Memaknakan Usrah


Usrah : Memaknakan Usrah
Apa itu usrah?
Kumpulan individu atau mukmin yang beriman dengan agama ISLAM, berusaha dan tolong-menolong di antara satu sama lain untuk memahami dan menghayati ISLAM.
Hebat kan usrah? Tapi kenapa perlu bersusah payah menyertai usrah?
"Dan tolong- menolonglah kamu dalam ( mengerjakan ) kebaikan dan takwa, dan jangan tolong- menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran." (Al Maidah : 2)
*terlopong*
Ini baru definisi. Kalau suasana usrah macam mana pula? Anda rasa seronok ke masuk dunia usrah ni?
Usrah ni ikatan ukhwah yang tertaut umpama sebuah keluarga.
Usrah bukan sekadar menjadi tempat untuk menyampaikan atau mendapatkan ILMU.
Malahan ia merupakan tempat untuk kita sesama ahli kumpulan membincangkan sesuatu masalah yang timbul dan juga tempat untuk membentuk peribadi dan sahsiah ahli kumpulan dan tolong menolong apabila ada sebahagian ahli usrah ditimpa kesusahan.
Usrah ni juga dapat mempertingkatkan lagi hubungan UKHWAH ISLAMIYYAH kita bersama…INSYAALLAH
Usrah online ni berhasil ke masalahnya? Mana nak dapatkan ruh dia?
Tarbiyah kita ada tiga unsur; tilawah, ta’lim dan tazkiyah.
Usrah online hanya ada tilawah dan ta’lim.
Tazkiyah itu hanya boleh didapati dengan teguran, dengan belaian tangan. Semuanya itu tidak dapat dilaksanakan dengan online.
Sekurang-kurangnya ada usrahkan?
USRAH ONLINE
Ini yang ingin difokuskan pada kali ini. Khusus buat usrah kita, Hijrah Haura.
Apa masalah yang dihadapi apabila mengadakan usrah online?
Ahli yang terlalu ramai
Apabila ahli terlalu ramai maka muncul 'silent reader' kerana ingin memberi laluan pada ahli yang bersifat aktif untuk komen
Naqibah tidak dapat menumpukan perhatian kepada setiap ahli kerana terlalu ramai
Ahli Halimunan
Apabila usrah online dijalankan, ia bererti pengisian rohani tanpa bertentang mata oleh itu naqibah tidak dapat memastikan 100% pengisian itu sampai ke setiap ahlinya
Naqibah juga tidak mengetahui siapa yang mengikuti usrah ketika itu kerana usrah dilaksanakan bukan secara video call
Multi-Tasking
Disebabkan usrah online hanya menggunakan gadjet seperti telefon pintar maka kebanyakan ahli mengambil enteng dan tidak menumpukan perhatian sewajarnya.
Dek desakan kesibukan dunia ada ahli yang meletakkan usrah online di "waiting list" bermakna jika sudah berkelapangan baru akan dijengah
Ahli usrah itu manusia. Naqibah itu juga manusia. Maka layanan haruslah sama.
Apabila naqibah mengosongkan masa untuk memberi usrah maka berusahalah ahlinya mengosongkan masa untuk menerima usrah.
Sama-sama berusaha kerana kesibukan dunia itu hanya akan tamat setelah nyawa terhenti. Jadi bila mahu berusrah jika begitu?
Usrah ini indah jika dihargai. Ramai yang tidak menyedari hakikat apabila mereka menyertai usrah, mereka itu insan terpilih oleh Allah untuk menerima tarbiyah.
Seronok atau tidak?
Istiqomahkan Berusrah
Untuk insan-insan yang dikasihi, yang sudah menyertai usrah dan mengalami bangun jatuh bangun dalam usrah, dalam tarbiyah dan dakwah ini, saya harap kita sama-sama istiqamah.
Saya bukan orang yang selayaknya untuk bercakap soal istiqamah kerana saya bukan orang yang telah istiqamah tapi saya orang yang sedang berusaha untuk istiqamah.
Kesimpulan
Usrah realiti dan alam maya agak berbeza pendekatan dan sambutannya.
Apabila menyertai usrah alam maya, cabarannya lebih banyak.
Maka menjadi tanggungjawab semua orang untuk bermuafakat merancakkan usrah.
Siapakah orang yang sibuk?
Orang yang Allah telah jauhkan hatinya dari tarbiyah.
Kerna dia tidak berasa kepentingan tarbiyah hati maka usrah ditolak tepi, dibaca nanti, ditangguh sesuka hati.
Adakah itu kita?

Wallahualam
Hijrah Haura' 6

Tiada ulasan: