Keberkatan Rezeki

Usrah Hijrah Haura

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم
الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين و على آله وصحبه اجمعين. أما بعد:

Apa yang saya terangkan di bawah sekadar kemampuan saya memahami pembacaan saya sahaja.
Ianya tidak semestinya tepat, walaupun mungkin mengandungi sedikit sebanyak kebenaran. Saya mohon hidayah dan tawfeeq daripada Allah SWT.

Keberkatan Rezeki

Apa itu rezeki?
✅ "Apa-apa yang kita dapat rasakan manfaatnya, sama ada halal ataupun haram, sama ada baik ataupun buruk". - Sheikh Mutawalli Sya'rawi

Jadi rezeki itu bukan hanya bermaksud hasil yang baik tapi yang buruk itu juga dipanggil rezeki.
Contoh rezeki yang baik, mempunyai kereta,kesihatan.
Contoh rezeki yang buruk, mempunyai kereta hasil wang curi. Walau kereta memberi manfaat buat diri namun datang dari sumber yang salah.
Jadi, Bagaimana ingin mendapatkan rezeki yang berkat?

Cara Menarik Rezeki yang Berkat
✅ Bersedekah
Kita takut bersedekah kerana takut kita kekurangan duit. Tapi kita mahu kaya. Kalau mahu kaya banyakkan memberi maka Allah akan membuka banyak peluang rezeki kepada kamu jua.
Jadilah seorang yang kreatif. Jika kurang wang sedekah sesuatu yang lain asalkan bermanfaat.
Istiqomah. Mana yang lebih baik? Bersedekah RM1 setiap hari di tabung masjid atau RM50 setiap jumaat?

Allah menyatakan dalam firmanNya;
“Orang yang menafkahkan hartanya pada malam dan siang hari secara sembunyi dan terang-terangan, mereka mendapat pahala di sisi Tuhannya. Tidak ada kebimbangan pada mereka dan tidak pula mereka bersedih.” -Al-Bakarah: 274

✅ Solat Sunat Dhuha
Rata-rata tahu solat sunat dhuha untuk mendapatkan rezeki yang luas tapi berapa yang yang amalkan?
Alasan tak sempat, nak punch card awal, dan pelbagai alasan terus diberikan walhal hanya 2 rakaat sahaja.
✅ Berdoa.
Doa. Semua tahu ini asas yang mudah nak dipraktikkan. Tapi susah nak makbul. Kenapa? Kerana sikap sambil lewa kita.
Ada yang rajin berdoa malas berusaha. Ada yang berdoa tidak bersungguh-sungguh. Ada yang tidak sabar dalam berdoa. Ingat rezeki nak jatuh ke riba dalam sesaat?
Kita tutup majlis dengan bacaan Surah Al-Asr dan Tasbih Kaffarah.
Wallahualam
Hijrah Haura' 26 03122014

Tiada ulasan: