Ikhtilat

Hari ni, ramai orang dia tak faham isu ikhtilat. Lalu mereka berikhtilat dengan bebas tanpa jaga adab dan syarat. Bila di tegur, dia akan anggap orang yang tegur tu syadid, keras dan ekstrim..

So, bagi memahamkan kita semua, di sini saya letak 3 golongan orang yang berikhtilat.

1)TERLAMPAU SYADID (EXTREAM) DALAM BERIKHTILAT:

Tak nak kahwin
Langsung tak bergaul dengan perempuan walaupun pada perkara yang mengharuskan iaitu ketika dhorurat dan hajat yang mendesak.
Tak benarkan perempuan keluar rumah untuk bekerja dan mengharamkannya.
Mewajibkan purdah dan memandang hina orang yang tak pakai purdah.

2)WASATIYYAH(pertengahan) DALAM BERIKHTILAT:

✅Tidak berikhtilat melainkan pada keadaan DHORURAT dan HAJAT, serta menjaga adab dan syarat.
✅Antara adab dan syarat yang dia jaga:
a)Menundukkan pandangan sebaik mungkin, dengan tak memandang muka lain jantina dengan lama, tetapi di selangi dengan tunduk pandangan ketika berurusan.
b)Pertemuan itu perlu berlaku dalam suasa SERIUS, bukan gelak-gelak, gedik, buat lawak sini sana, smiley dan lain-lain.
c)Elakkan khalwat (berdua-duaan) samada chatting berdua-duaan atau yang sama waktu dengannya.
d)Hanya bercakap dan berurusan just untuk menghilangkan dhorurat dan menyelesaikan hajat.
e)Tak panjang dan berderet dan berulang-ulang.
f)Tak sentuh, dan tak buat maksiat.
g)Tutup aurat sempurna.
✅Selain dari keadaan dhorurat dan hajat, dia langsung tak chat dengan berlainan jantina.

3)MELONGGARKAN IKHTILAT
Kawan laki perempuan atas alasan ukhwah.
Kawan atas alasan tak couple, tapi just kawan.
Sentuh menyentuh.
Couple samada sentuh atau tak, tapi saling meluahkan perasaan cinta.
Chat kat mesej panjang-panjang atas alasan dakwah, tapi sebenarnya meluahkan perasaan, tanya khabar bagai, dan yang sama waktu dengannya.
Berikhtilat walaupun tak dhorurat dan tiada hajat.
Berikhtilat time dhorurat dan hajat, tapi TAK JAGA ADAB dan SYARAT.

Wasatiyyah adalah yang terbaik. Tapi hari ini, orang yang wasatiyyah di anggap extream, dan orang yang melonggarkan ikhtilat di anggap wasatiyyah. Apa ke comel...

Anda yang mana? Check balik dan jangan tipu diri sendiri. Ramai hancur bab ikhtilat, sebab tu ramai hati rosak. Sedangkan ikhtilat ni termasuk dalam BAB "menjauhi zina" yang Allah dan rasul banyak beri amaran supaya menjauhi dan menjaganya dengan ketat.

Wallahualam
Hijrah Haura' 26

Tiada ulasan: