Aku dan Al Quran

 Aku dan Al-Quran..


Suatu hari ada seorang gadis sedang keresahan, mencari jawapan disetiap titisan air mata ujian dari Tuhan. Tohmahan demi tohmahan, fitnah demi fitnah. Hari-harinya dihujani dan bertemankan air mata dan zikrullah. Masuk waktu dia terus solat, berdoa hampir 15 minit melebihi masa solat ketika bekerja. Dia tidak peduli staf yang lain berkata-kata yang dia memakan masa yang lama untuk menunaikan rukun islam yang diwajibkan keatas setiap hamba-hambaNya.

Namun, jawapan yang ditunggu-tunggu tidak juga berkunjung tiba. Dia berdoa menangis teresak-esak tika dia bersendirian memohon petunjuk dari Allah Azza Wajalla, apa yang dia rasa cuma ketenangan yang sementara..

Selesai solat dia berzikir seperti kebiasaannya, masa yang ada begitu panjang ditambahnya wirid untuk ketenangan dan pengisian masa yang tersisa.

Dalam berwirid dia sesekali memandang di sekeliling biliknya,

kosong.....

Lalu,,, matanya terpandang di suatu sudut, terdapat buku-buku komik dan novelis cinta kesayangannya. Apa yang menarik perhatiannya, ada senaskah buku yang sedikit tersorok dari yang lainnya, diamati.. bukan buku biasa, itu senaskah Al-Quran, lalu dia terfikir kenapa aku sekadar melihat tetapi tidak mengambil dan membaca? Perlahan-lahan ia mencapai Al-Quran yang sedikit berhabuk diatasnya...

Dup.. dap... dup... dap....

Bulu roma mula menghadap lelangit, mata mula berkaca, diam-diam ada aliran yang mengalir didalam tubuh badannya. Tidak disangka-sangka Al-Quran kecil yang berwarna hijau kesukaannya, sudah sekian lama tidak dibaca apatah lagi menyentuhnya.. Allahurabbi!!!..

Dibersihkan habuk dengan telapak tangannya yang sederhana kecil, dipegang erat didakap rapat2 lalu dicium air mata mula mengalir membasahi pipi gebunya..

Dalam hati, surah apa nak dibaca. Boleh baca ke? Tajwid? Erk erkk.... penyesalan mula terasa..

Dibukak Al-Quran perlahan2 secara rawak, mata berkeliaran mencari-cari apa yang sesuai untuk dibaca. Mata terhenti pada sebaris ayat terjemahan dari-Nya..

"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata, 'Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Dan demi sesungguhnya Kami menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta."
(Surah Al-Ankabut, ayat 2 hingga ayat 3)


Jawapan,.. Allah beri jawapannya dari sudut yang dia tidak terfikir dari awalnya. Kenapa bila sedih baru nak mencari? Malu.... malu dengan Allah.. dalam kesedihan, otaknya ligat berfikir mencari jawapan. Lalu ldia teringat akan sepotong ayat penulisan hamba Allah yang dibacanya..

-Allah itu tidak jauh,
Syaitan berlari di pembuluh darah,
Dia pula lebih rapat dari urat nadi,
Tidak ada yang lebih dekat daripada-Nya,
Tinggal hamba-hamba tidak mencari.
(Hilal Asyraf-Untuk kita pendosa:30HARI MENCARI TUHAN).


Ya!
Allah tidak pernah menjauh, cuma aku.. aku yang menjauhkan diri dari Tuhan ku..
Aku kene usaha dekatkan diri dengan-Nya.. berdoa jangan berputus asa, sungguh2 mintak bukan untuk hari ini tapi untuk selamannya.. Ampuni daku Ya Allah...

Mulai saat itu gadis itu berusaha membaca Al-Quran semula, belajar dari pendengaran ayat-ayat Al-Quran dari imam-imam terkenal, mendengar dengan teliti lalu diikuti bacaannya.. Biar pun tergagap-gagap, dia sedaya upaya mencuba untuk membacanya hari demi hari. Bukan untuk sesiapa, tetapi untuk dirinya sendiri..

Tiada ulasan: