Jom Baca Surah Al Kahfi 3

 Assalamualaikum wbt 😍😘

 Jom Baca Al Kahfi
Usrah Hijrah Haura


Hari apa penghulu hari?

Hari jumaat !!

Hari apa kita belajar hafal al kahfi?

Hari jumaat!!


Hai hai hai !!!

 Hari ni kita nak sambung hafalan ayat dari surah al kahfi!

Yeayyy dah ayat ketiga !!

Admin bersangka baik je semua dah hafal kan ayat pertama dan kedua :D
Siapa yang tak hafal tu takpa admin okay ☺
(Dalam hati : :( kenapa tak hafal lagi??)


Oke uoolsss jom kita mulakan.



بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

 Ayat 3

Arab :

مَّٰكِثِينَ فِيهِ أَبَدًا


 Rumi :

maakisiina fiihi abadaa

Terjemahan :

Mereka kekal di dalamnya untuk selama-lamanya.


Faham tak maksud terjemahan tu?

Apa yang dimaksudkan dengan mereka?

Ok kita rujuk semula terjemahan ayat (2)

"... Allah dan memberi berita gembira kepada orang-orang yang beriman, yang mengerjakan amal soleh, bahwa mereka akan mendapat pembalasan yang baik.."

Haaaa dh mula faham ?

Mereka yang dimaksudkan ialah orang beriman masyAllah !

Dan orang beriman ini akan mendapat balasan yang baik untuk selama-lamanya di syurga kelak !

SubhanAllah moga kita tergolong :D
Amin.


Gaisss minggu ni ayat ringkas je tapi hasil dari ayat 1-3 ni kita dah nampak sesuatu yang hebat.

Alquran diturunkan buat kita untuk bantu kita kembali semula ke syurga masyaAllah  :D

Dalam hidup kita yang sudah bertahun-tahun ini pernahkah kita bersyukur atas bantuan yang besar ni.

Allah beri kita panduan kembali ke syurga 
Tempat abadi yang terindah 
Tapi berapa kali kita cuba mengikuti panduan ini .

Muhasabah sama-sama :)
Wallahualam.

Tiada ulasan: