Kelebihan Solat Sunat Dhuha

Solat Sunat Dhuha

  • Boleh dianggap sebagai rasa terima kasih seseorang hamba kepada Allah SWT atas segala berkah hidup yang diberikan-Nya.
  • Daripada Abu Dzar r.a., Rasulullah SAW bersabda: “Hendaklah masing-masing di antara kamu setiap pagi bersedekah untuk setiap ruas tulang badanmu.
  • Maka tiap kali bacaan tasbih adalah sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah, dan setiap takbir adalah sedekah. Menyuruh kebaikan adalah sedekah, mencegah keburukan juga adalah sedekah. Dan sebagai ganti daripada itu semua, cukuplah mengamalkan dua rakaat solat Dhuha.”

          (HR Ahmad, Muslim dan Abu Daud)

Waktu Solat Dhuha 

  • Solat sunat Dhuha dilakukan pada waktu matahari sedang naik. Sekira cuacanya berhalangan adalah lebih mudah dengan merujuk kepada takwim waktu solat.
  • Masanya adalah 28 minit selepas Syuruk, iaitu sekiranya waktu Syuruk 7.32 pagi dan ditambah 28 minit, maka masuknya waktu Dhuha bermula jam 8.00 pagi.
  • Walaupun begitu waktu paling afdal melakukan Solat Sunat Dhuha adalah anggaran matahari naik, tinggi segalah (7 hasta atau 3 meter), lebih kurang dalam pukul 9.30 pagi.

  • Zaid bin Arqam r.a. berkata: “Nabi SAW keluar menuju tempat Ahli Quba, di kala itu mereka sedang mengerjakan Solat Dhuha.
  • Baginda bersabda; “Inilah solat orang-orang yang kembali kepada Allah, iaitu di waktu anak-anak unta telah bangkit kerana kepanasan waktu Dhuha.” 

         (HR. Ahmad, Muslim dan Tirmidzi).

Jelas tak bila boleh mula dhuha?
Waktu syuruk bergantung kepada tempat.
Faham tak kenapa ketika matahari mula nak naik dianggap sebagai waktu afdal?
Sebab waktu tu orang kepanasan mula nak berehat tapi kita memilih untuk beribadat.
Konsep sama dengan tahajud. Orang tidur kita beribadat.
Indahnya!
MasyAllah
Cara Solat Dhuha 

1. Rakaat Pertama "Allahuakbar"
✿ Niat dalam hati : "Usolli Sunnatal Dhuhaa Rak'ataini Lilaahi Ta'ala" 
✿ "Sahaja aku sembahyang sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Ta'ala"
✿ Baca Alfatihah hingga akhir
✿ Baca Surah, pendek pun takpa. (paling elok surah As-Syams )

2. Rakaat Kedua  
✿ Baca Alfatihah hingga akhir
✿ Baca Surah, pendek pun takpa. (paling afdhal surah Addhuha)
✿ Tahiyyat akhir & Beri Salam..

3. Doa
✿  Mohon Allah murahkan rezeki kita..berkati kerja kita.
✿  Doa apa sahaja..mengadulah pada Allah..
✿  Paling mantap guna Doa ini khas untuk waktu Dhuha :

Ya Allah,
sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu  DhuhaMu,
kecantikannya adalah kecantikanMu,
keindahan itu keindahanMu,
kekuatan itu kekuatanMu,
kekuasaan itu kekuasaanMu
dan perlindungan itu
perlindunganMu.
Ya ALLAH,
jika rezekiku masih di langit, turunkanlah,dan
jika  di dalam bumi, keluarkanlah,
jika sukar, permudahkanlah,
jika haram, sucikanlah dan
jika jauh, dekatkanlah.
Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu,
Limpahkanlah kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh..
~Amennn Ya Rabbal Alamin..~


Kelebihan Solat Sunat Dhuha

  • Mendapat keampunan Allah

Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW  bersabda: “Sesiapa Yang mengerjakan solat Dhuha dengan istiqamah nescaya akan diampuni dosanya olleh Allah sekalipun dosa itu sebanyak buih di lautan.”

  • Ada syurga khas
Rasulullah SAW  bersabda:  “Bahawasanya di syurga ada pintu yang dinamakan ‘Dhuha’. Maka apabila  tiba hari kiamat kelak, berserulah (malaikat) penyeru: “Manakah orang-orang yang telah mengamalkan solat Dhuha; Inilah pintu kamu, silakan masuk ke dalam syurga dengan Rahmat Allah.”   (HR At-Tabrani)

  • Tenang jiwa dan hidup

Rasulullah SAW juga bersabda dalam hadits lain dari Nuwas bin Sam’an,  “Allah berfirman: “Wahai
anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat raka’at pada permulaan siang (Solat Dhuha), nanti pasti akan Ku cukupkan keperluanmu sampai ke petang harinya.” 
(HR. Haklim dan Tabrani).

Wallahualam
Hijrah Haura' 26

2 ulasan:

farra_lavend23 berkata...

Perkongsian yang mudah difahami ...trm kasih byk ....semoga Allah melimpahi pahala dan rezeki kpd anda ..aaminn

farra_lavend23 berkata...

Trm ksh byk ....perkongsian yg mdh difahami ....semoga dilimpahi pahala dan rezeki dr Allah ..aaminn