Topik : Saf Solat

 Topik : Saf Solat

 Dulu ustaz saya pernah cakap, kalau lah manusia ni tau kelebihan orang yang solat di saff paling depan, nescaya manusia akan berbunuhan sesama sendiri untuk mendapatkannya 🍓🍓


 Korang semua tahu tak betapa beruntungnya jika kita solat di saff paling depan?

 Kita akan didoakan oleh para malaikat dan mendapat ganjaran pahala yang besar oleh Allah.

 Tapi apa yang saya nampak, dah lah jarang tengok orang datang masjid awal, kalau datang awal pun duduk kat bawah kipas je. Saff yang depan di biarkan kosong.

 Niat datang awal sebab nak selesa dan berkipas? Kalau datang awal mengaji dulu ke, solat sunat ke ok lah lagi.

 Lepas tu kadang2 saya tengok warga emas je yang solat baris depan, yang muda2 ni nak solat belakang.

 Kononnye baik hati dan pemurah nak bagi pahala lebih kat warga emas sebab hidup dah diambang senja katanya.

 Macam lah hidup korang yang muda2 ni lama sangat, bila2 masa je Allah boleh tarik nyawa korang, tak kira muda atau tua.

 Ape lah salahnya kalau korang pun turut sama di saff depan tu, bukan ke banyak ganjaran nya.

 Lagi satu, meluruskan dan merapatkan saff (barisan) dalam solat berjemaah adalah merupakan suatu hal yang sangat dituntut.

 Dari Ibnu Umar bahawa Rasulullah bersabda: "Tegakkanlah saff2, sejajarkan lah bahu2 kalian, tutupkanlah celah2, dan lembutkanlah diri kalian untuk disentuh tangan2 saudara kalian.

Jangan biarkan celah2 untuk dimasuki syaitan.

 Barangsiapa yang menyambungkan saff, maka Allah akan menyambung nya dan barangsiapa yang memutuskan saff, maka Allah memutuskannya."

[ Abu Daud, An-Nasa'i dan Ahmad ]

Renung-renungkan dan selamat beramal.

Wallahualam.


***

Teruskan menyokong kami :

Facebook : Hijrah Haura
Twitter : @twt_haura
 Instagram : hijrahhaura
Blog : hijrahhaura.blogspot.com

JANGAN EDIT ATAU PADAM APA-APA.
BELAJAR MENGHORMATI.

Bidadari itu Tempatnya di Syurga

Tiada ulasan: