Jom Baca Surah Al Kahfi 2



Assalamualaikum wbt 


Alhamdulillah yeay jumaat tiba lagi 
Masa untuk hafal ayat kedua al Kahfi  tapi sebelum tu nak tanya ayat pertama dah hafal ??

Dah?
Tahniah !!!
Belum ?? 
Jangan tangguh! Ajal tak tahu bila! baik mula membaca sekarang,bila lagi nak tambah pahala :D


Ok ok ok

Hari ni nak mulakan ayat kedua !


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.


Ayat 2

Arab :

 قَيِّمًا لِيُنْذِرَ بَأْسًا شَدِيدًا مِنْ لَدُنْهُ وَيُبَشِّرَ الْمُؤْمِنِينَ الَّذِينَ يَعْمَلُونَ الصَّالِحَاتِ أَنَّ لَهُمْ أَجْرًا حَسَنًا


Rumi :

Qay yi man li yun zi ra ba' sans sha dee dam mil la dun hu wa yu bash shi ral mu' mi nii nal lazi na yak la muu nas soo li haa ti an na la hum aj ran kha sana


 Terjemahan :

Sebagai bimbingan yang lurus, untuk memperingatkan akan siksaan yang sangat pedih dari sisi Allah dan memberi berita gembira kepada orang-orang yang beriman, yang mengerjakan amal saleh, bahwa mereka akan mendapat pembalasan yang baik.


Apa ni ?? 
tak faham la !

Ala relaks jangan kecoh lagi :P
Ayat kedua ni berkait dengan ayat pertama!
Siapa yang hafal terjemahan ayat pertama mesti faham.

Tu laaa sapa suruh tak hafal :D
Haaa menyesal kan?

Jangan nangis ! masih ada masa ! kring...kring...

Jom hafal sekarang!

Masih belum terlambat 


Agak hambar kan minggu ni ?
Maaf :( otak padat exam dan assignments bertubi-tubi :(

InsyaAllah minggu depan akan tampil dengan lebih sado  dan macho 

Pesanan ciked buat yang rasa bacaan ni tak penting 

☺ ingat ya sayang kita umat Muhammad SAW. 

Ertinya lepas ni dah tak ada Nabi lain ertinya kita umat yang terakhir ertinya kiamat makin dekat 

 bila kiamat makin dekat,apa yang lagi hampir

Dajjal !!!

Jadi sayang pilih nak jadi pengikut dia atau orang beriman!
Malas tu simpan untuk perbuatan maksiat. Rajin tu buat untuk ibadat.

Ayuh!

Tiada ulasan: