmu yg ada pada diri. Tahap kekuatan berfikir dgn pantas bila kuiz secara umum mean didlm group..Dan bila ada kuiz individu jugk kita bolh melihat kelemhn yg ada pada diri kita.Lalu point kuiz individu mmpu mncabar diri utk truskn maju didlm medan ilmu, cari gali yg utama yg asas tiang kepada islam.." - Shahirah

"Alhamdulillah syukur. Saya rasa saya patut belajar lagi ilmu asas agama, memandangkan soalan remeh pun sy rujuk ustaz utk kepastian jawapan. Mula2 dapat soalan kuiz haritu terdetik 'eh soalan ni apa dah jawapan dia. Tahu tp xingat blablabla...' Kadang sedih jgk dgn diri sendiri, apa la soalan cenggini pun xtau. Macamana nak masuk syurga Allah.
Alhamdulillah, HH byk bantu sy mencari ilmu yg pastinya ada sumber yg sahih. Kuiz tiptop" - syaff

Akhir kata dari pengasas, harapan mesti la nak semua ahli jawab kuiz. Tak nak ada yang tercicir lagi. Dari segi penambahbaikan mungkin dari aspek2 bentuk soalan dan bentuk kuiz serta kaedah perlaksanaan kuiz tersebut.

Sekian saja. 

REVIEW OF Battle Of Haura

ASSALAMUALAIKUM..

Apa BOH tu? 

ehem !

 BATTLE OF HAURA 


BOH disertai oleh 39 peserta !

Setiap Kumpulan Hijrah Haura wajib menghantar 3 orang wakil untuk menyertainya

Syarat-syarat untuk sertai :

Ahli aktif dilarang join
Pelajar aliran agama dilarang join
Bekas naqibah di larang join

Untuk tahu lebih mendalam
BOH ini ada objektif tersendiri iaitu

Objektif

Menghidupkan silent reader kerana syarat penyertaan mestilah bukan ahli aktif. Memberi ilmu khusus kepada silent reader kerana teks disediakan sehari sebelum battle supaya mereka dapat mengulangkaji. Menghubungkan ukhwah ahli-ahli Hijrah Haura dari group yang berbeza-beza.Membina semangat berpasukan dan keyakinan diri masing-masing


Bak kata pengasas BATTLE untuk Ilmu 

Battle ini bukan bertujuan untuk perang tetapi ia satu aktiviti yang menarik minat mad'u !

Walaubagaimanapun,

Group yang kalah akan menyebabkan naqibahnya di denda.

Jadi, Naqibah akan menanggung segala tanggungjawab ke atas mad'u iaitu peserta BOH

BOH mengandungi 3 slot iaitu 
Slot 1 :objektif , Slot 2 : audio , Slot 3 : subjektif
kesemuanya dianggarkan sebanyak 52 soalan dan diberi masa selama 3 jam 30 minit 

Topik Sirah, Fiqh Wanita, Hukum Tajwid, Usrah dan Bulan Islam.


Walaupun ia nampak susah
tetapi Alhamdulillah 
Soalan-soalan berikut dapat dijawab oleh mad'u dengan mudah dan bersungguh sungguh

Hadiah-hadiah  menarik disediakan :
(i) T-Shirt Hijrah Haura
(ii) Shawl Labuh
(iii) Bawal Halfmoon Curve
(iv) Hand-made Notebooks


Setelah tamat, pengasas mengumumkan pemenang

Pemenang keseluruhan Battle of Haura dimenangi oleh
Hijrah Haura 21 (Atul,Hazirah,Niny)

dan 

peserta terbaik dalam BOH dimenangi oleh
Syafiqah Hijrah Haura 12


Pada pandangan admin sebagai pemerhati, 
BOH adalah method YANG memberi banyak KELEBIHAN untuk membangkitkan silent reader bergerak secara aktif semula.

Aktiviti BOH juga salah satu jalan untuk berdakwah.
kenapa pula?
sebabnya aktiviti BOH ini ahlinya akan mengkaji segala ilmu agama dari aspek sirah, tajwid fiqh dan sebagainya.
dari situ Mereka telah belajar ilmu secara tidak sengaja.
Senangnya belajar senangnya mendapat ilmu, Alhamdulillah

Mengakhiri pandangan saya, BOH berjaya menarik ramai silent reader menjadi ahli yang aktif dan dapat banyak komen yang positif dari ahli silient reader sendiri ! Alhamdulillah, 
moga moga Allah memberkati aktiviti BOH 

Tahniah diucapkan kepada pengasas yang telah berjaya mengadakan BOH dengan jayanya 

Tahniah juga kepada pemenang dan semua peserta yang menyertai BOH !

Akhir kata,
"Ilmu itu bukan untuk dihafal tetapi yang memberi manfaat"
-imam syafie

Haura Boleh Haura Hebat !


.

***

Teruskan menyokong kami :


Facebook : Hijrah Haura

Twitter : @twt_haura
 Instagram : hijrahhaura
 Blog : hijrahhaura.blogspot.com

JANGAN EDIT ATAU PADAM APA-APA.

BELAJAR MENGHORMATI.

 Bidadari itu Tempatnya di Syurga


Slot pertama READ MORE>>
Slot kedua READ MORE>>
Slot ketiga READ MORE>>

Battle of Haura : Slot ketiga



haa ini adalah slot yang terakhir !

Slot 3 : Subjektif

Slot ini akan melibatkan semua ahli.

1 soalan akan diajukan kepada setiap ahli. Soalan dipetik daripada Bulan Islam, Sirah, Usrah, dan Fiqh Wanita.

Ahli diberikan 1 minit untuk menjawab soalan tersebut.

Jawapan yang betul : 7 Mata
Jawapan yang salah : 3 Mata

soalan 1

Perang badar merupakan perang ke?


Jawapan:
YANG PERTAMA (1 )

Soalan 2:

Pada bilakah perang badar berlaku?

Jawapan: 
17 RAMADHAN TAHUN 2 HIJRAH ( 624 MASIHI )

Soalan 3:

Apakah yang dikurniakan kepada Nabi Sulaiman dalam bulan Muharram ?

jawapan : 
Dikurniakan kerajaan yang besar

soalan 4:

Apakah maksud "muharram" ?

jawapan :
 Diharamkan

soalan 5:

Segelintir pewarna kuku mesti ditanggalkan sebelum berwuduk. Apakah tujuan menanggalkannya terlebih dahulu?

jawapan : 
untuk membersihkan kuku.. supaya apabila mengambil wuduk air dapat mengalir kedalamnya

soalan 6 :

Terangkan keringanan mengambil wudhuk ke atas seseorang yg bersapu ointment pada jarinya yg luka.

jawapan : 
Depends. Kalau luka tak teruk (boleh kena air), boleh ja. Kalau tak boleh, sapu pada bahagian yang boleh ja. Option lain, tayamum.

soalan 7 :

Antara sunnah Rasulullah S.A.W ialah memotong pendek kuku. Mengapa?

jawapan : 
 Supaya wudhuk dapat dilakukan dengan sempurna..hindar dari kotoran..supaya kuku sentiasa jaga kebersihan dan kuku akan jadi cantik

soalan 8 :

 Adakah memakai inai membatalkan solat?

jawapan : 
Tidak membatalkan solat

soalan 9:


Apakah kesan membiarkan kuku panjang ?

jawapan :
Kuku akan menjadi kotor dan jijik. ia boleh menyebabkan air wuduk tidak sah

soalan 10 

Adakah pewarna kuku yang terdapat dipasaran sekarang dibenarkan untuk dipakai?

jawapan :  
jika ia dipakai sebelum kita berwudhuk atau mandi hadas ia diwajibkan utk kta membukanya terlebih dahulu supaya kita dpt melaksanakan solat dgn sah. Akan tetapi bila ia dgunakan slpas kta bwudhuk, solatnya dikira sah.

soalan 11 :

 Mengapakah pewarna kuku tidak digalakkan kepada kaum hawa?

jawapan : 
Sebab nanti apabila nak solat menyusahkan nak bersihkan..dan takut tak cuci..dan lagi satu jika ditakdirkan kita meninggal..jika waktu itu pewarna kuku akan susah untuk ditanggalkan

soalan 12 :

Baca petikan di bawah.

 Kadang-kadang apa yg kita impikan berlaku dalam hidup tidak berlaku. Apa yang kita tidak mahu itu yang berlaku.

Ini adalah salah satu proses .....

jawapan : 
MEMATANGKAN DIRI

soalan 13 :

Peperangan badar berlaku diantara berapa jumlah orang islam?

Jawapan:
313 org islam

soalan 14 :

Perang badar diketuai oleh?

Jawapan:
Nabi Muhammad

soalan 15 :

Siapakah kaum yang menyertai perang badar?


Jawapan:
kaum musyrikin mekah, kafilah abu sufyan

soalan 16 :

Baginda telah diizinkan oleh Allah untuk berperang, apabila turun ayat dari surah?


Jawapan:
 surah al Baqarah dan surah al Haj

soalan 17 :

Bilakah jangkaan malam Lailatul-Qadar berlaku?

jawapan :
10 malam terakhir bulan Ramadhan

soalan 18:

Malam Lailatul-Qadar diturunkan pada malam kemuliaan.

Apakah yang dimaksudkan dengan malam kemuliaan?

jawapan :
Malam kemuliaan adalah malam turun nya nuzul al Quran

soalan 19 :

Apakah amalan yang boleh dilakukan dalam menghidupkan malam Lailatul-Qadar?

jawapan :
Qiyamullail, mengaji, berzikir

soalan 20:

Apakah antara tanda malam Lailatul-Qadar?

jawapan :
malam yang cerah tidak panas dan dingin, matahari bersinar kemerahan, ketenangan

soalan 21 :

Apakah peristiwa yang telah berlaku kepada Nabi Isa pada 10 Muharram ?

jawapan :
 Nabi Isa Di angkat ke langit.

soalan 22 :

Bilakah Nabi Ayub telah dipulihkan dari penyakit kulitnya ?

jawapan : 
10 muharram

soalan 23:

Bilakah tahun hijrah mula ditetapkan ?

jawapan :
1 MUHARRAM

soalan 24:

 Sebagai seorang muslimah, beri pandangan anda tentang pemakaian pewarna kuku.

jawapan : 
Pandangan saya sbg sorg muslimah tentang pemakaian pewarna kuku , pewarna kuku yang berwarna warni myebabkan kita dianggap tabarruj...  cukuplah sekadar memakai inai

soalan 25 :

Nyatakan dua jenis bahan pewarna kuku yg zat warnanya tidak lekat.

jawapan :
inai dan daun pacar

soalan 26 :

Apa yg anda faham dengan maksud tabaruj?

jawapan : 
Tabaruj ialah berlebih-lebihan dlm berpakaian dan bersolek sehingga mengundang perhatian ajnabi khususnya... memakai aksesori atau pakaian yg berwarna menarik perhatian dan bersolek belebihan sehingga mengundang mata memandang adalah suatu yg tidak boleh dilakukan bg seorg wanita yg masih atau sudah bernikah utk tatapan umum

soalan 27 :

Nyatakan tempoh masa suci mengikut mazhab maliki

jawapan :
selepas tempoh haid 15 hari adalah tempoh masa suci apabila sudah mandi wajib

soalan 28 :

Nyatakan tempoh masa suci haid mengikut mazhab syafie

jawapan :
Paling singkat masa keluar darah haid, sehari semalam. Paling lama, 15 hari.

soalan 30 :

Apakah haid?

jawapan :
Haid ialah kejadian atau peristiwa yang telah ditetapkan Allah harus terjadi pada puteri-puteri Adam

soalan 31 :

Apakah hukum yang diamalkan oleh wanita Yahudi ketika haid?

jawapan :
dipencilkan jauh dr rumah, tak boleh makan dan minum, tak boleh bersama keluarga

soalan 32 :

Apakah larangan ketika haid yang dibolehkan untuk hafizah. Mengapa?

jawapan :
sebab dia menghafaz al-quran. Maka di bolehkan supaya tak lupa.

soalan 33 :

Nyatakan bulan pertama dalam tahun hijrah dan kemudian senaraikan nama II bulan dalam tahun hijrah mengikut turutannya

jawapan : 
Turutan: muharam, safar, rabiul awal, rabiul akhir, jamadil awal, jamadil akhir, rejab, syaaban, ramadhan, syawal, zulkaedah , zulhijah

soalan 33:

Sebelum tahun hijrah, kalendar adalah mengikut tahun apa?

jawapan :
MASIHI

soalan 34:

Apakah yang yang di larang pada bulan "muharram sebelum pembukaan Kota Mekah ?

jawapan :
Allah S.W.T melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah

soalan 35:

Nyatakan ayat alquran dan surah yang melarang lelaki bersama isteri ketika haid

jawapan : 
surah al baqarah ayat 222.

soalan 36 :

 Nyatakan ciri2 darah haid

jawapan :
 tempoh jangka  1 hingga 14 hari.

soalan 37 :

Nyatakan 3 peristiwa penting dalam bulan muharam

jawapan :
1) 10 muharam hAri asyura
 2) 1 muharam saidina umar tetapkn bahawa hari pertama dalam kalender hijrah
 3) hari pertama dimana rahmat diturunkan

soalan 38:

Terangkan maksud redha dari segi bahasa.

jawapan : 
Menerima dengan rasa tenang dengan apa yg ditentukan oleh Allah s.w.t.

soalan 39 :

Terangkan cara-cara mengaplikasi apa yg dikata seiring dgn bicara.

jawapan :
RELAX DAN STEADY. PERLAHAN LAHAN KITA MENERIMA, USAHA DAN DOA.

soalan 40 :

Baca petikan dibawah:

Pelangi ni senang-senang je ke kita nak nampak? Jarang-jarang kan? Sebab tu kita selalu seronok bila nampak pelangi dan rasa gembira. Rasa cantiknya pelangi , kan ?

Nak jumpa pelangi kena lalui hujan,petir, kilat dan kadang kala tu sampai banjir haaa. Tapi walau pun lalui semua tu pengakhirannya kita akan mengukir senyuman juga. Sebab kita sedar betapa indahnya pelangi ciptaan Illahi.

Berikan kesimpulan berdasarkan petikan di atas.

jawapan :
 Manusia seringkali diuji dengan berbagai ujian. Dan dalam menempuh sesuatu ujian itu kesabaran kita seringkali diuji - kadang rasa futur, lemah, dan berbagai perasaan negatif lain menyapa diri. Sesungguhnya, Allah tidak menurunkan sesuatu ujian itu dengan sia-sia melainkan disertai dengan hikmah disebaliknya. Maka apabila ujian itu berjaya kita lalui, pada akhirnya kita akan menyedari manisnya sebuah kesabaran.

TAMAT !

akhirnya tamat jua ketiga tiga slot :D

Tahniah kepada yang berjaya dan tidak berjaya kerana anda telah berusaha menjawab . Tahniah !

BOH Slot kedua
BOH slot pertama





Battle of Haura : Slot Kedua



Seterusnya !

Slot kedua

iaitu

Slot 2 : Audio ( Tajwid )

Slot kali ini akan di uruskan oleh Pici.

Pici akan memperdengarkan bacaannya kepada setiap group mengikut urutan (group 1-group 25).

Wakil group diberi 2 minit untuk berbincang dan nyatakan jawapan kalian.

Jawapan yang betul : 5 Mata
Jawapan yang salah : 2 Mata

Download audio dari pici 

Tajwid 1
Surah Al Balad, ayat 14





Tajwid : qalqalah. Ikhfak haqiqi.

Tajwid 2

Surah Az zalzalah, ayat 7




Tajwid : idgham maal ghunnah , izhar halqi

Tajwid 3
Surah Al Maun, ayat 4




Tajwid : Idham bila ghunnah

Tajwid 4
Surah Al falaq ayat 2





Tajwid : Qolqolah kubro,  ikhfak haqiqi

Tajwid 5
Surah Al Qariah ayat 11




Tajwid : Mad asli,  izhar halqi 

Tajwid 6
Surah At Takwir ayat 9





Tajwid : Iqlab, ikhfak haqiqi

Tajwid 7
Surah Al Asr ayat 2





tajwid : ikhfak haqiqi

Tajwid 8
Surah Al Humazah ayat 1





tajwid : Idgham bila ghunnah


Sekian saja slot kedua sudah tamat ! 

seterusnya slot ketiga READ MORE>>

Battle Of Haura: Slot Pertama

ASSALAMUALAIKUM...


Malam semalam pihak Hijrah Haura telah mengadakan BATTLE OF HAURA !
BOH mengandungi 3 slot

iaitu

Slot 1 : Objektif
Terdapat 5 soalan di petik daripada Sirah : Serikandi Zinnirah

Sesiapa saja dibenarkan untuk menjawab. Semua yang menjawab akan mendapat mata.

Paling cepat : 1 Mata
Jawapan betul : 2 Mata
Jawapan salah : 1 Mata

Masa 1 minit untuk setiap soalan.

 Soalan 1 

Zinnirah ialah seorang hamba berbangsa Rom yang telah dibeli oleh :

a. Saidina Uthman r.a
b. Saidina Abu Bakar r.a
c. Saidina Umar r.a
d. Saidina Hanzalah r.a

Soalan 2

Apakah penyeksaan paling teruk yang di alami Zinnirah?

a. Ditampar
b. Dicucuk mata sehingga buta
c. Dijemur di panas matahari
d. Dihempap batu besar

 Soalan 3

Apakah fitnah yang dihadapi Zinnirah selepas buta?

a. Dituduh sesat
b. Dituduh menerima laknat
c. Dituduh cacat
d. Dituduh gila

 Soalan 4

Apakah balasan yang dikurniakan Allah kepada Zinnirah?

a. Menjadi kaya
b. Menjadi terkenal
c. Pulih penglihatan
d. Dibebaskan dari Saidina Umar

Soalan 5

Siapakah yang menyelamatkan Zinnirah daripada Saidina Umar?

a. Rabiatul Adawiyah
b. Khaulah Al Azwar
c. Saidina Umar
d. Saidina Abu Bakar


Maka berakhirlah slot pertama !


Slot kedua READ MORE>>