๐ธ Usrah Hijrah Haura' ๐ธ
⚠ Tajuk : Penyakit pendam perasaan
Assalammualaikum wbt.
Bersyukur kita ke hadrat Illahi dapat berkumpul sama sama malam ni untuk membincangkan satu lagi isu.
Kita sedekahkan alFatihah kepada Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga Baginda, sahabat Baginda, ibu bapa kita dan muslimin dan muslimat sama ada yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia.
Kawan kawan,
Biasa tak?
๐ญ Kau rasa dia layak ke dapat jawatan tu? Eleh pandai bodek bos je tu
๐ญ Alaa dia tu buat kerja sikit dah kena puji
๐ญ Takpe, aku tahu macam mana nak jatuhkan dia
๐น Memendam Perasaan ๐น
▪ satu penyakit yang menyebabkan berlakunya fitnah fitnah dan kemungkaran yang berleluasa
▪ ia juga merupakan penghalang kecemerlangan, pembangunan dan kemajuan.
✒ Dari sudut Bahasa : penuh dengan kemarahan, kesusahan dan penderitaan
✒ Dari sudut Istilah : tindakan yang menyekat atau menahan akal fikiran yang betul dan bernas, keinginan yang bermanfaat dan menyebabkan jiwa penuh kemarahan, kesusahan, penderitaan.
๐ Sebab sebab berlakunya perasaan memendam rasa ๐
๐ Seseorang yang tidak dibenarkan mengeluarkan pendapat atau pandangan
๐ Tekanan adat dan budaya yang salah
๐ Dipersendakan atau dimalukan walaupun melakukan nilai nilai murni
๐Layanan yang buruk seperti dimaki hamun, didera
๐ Lemah iman
⚓ Kesan Kesan Perasaan Memendam Rasa ⚓
๐ Tekanan perasaan
๐ Timbul perasaan tiada belas kasihan terhadap orang lain kerana sifat ingin membalas dendam
๐ Menjauhkan diri daripada Masyarakat
๐ Memutuskan hubungan silaturrahim
๐ Mula berdengki
๐ Cara cara mengubati penyakit memendam perasaan ๐
๐ณ Memberanikan diri untuk mengemukan pendapat
๐ณ Menghormati pandangan orang lain
๐ณ Menerima pandangan orang lain jika ia bermanfaat
๐ณ Sentiasa berbuat baik pada orang lain walaupun dia pernah melakukan kesalahan
๐ณ Memperbanyakkan zikrullah
๐ฎ Kesimpulannya
Ladies,
Kalau ni lah sikap kita sebagai seorang Mukmin dan melambangkan Islam, agak agak apa agama lain akan pandang kita?
Adakah...
❌ Orang Islam pun nak jatuhkan sesama Islam
❌ Islam bukan agama yang baik sebab kuat berdengki
Princess sekalian,
Ingatlah setiap gerak geri kita adalah perhatian mereka yang bukan islam.
Kita mampu mengubahnya. Wallahualam.
Salam Sayang,
๐ธ Princess Zulaikha
๐ธ 14052015
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan