1 Day 1 Story of Sahabah Rasulullah S.A.W #2

1 Day 1 Story of Sahabah Rasulullah S.A.W

Bismillahirrahmanirrahim

Baiklah. Kita kembali lagi ke slot mengenai sahabah² Rasulullah

"Tiada kemuliaan dalam Islam tanpa perjuangan mereka dan tiada kejayaan kecuali apa yang telah mereka usaha dengan gigih."

Bedah Buku
Perjalanan Hidayat Umat

Penulis
Ustaz Ebit Lew & Rahman Lew

Naqibah: Petal of Keiko

Kisah 2.

Kesyahidan Sahabat yang Berpegang Teguh dengan hukum Allah SWT

Rasulullah SAW memerintahkan agar Sa’d bin Muadz pergi untuk menyelesaikan masalah pada Bani Quraidzah, kemudian Sa’d pergi dengan menunggang keldai, hingga kedua kakinya menyentuh tanah (kerana keldai itu menanggung beban dibelakangnya), ketika Rasulullah SAW melihatnya  Rasulullah SAW bersabda: Bangkitlah kepada tuanmu.

Kemudian Rasulullah SAW menyampaikan kepada Sa’d bahawa mereka semua telah menerima keputusanmu, maka berikanlah keputusanmu kepada mereka.

Sa’d berkata: Aku membuat keputusan dengan mejatuhi hukuman mati bagi para penjuang mereka, dan menawan keturunan mereka, dan membahagi-bahagikan harta mereka.

Kemudian Rasulullah SAW bersabda kepada Sa’d: Sesungguhnya engkau telah memberi keputusan ke atas mereka berdasarkan hukum Allah SWT lalu Raja pun menghukumnya. [17]


📌 [17] Hadis shahih di riwayatkan oleh Bukhari: 3043, Muslim: 1768, Ahmad: 3/71 dan Abu Daud: 5193

***

🎉 Dipersilakan berkongsi namun sebarang plagiat dilarang sama sekali. Hormati ilmu dan pemberi ilmu dengan tidak mengubah atau membuang mana-mana bahagian dalam perkongsian ini.

Terima kasih!

Kerjasama Hijrah Haura & Nawrah' Iman

Teruskan sokong kami di page Facebook;

Hijrah Haura
Nawrah' Iman

Tiada ulasan: