1 Day 1 Story of Sahabah Rasulullah S.A.W #3

1 Day 1 Story of Sahabah Rasulullah S.A.W

Bismillahirrahmanirrahim

As'salamualaikum w.b.t.

Semalam ada tanya ana tentang kisah semalam mengenai kesyahidan. Umum mengetahui syahid ialah orang yang gugur membela agama.

Sedikit perkongsian yang ana nak kongsi bersama; ana tidak ingin membatasi, pengertian syuhada itu hanya dalam erti orang yang gugur membela agama sahaja.

Syuhada adalah bentuk jamak dari syahid . Syahid itu kata yang boleh dijadikan objek atau subjek. Syahadah adalah kesaksian. Jika sesuatu perkara itu ialah subjek maka syahid bererti yang menyaksikan, kalau sesuatu perkara itu ialah objek bererti bahawa beliau yang disaksikan.

Dalam kisah kesyahidan sahabat yang berpegang teguh dengan hukum Allah S.W.T semalam, dalam kita menjadikan beliau sebagai syahîd (yang disaksikan), bererti kita ikut menyaksikan di hadapan Allah berdasarkan pada pengetahuan kita bahawa beliau pejuang agama dan di sisi lain kita menyaksikan beliau sebagai teladan kita dalam kehidupan seharian.

InshaAllah.

Baiklah. Kita move on kisah sabahah Rasulullah seterusnya

Bedah Buku
Perjalanan Hidayat Umat

Penulis
Ustaz Ebit Lew & Rahman Lew

By: Petal of Keiko

Kisah 3.

Kesyahidan 'Auf Bin 'Afraa'

Nama penuhnya adalah 'Auf bin Harits bin 'Afraa', ia adalah saudara dari Mu'adz dan Mu'awwidz keturunan Bani Harits, beliau dan kedua saudaranya juga turut serta berjuang dalam Perang Badar.

Semasa beliau bertemu dengan sahabat yang lain pada Perang Badar, 'Auf bin 'Afraa bertanya kepada Rasulullah S.A.W: "Wahai Rasulullah, apakah perkara yang boleh menyebabkan Allah S.W.T suka kepada hambaNya?

Rasulullah S.A.W. menjawab: "Iaitu apabila Dia melihat hambaNya terjun ke medan perang tanpa mengenakan baju besi, tidak pula mengenakan perisai untuk menutup kepala dan badannya, kemudian dalam keadaan seperti itu ia menghadapi musuhnya dengan badan dan pedangnya.

Mendengar penjelasan Rasulullah S.A.W itu, lalu 'Auf bergegas menanggalkan baju besi yang dipakainya, lalu membuangnya sambil menggenggam pedang ia menghadapi musuh-musuhnya sehingga beliau gugur dalam pertempuran. [19]


📌 [19] Diriwayatkan oleh Ibnu Abu Syaibah: 5/238, Ibnu Ishaq: 750, Thabari: 2/448, Baihaqi: 9/100, Ibnu Atsir: 4/311 dalam Kitab Asad Al-Ghaabah.

***

🎉 Dipersilakan berkongsi namun sebarang plagiat dilarang sama sekali. Hormati ilmu dan pemberi ilmu dengan tidak mengubah atau membuang mana-mana bahagian dalam perkongsian ini.

Terima kasih!

⭐Kerjasama Hijrah Haura & Nawrah' Iman⭐

📱Teruskan sokong kami di page Facebook;

💡Hijrah Haura
💡Nawrah' Iman

Tiada ulasan: