Hidayah Milik Allah

 Assalamualaikum.

Tajuk : Hidayah Milik Allah 

Jam: 9:00 malam

Naqibah: Aisy Mikhael

2⃣/5⃣/1⃣5⃣

Hidayah milik Allah.

 Allah memberi kan hidayah kpd sesiapa sahaja yang dikehendakinya.

🎈Hidayah ialah cahaya petunjuk dari Allah.

🎈Seseorang yang mendapat hidayah akan berubah tingkah lakunya drpd kufur kpd beriman.

 Orang yang sesat digambarkan seperti sedang mendaki naik ke langit.
Apabila mereka diajak untuk berfikir tentang kebenaran dan tanda tanda kekuasaan Allah, dengan sombongmereka menolak kerana mereka merasa satu beban berat yang perlu dipikul. Mereka ini terdiri daripada golongan kafir, fasik, penjenayah, zalim, sesat, a'si, pendusta.

 Orang yang mendapat hidayah Allah,  akan menikmati kemanisan iman
. Mereka mempunyai matlamat yang jelas dalam hidup. Pegangan akidah dan hidupnya menepati syariat Ini dapat dilihat dalam kehidupan dan tingkah lakunya, contohnya mereka kuat bekerja, rajin berusaha,patuh kepada suruhan Allah, dan meninggalkan larangannya.

Namun begitu,  kita hendaklah berusaha utk mndpatkan hidayah Allah kerana manusia tdk berkuasa memberikannya.
>>> Rasulullah SAW pernah ditanya tntng maksud 'kelapangan dada' lalu bginda mnjawab "itulah satu cahaya Illahi yg dletakkan dlm hati seseorg sehingga mnjdi lapang dadanya" Para sahabat bertanya lagi. "adakah ada tanda tandanya??"
Rasulullah mnjawab.
"ada tanda. Tandanya iaitu jiwanya hendaklah cnderung kpd akhirat. Selalu mnjauhi drinya drpd tipu daya keduniaan dan selalu bersiap sedia mnghdapi kmatian."

Allah kurniakan kepada manusia akal fikiran supaya dapat berfikir tentang tanda tanda kejadian alam dan tanda tanda kekuasaan Allah.  Manusia boleh mengkaji dan meneroka alam ini supaya dapat mengetahui rahsia dan bukti kewujudan Allah. Manusia juga hendaklah sentiasa berdoa memohon hidayah Allah. Selain itu, sebagai umat islam, kita wajib mematuhi segala perintah-Nya. Kita juga semestinya berakhlak mulia dalam pergaulan seharian disampin membersihkan jiwa melalui amal ibadat.

Kita mesti berusaha mencari kebahagiaan hidup didunia serta sanggup berjuang dan berkorban untuk kepentingan agama, bangsa dan negara dengan menceburi bidang2 fardhu kifayah terutama yang masih belum diterokai oleh umat islam.

Allah memerintahkan Nabi Muhammad untuk menyampaikan dakwah islam kepada manusia. Setelah baginda wafat, tugas ini disambung oleh para sahabat dan tabiin.  Tugas ini merupakan tugas bagi seluruh umat Islam dan dilaksannakan mengikut kemampuan masing2.

Umat islam dituntut memohon hidayah dengan cara menghayati perintah agama dan berakhlak mulia.
Sebenarnya, kita mampu menguasai segala bidang yang menjadi keperluan umat islam tanpa perlu bergantung kepada orang lain. Nasib orang islam pada masa hadapan terletak dibahu mereka sendiri.
"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib seauatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri.

Dakwah dengan cara yang baik dapat menarik minat manusia kerana telah menjadi fitrah untuk suka kepada benda benda yang baik. Jangan berputus asa jika usaha dakwah tidak menjadi. Kita juga dilarang mempersenda atau menghina orang yang belum mendapat hidayah, sebaliknya perlulah meneruskan usaha dakwah kerana tugas kita hanya menyampaikan, bukan memberi hidayah.
 Dakwah bukan sahaja mengajak yang bukan islam untuk membuka minda bagi menerima kebenaran islam. Tetapi, juga dilakukan kepada umat islam. Umat islam wajib menyampaikan ilmu pengetahuan agama dan sama2 memelihara kesucian agama ini.

 Usaha dakwah hendaklah dilaksanakan melalui cara yang betul dan berhemah. Menurut firman Allah
Surah al-nahl ayat 125. " Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk. "

 Mereka yang mendapat hidayah Allah akan berada dalam situasi tersebut.

🌻 Berubah daripada seorang yang tidak beriman kepada beriman.

🌻 Peningkatan ketara dalam ibadah samaada fardhu ain atau fardhu kifayah.

🌻 Mengamalkan perbuatan baik dan meninggalkan perbuatan mungkar.

🌻 Merasa gembira dan tenang menjalankan perintah Allah dan membenci perbuatan mungkar.

🌻 Tetap beriman sekalipun disiksa atau diberi tawaran kesenangan dunia supaya meninggalkan agama.

🌻 Terdorong melaksanakan tugas amar makruf nahi mungkar.
 Isteri firaun asiah menerima hidayah Allah tetapi isteri Nabi Nuh tidak dikurniakan hidayah kerana menolak ajaran islam.


 Ok..terima kasih sbb pinjamkn masa kalian. Sekian sahaja usrah kita malam.ni... Terima kasih.

Tiada ulasan: