Battle of Haura : Slot ketiga



haa ini adalah slot yang terakhir !

Slot 3 : Subjektif

Slot ini akan melibatkan semua ahli.

1 soalan akan diajukan kepada setiap ahli. Soalan dipetik daripada Bulan Islam, Sirah, Usrah, dan Fiqh Wanita.

Ahli diberikan 1 minit untuk menjawab soalan tersebut.

Jawapan yang betul : 7 Mata
Jawapan yang salah : 3 Mata

soalan 1

Perang badar merupakan perang ke?


Jawapan:
YANG PERTAMA (1 )

Soalan 2:

Pada bilakah perang badar berlaku?

Jawapan: 
17 RAMADHAN TAHUN 2 HIJRAH ( 624 MASIHI )

Soalan 3:

Apakah yang dikurniakan kepada Nabi Sulaiman dalam bulan Muharram ?

jawapan : 
Dikurniakan kerajaan yang besar

soalan 4:

Apakah maksud "muharram" ?

jawapan :
 Diharamkan

soalan 5:

Segelintir pewarna kuku mesti ditanggalkan sebelum berwuduk. Apakah tujuan menanggalkannya terlebih dahulu?

jawapan : 
untuk membersihkan kuku.. supaya apabila mengambil wuduk air dapat mengalir kedalamnya

soalan 6 :

Terangkan keringanan mengambil wudhuk ke atas seseorang yg bersapu ointment pada jarinya yg luka.

jawapan : 
Depends. Kalau luka tak teruk (boleh kena air), boleh ja. Kalau tak boleh, sapu pada bahagian yang boleh ja. Option lain, tayamum.

soalan 7 :

Antara sunnah Rasulullah S.A.W ialah memotong pendek kuku. Mengapa?

jawapan : 
 Supaya wudhuk dapat dilakukan dengan sempurna..hindar dari kotoran..supaya kuku sentiasa jaga kebersihan dan kuku akan jadi cantik

soalan 8 :

 Adakah memakai inai membatalkan solat?

jawapan : 
Tidak membatalkan solat

soalan 9:


Apakah kesan membiarkan kuku panjang ?

jawapan :
Kuku akan menjadi kotor dan jijik. ia boleh menyebabkan air wuduk tidak sah

soalan 10 

Adakah pewarna kuku yang terdapat dipasaran sekarang dibenarkan untuk dipakai?

jawapan :  
jika ia dipakai sebelum kita berwudhuk atau mandi hadas ia diwajibkan utk kta membukanya terlebih dahulu supaya kita dpt melaksanakan solat dgn sah. Akan tetapi bila ia dgunakan slpas kta bwudhuk, solatnya dikira sah.

soalan 11 :

 Mengapakah pewarna kuku tidak digalakkan kepada kaum hawa?

jawapan : 
Sebab nanti apabila nak solat menyusahkan nak bersihkan..dan takut tak cuci..dan lagi satu jika ditakdirkan kita meninggal..jika waktu itu pewarna kuku akan susah untuk ditanggalkan

soalan 12 :

Baca petikan di bawah.

 Kadang-kadang apa yg kita impikan berlaku dalam hidup tidak berlaku. Apa yang kita tidak mahu itu yang berlaku.

Ini adalah salah satu proses .....

jawapan : 
MEMATANGKAN DIRI

soalan 13 :

Peperangan badar berlaku diantara berapa jumlah orang islam?

Jawapan:
313 org islam

soalan 14 :

Perang badar diketuai oleh?

Jawapan:
Nabi Muhammad

soalan 15 :

Siapakah kaum yang menyertai perang badar?


Jawapan:
kaum musyrikin mekah, kafilah abu sufyan

soalan 16 :

Baginda telah diizinkan oleh Allah untuk berperang, apabila turun ayat dari surah?


Jawapan:
 surah al Baqarah dan surah al Haj

soalan 17 :

Bilakah jangkaan malam Lailatul-Qadar berlaku?

jawapan :
10 malam terakhir bulan Ramadhan

soalan 18:

Malam Lailatul-Qadar diturunkan pada malam kemuliaan.

Apakah yang dimaksudkan dengan malam kemuliaan?

jawapan :
Malam kemuliaan adalah malam turun nya nuzul al Quran

soalan 19 :

Apakah amalan yang boleh dilakukan dalam menghidupkan malam Lailatul-Qadar?

jawapan :
Qiyamullail, mengaji, berzikir

soalan 20:

Apakah antara tanda malam Lailatul-Qadar?

jawapan :
malam yang cerah tidak panas dan dingin, matahari bersinar kemerahan, ketenangan

soalan 21 :

Apakah peristiwa yang telah berlaku kepada Nabi Isa pada 10 Muharram ?

jawapan :
 Nabi Isa Di angkat ke langit.

soalan 22 :

Bilakah Nabi Ayub telah dipulihkan dari penyakit kulitnya ?

jawapan : 
10 muharram

soalan 23:

Bilakah tahun hijrah mula ditetapkan ?

jawapan :
1 MUHARRAM

soalan 24:

 Sebagai seorang muslimah, beri pandangan anda tentang pemakaian pewarna kuku.

jawapan : 
Pandangan saya sbg sorg muslimah tentang pemakaian pewarna kuku , pewarna kuku yang berwarna warni myebabkan kita dianggap tabarruj...  cukuplah sekadar memakai inai

soalan 25 :

Nyatakan dua jenis bahan pewarna kuku yg zat warnanya tidak lekat.

jawapan :
inai dan daun pacar

soalan 26 :

Apa yg anda faham dengan maksud tabaruj?

jawapan : 
Tabaruj ialah berlebih-lebihan dlm berpakaian dan bersolek sehingga mengundang perhatian ajnabi khususnya... memakai aksesori atau pakaian yg berwarna menarik perhatian dan bersolek belebihan sehingga mengundang mata memandang adalah suatu yg tidak boleh dilakukan bg seorg wanita yg masih atau sudah bernikah utk tatapan umum

soalan 27 :

Nyatakan tempoh masa suci mengikut mazhab maliki

jawapan :
selepas tempoh haid 15 hari adalah tempoh masa suci apabila sudah mandi wajib

soalan 28 :

Nyatakan tempoh masa suci haid mengikut mazhab syafie

jawapan :
Paling singkat masa keluar darah haid, sehari semalam. Paling lama, 15 hari.

soalan 30 :

Apakah haid?

jawapan :
Haid ialah kejadian atau peristiwa yang telah ditetapkan Allah harus terjadi pada puteri-puteri Adam

soalan 31 :

Apakah hukum yang diamalkan oleh wanita Yahudi ketika haid?

jawapan :
dipencilkan jauh dr rumah, tak boleh makan dan minum, tak boleh bersama keluarga

soalan 32 :

Apakah larangan ketika haid yang dibolehkan untuk hafizah. Mengapa?

jawapan :
sebab dia menghafaz al-quran. Maka di bolehkan supaya tak lupa.

soalan 33 :

Nyatakan bulan pertama dalam tahun hijrah dan kemudian senaraikan nama II bulan dalam tahun hijrah mengikut turutannya

jawapan : 
Turutan: muharam, safar, rabiul awal, rabiul akhir, jamadil awal, jamadil akhir, rejab, syaaban, ramadhan, syawal, zulkaedah , zulhijah

soalan 33:

Sebelum tahun hijrah, kalendar adalah mengikut tahun apa?

jawapan :
MASIHI

soalan 34:

Apakah yang yang di larang pada bulan "muharram sebelum pembukaan Kota Mekah ?

jawapan :
Allah S.W.T melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah

soalan 35:

Nyatakan ayat alquran dan surah yang melarang lelaki bersama isteri ketika haid

jawapan : 
surah al baqarah ayat 222.

soalan 36 :

 Nyatakan ciri2 darah haid

jawapan :
 tempoh jangka  1 hingga 14 hari.

soalan 37 :

Nyatakan 3 peristiwa penting dalam bulan muharam

jawapan :
1) 10 muharam hAri asyura
 2) 1 muharam saidina umar tetapkn bahawa hari pertama dalam kalender hijrah
 3) hari pertama dimana rahmat diturunkan

soalan 38:

Terangkan maksud redha dari segi bahasa.

jawapan : 
Menerima dengan rasa tenang dengan apa yg ditentukan oleh Allah s.w.t.

soalan 39 :

Terangkan cara-cara mengaplikasi apa yg dikata seiring dgn bicara.

jawapan :
RELAX DAN STEADY. PERLAHAN LAHAN KITA MENERIMA, USAHA DAN DOA.

soalan 40 :

Baca petikan dibawah:

Pelangi ni senang-senang je ke kita nak nampak? Jarang-jarang kan? Sebab tu kita selalu seronok bila nampak pelangi dan rasa gembira. Rasa cantiknya pelangi , kan ?

Nak jumpa pelangi kena lalui hujan,petir, kilat dan kadang kala tu sampai banjir haaa. Tapi walau pun lalui semua tu pengakhirannya kita akan mengukir senyuman juga. Sebab kita sedar betapa indahnya pelangi ciptaan Illahi.

Berikan kesimpulan berdasarkan petikan di atas.

jawapan :
 Manusia seringkali diuji dengan berbagai ujian. Dan dalam menempuh sesuatu ujian itu kesabaran kita seringkali diuji - kadang rasa futur, lemah, dan berbagai perasaan negatif lain menyapa diri. Sesungguhnya, Allah tidak menurunkan sesuatu ujian itu dengan sia-sia melainkan disertai dengan hikmah disebaliknya. Maka apabila ujian itu berjaya kita lalui, pada akhirnya kita akan menyedari manisnya sebuah kesabaran.

TAMAT !

akhirnya tamat jua ketiga tiga slot :D

Tahniah kepada yang berjaya dan tidak berjaya kerana anda telah berusaha menjawab . Tahniah !

BOH Slot kedua
BOH slot pertama





Tiada ulasan: