1 Day 1 Story of Sahabah Rasulullah S.A.W #4

1 Day 1 Story of Sahabah Rasulullah S.A.W

Bismillahirrahmanirrahim

As'salamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah terima kasih yang memberi feedback mengenai 1D1S ini. Moga 1D1S ini dapat membantu melebarkan luas tentang kecintaan terhadap agama. Bukan diri sendiri sahaja tetapi di luar sana inshaAllah 💕

Baiklah. Kita sambung kisah sahabah Rasulullah seterusnya 🌹

💡Bedah Buku
📝Perjalanan Hidayat Umat

💡Penulis
📝Ustaz Ebit Lew & Rahman Lew

🌹By: Petal of Keiko

⏰Kisah 4.⏰

Kesyahidan Ubaidah bin al-Harits 💫

Nama penuhnya adalah Ubaidah bin Harits bin Muthalib al-Qursiy, ia telah lama memeluk Islam, ia adalah termasuk orang yang tertua di kalangan Bani Abdul Manaf pada waktu itu, beliau melakukan hijrah dari Mekah ke Madinah, sehingga Perang Badar berlangsung, dalam Perang Badar inilah beliau gugur.

Bagaimanakah kejadiannya?

Rasulullah S.A.W dalam Perang Badar bersabda; “Bangkitlah wahai Ubaidah bin Harits, bangkitlah wahai Hamzah, bangkitlah wahai Ali.” [20]

Utbah bin Rabi’ah keluar dari barisan di antara saudaranya Syaibah bin Rabii’ dan anaknya Walid bin Utbah, ketika beliau telah keluar dari barisan ia memanggil untuk bertempur, lalu datang tiga orang pemuda dari golongan Ansar, mereka adalah ‘Auf dan Mu’awidz, keduanya anak Harits, ibundanya, ‘Afraa dan seorang pemuda lainya yang dikenal dengan panggilan Abdullah bin Rawahah.

Mereka bertanya: “Siapa kamu?”

Mereka menjawab: “Kami adalah segolongan dari golongan Ansar.”

Kemudian mereka bertanya balik: “Apa kamu inginkan dari kami?”

Kemudian salah seorang memanggil, “Wahai Rasulullah, keluarkanlah kepada kami tentera yang gagah dari golongan kamu.”

Lalu Rasulullah S.A.W bersabda: “Bangkitlah wahai Ubaidah bin Harits, bangkitlah wahai Hamzah, bangkitlah wahai Ali.”

Setelah mereka berdiri, mereka bertanya: “Siapa kamu?"

Ubaidah menjawab: “Aku adalah Ubaidah.”

Dan Hazmah menjawab: “Aku Hamzah.”

Dan Ali pun menjawab: “Aku Ali.”

Mereka berkata: “Kamu adalah sebaik-baiknya pemimpin yang mulia."

Lalu Ubaidah terjun ke medan perang menghadapi yang tertua dari golongan itu iaitu Utbah bin Rabi’ah, sedangkan Hamzah menghadapi Syaibah bin Rabi’ah, manakala Ali berhadapan dengan Walid bin Utbah.

Dengan tidak bertangguh-tangguh lagi, Hamzah menyerang Syaibah, dan Ali menyerang Walid, dan di antara Ubaidah dan Utbah terjadi perlawanan tetak-menetak dan keduanya tercedera, kemudian Hamzah dan Ali menyerang Utbah dan terus membunuhnya. Ubaidah bin Harits tercedera lalu masuk ke dalam barisan pasukan kaum Muslimin.

Tidak lama berselang setelah itu, Ubaidah bin Harits akhirnya gugur, ia termasuk salah seorang sahabat yang gugur dalam Perang Badar.

Allah S.W.T meredhai pemergian Ubaidah bin Harits dan memberinya tempat yang terbaik iaitu syurga dengan darjat tertinggi.


📌 [20] Hadis sahih, diriwayatkan oleh Abu Daud: 2665, Ibnu Abu Syaibah: 8/473, Ahmad: 1/117, Hakim: 3/194, Baihaqi: 3/71 dalam Kitab ad-Dalaail.

***

🎉 Dipersilakan berkongsi namun sebarang plagiat dilarang sama sekali. Hormati ilmu dan pemberi ilmu dengan tidak mengubah atau membuang mana-mana bahagian dalam perkongsian ini.

Terima kasih!

⭐Kerjasama Hijrah Haura & Nawrah' Iman⭐

Teruskan sokong kami di page Facebook;

💡Hijrah Haura
💡Nawrah' Iman

Tiada ulasan: