Solat tapi tak tenang?

Saya nak tanya . Kawan saya ni dia selalu rasa nak menangis dan kekadang nak marah . Macam tak tenang  kenapa dia jadi macam tu eh ? Solat semua cukup . Mungkin ada sebab lain ? Boleh sesiapa tolong ?

Jwpn:

Terima kasih pada yang bertanya, jawapan ini juga merupakan satu bentuk peringatan dan bukan jawapan semata-mata.

Banyak faktor yang menyebabkan kepada perkara ini.

Marah itu hadirnya daripada syaitan sebagaimana dalilnya

"Sesungguhnya marah adalah daripada syaitan dan syaitan dicipta daripada api, apabila salah seorang kamu marah maka hendaklah dia berwuduk.” (HR Ahmad & Abu Daud)

Dan perasaan sedih yang amat itu pula berpunca daripada qalbu seseorang dalam mengekspresikan isi hati itu, namun isi hati seseorang itu boleh jadi sedih ke atas perkara yang baik boleh jadi tidak.

Jadi saya tak berani menghukum bahawa si fulan itu mempunyai hati yang kotor, atau ada masalah mentaliti atau masalah lain yang mempengaruhinya berkeadaan sedemikian kerana bukan semua manusia itu sama, namun penyakit yang dialami manusia itu sama, antara faktor seseorang itu marah ialah :

1) TAZKIYATUN NAFS

- antara asbab seseorang itu senang marah dan senang bersedih adalah berpunca daripada Tazkiyatun nafs, yakni penyucian jiwa. Keadaan ini adalah di mana seseorang itu tidak membersihkan hatinya daripada sifat2 mazmumah, apabila dia dikuasai dengan sifat2 mazmumah ini, maka apa yang dilakukannya adalah tidak berasaskan kepada akhlak2 mulia baginda Rasulullah salallahu alaihi wassalam kerana akhlak2 yang ditunjukkan oleh Rasulullah salallahu alaihi wassalam adalah sifat yang paling mulia yang merangkumi kepada 10 sifat mahmudah yang baik.

Maka mungkin asbab si fulan bersikap sedemikian kerana tidak cukup pentarbiahan dan penyucian hatinya.

Solusi nya ialah dengan melatih diri dengan sifat2 mahmudah, banyakkan duduk bersama orang soleh, membaca al Quran dan memahaminya, belajar ilmu tasawuf bukan sahaja dari segi teori namun hakikat ilmu tasawuf itu sendiri.

Faktor ini terletak pada kesedaran dirinya sendiri, dan sebagai rakan, kita perlu menunjukkan contoh yang baik dan berlemah-lembut kepadanya In syaa allah. Dan mengajaknya untuk mencari ilmu tasawuf. In syaa allah.

2) GANGGUAN

- Daripada pengalaman saya sendiri (penulis) dalam pembelajaran ilmu ruqyah, ada sahaja mereka yang secara tiba2 berubah dengan drastik daripada seorang yang baik kepada seorang yang panas baran atau kuat bersedih dengan sedih yang merosakkan.

Antara faktor jadi begini adalah daripada gangguan luar oleh jin dan syaitan, di mana apabila seseorang itu tidak kuat benteng dirinya, maka mudah untuk dia dikuasai oleh makhluk ini.

Untuk mengubati perkara ini, perlu untuk berjumpa dengan tukang ruqyah yang sahih, dan meminta untuk diadakan sesi rawatan.

In syaa allah, ini adalah antara faktor nya.

3) MENTALITI

- Faktor ini berkait rapat dengan faktor yang pertama, namun faktor ini lebih bersifat berlaku secara tiba2 pada sesuatu keadaan yang tidak diduga.

Contohnya tiba2 kematian ahli keluarga, atau berlaku sesuatu yang membuatkan maruahnya tercabar, atau yang sewaktu dengannya.

Pada faktor ini, seseorang yang mempunyai kekuatan mental yang lemah, mudah untuk mentafsir keadaan itu secara melulu dan menghukum keadaan itu menggunakan perasaannya tanpa usul periksa yang mendalam.

Untuk mengubati faktor ini, maka seseorang itu perlu berlatih untuk bersikap tenang dan tidak kuat melatah, latih untuk bertanya dengan baik dan mengkaji terlebih dahulu, kemudian bersikap dengan sikap yang mulia yakni memaafkan tanpa menyakiti orang yang menaikkan kemarahan atau memberi kesedihan itu walaupun sedikit.

Ini adalah sifat mulia Rasulullah.

4) Faktor lain2

- faktor keempat ini lebih kepada faktor luaran yang memberi kesan kepada semua faktor yang di atas iaitu pemakanan, amalan harian dan pergaulan.

Pemakanan adalah faktor utama kerosakan hati manusia, hatta dengan kehadiran makanan yang syubhah sahaja mampu memberi kesan yang drastik kepada diri seseorang manusia.

Amalan harian merupakan benteng yang dikurniakan Allah kepada manusia bagi menahan dan menjaga diri daripada perkara yang tidak baik. Sama ada yang dilakukan sendiri mahupun kelakuan orang ke atas diri kita.

Pergaulan adalah faktor yang fundamental kepada akhlak seseorang. Baik pergaulannya, maka baik juga jasmani dan rohani nya.


_____

Daripada kesemua faktor di atas, kita tak mampu menghukum seseorang itu kekurangannya di mana kerana itu ialah aib dia dan rahsia allah azzawajalla.

Maka daripada nasihat ini, kita perlu membantu mereka dengan jalan hikmah dan memberi sokongan yang baik sepertimana yang ditunjukkan oleh Rasulullah salallahu alaihi wassalam kepada para sahabat baginda. Yakni dengan lemah lembut dan kasih sayang.

Wallahutaalaalam bishshawab wa ilaihi marjiul maab, semoga Allah menjauhkan kita daripada sifat2 mazmumah dan memasukkan kita dalam golongan yang sentiasa membersihkan hati daripada sifat yang tercela dan berakhlak dengan akhlak yang mulia.. Aamiin allahumma Aamiin

💕Group Usrah Hubbun Ilm'

Tiada ulasan: