Istiqomahkah hijrah ku ?

Assalamualaikum wbt sahabat  yg dihormati sekalian..
Tajuk kita malam ni :Istiqomahkah hijrah ku ?

Okayy .. sebelum mula majlis seperti biasa ..
Mulakan dengan bacaan al-Fatihah dan selawat ke atas junjungan kita Nabi Muhammad Saw

Done ? Alhamdulillah ..

Malam ini kita bicara soal hijrah kita yuk ..(cehh .. tetiba fefeeling indon mlm ni)              

Korang penah dengar tak pasal kisah-kisah hamba ALLAH yg dibelenggu "jahiliah"  tapi kini dah kembali ke jalan ALLAH
Haaa.. mesti banyakkan ?
Atau mungkin dari pengalaman sendiri ?


Dulu aku free hair,skrg aku berjilbab
Dulu jilbabku bdg 45, kini 50,60 n sbgnya ........
Dulu zikirku tika susah, kini aku selalu zikir pd ALLAH..
Macam-macam lagi la bentuk hijrah

Tapi pernah tak sekali-sekala,kasi tumbuk  sikit cik "Iman" tu,tanya istiqomah tak kau berhijrah ?   Atau kau sekadar acah-acah


Mungkin ada hati  yg berbisik
"Eh.. at least aku dah berubah"
N perhaps.....
"Ya ALLAH, ampunni aku, tanpa aku sedar hijrahku semakin hilang arah"

Tape II, apa pun jawapannya
Sama-sama kita muhasabah..
Hijrah kita ni betul ke kerana ALLAH
Kalau betul,kenapa tak menambahkan rasa cinta kita pada ALLAH ..

Okay .. macam lariii je tajuk
Sabar dulu, tak lari tajuk dikejar  ..
ada 'hipotesis' nya di situ..
"Semakin kuat  hijrah kerana ALLAH, semakin istoqmahlah dalam berhijrah"
Jadi konklusinya di sini..
"Jika benar aku hijrah kerana ALLAH,pasti aku lagi meningkatkan(menambah ibadah,memperbaiki ibadah dsbg) rasa cintaku pada ALLAH"(baca dalam slank indon)

Tapi kebanyakan hijrah tergendala di tengah II.. tak semakin baik,tak pulak semakin buruk

Dalam bahasa mudahnya .. "statik aja dong" ..
Jangan silap pandang hijrah tu cuma dari skop pemakaian mahupun amal ibadat saja..
Tapi nuh hati nuh ..
ada tak rasa benci kat orang tak tentu pasal ?
Ada tak buangkan dunia, simpan mati dalam hati ?
*Termasuklah hal-hal kecil seperti minat drama, minat korea,minat bola n minat apa sajalah yg berkaitan dunia* (huh .. rasa macam ambik pistol ,tembak dri sndiri laaa )    
Kalau ada alhamdulillah .                  
Kalau tak, sama-sama kita minta supaya di ampunkan ALLAH di atas semua kelalaian kita      

Kadang kita lupa
Kadang kita sengaja
Tak bersungguh untuk meletakkan dalam hati ini,cinta itu hanya pada ALLAH
Lantas hijrah itu hanya pada satu jalan

   
Akhir usrah yang serba ringkas ini saya nak ajak kita sekali lagi tumbuk dada, tanya cik Iman Sudahkah aku "berzikrullah" secara istiqomah lantas buat aku rasa cinta yang makin  dalam pada ALLAH ?

Maaf kerana usrah malam ini terlampau ringkas ..
Kerana hamba hanya ingin mengajak sama-sama kita merenungkan istiqomahkah hijrah kita?
Kerana saat ini hamba merasakan lelah dalam hijrah

Kita tutup majlis dengan
Surah al-Asr dan tasbih kifarah

Wallahu ta'ala a'lam bishshawab
wa ilaihi marjiul maab

#Hijrah Haura

Tiada ulasan: