Bila Nak Rasa Berdosa?

Assalamualaikum...

Alhamdulillahi Robbil A'lamin. Segala pujian tertentu kembali pada Allah, Wasolatu wassalamu a'la asyrafil anbiyai wal mursalin, walhamdulillahi rabbil a'lamin.
Tajuk Usrah kali ini adalah 

"BILA NAK RASA BERDOSA?"

Kita mulakan usrah pada malam ini yang bertemankan barakah ini dengan Surah Al-Fatihah 

Juga selawat dan salam pada Junjungan Nabi Muhammad serta para keluarga , para sahabat dan keturunan Baginda 

Moga apa yang disampaikan dapat memberi manfaat kepada semua yang hadir untuk membaca usrah yang disampaikan. Barakallahu feekum 

Bisirril Fatihah

Kalaulah dosa itu satu titik hitam yang akan muncul pada kulit muka akibat perbuatan dosa kita

Pastinya hari hari kita mahu bertaubat

Biar sekali taubat , sekali hilang titik hitam kerana kata kita , malu pada manusia

Apatah lagi andai titik hitam itu bertanda berdasarkan dosa dosa kita
Titik hitam yang begini sebab lawan cakap mak ayah

Titik hitam begitu sebab tak solat

Titik hitam yang ni pula sebab tak tutup aurat
Hah yang ni pula sebab mengumpat manusia

Allahu

Apabila begitu , maka pastinya mahu dilumur putih telur satu badan sebab nak hilangkan titik hitam

Hari hari berwudhu dan solat sahaja
Hari hari berwudhu dan baca al Quran sahaja

Entah bila kita mahu berubah

Apabila ada yang menyeru supaya tutup aurat kita dengan sempurna . Maka kata kita , aku belum sampai serunya

Entah bila waktu seru itu juga kita sendiri belum pasti . Namun saat ada satu nikmat ditarik , dengan mudah kita mengatakan bahawa Dia itu kejam

Selalu mengambil apa yang baik dan memberikan yang buruk buruk sahaja dalam kehidupan ini . Sedang kita tidak sedar , perintah-Nya selalu kita abaikan dan pandang sebelah mata

 Entah bila kita mahu berubah

Solat sudah sekian lama ditinggalkan. Mujur sahaja bintik hitam itu ada dalam hati

Maka tidaklah ada rasa perlu untuk menyorok daripada manusia andai bintik hitam dosa itu timbal pada muka .

Namun oleh kerana kita sendiri tidak celik hati , maka hati kita terus buta dan ditutupi gelapnya kepekatan noda hitam

Ketahuilah bahawa orang yang ikhlas sahaja akan punya benar rasa malu kepada Allah SWT.☺

Ketahuilah bahawa orang yang ikhlas sahaja menangis dengan sebenar benar tangisan atas dosa yang dilakukan sekalipun kecil☺

Bila diri terdetik untuk buat dosa , macam mana nak cegah ?

 didik lah diri agar sentiasa mengingati mati
 ingatlah , Allah swt itu sentiasa melihat
 ketahuilah , Dua malaikat sedang memerhati perilaku mu
 rajinkan basah kan lidah dengan beristighfar

Apabila direnung renung
Kita sebenarnya tidak punya hati yang cukup ikhlas

Kita tidak cukup ikhlas untuk menjadi lebih baik

Yang lebih tepat , kita tidak begitu ikhlas untuk menjadi seorang hamba

Andai tidak , maka sudah pastinya hari hari sentiasa kita takut dan malu berbuat dosa

Allah swt berfirman yang bermaksud ;

"Iblis berkata : Wahai tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan aku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini , dan aku akan menyesatkan mereka semuanya. (39)

Kecuali antara zuriat-zuriat Adam itu hamba-hambaMu yang dibersihkan daripada sebarang syirik (40)"

 Apabila hendak jadi baik , banyak perkara yang dapat kita lakukan:

~ tilawah al-Quran
~ hafaz al-Quran
~ solat rawatib
~ solat dhuha
~ jaga mulut
~ Mathurat
~ bacaan bermanfaat
~ jaga mata
~ hayati sirah
~ zikir
~ Al-Kahfi
 ~ hadir ke majlis ilmu
~ memberi sesuatu yang bermanfaat
~ istighfar
~ solat witir
~ puasa
~ jaga hati
~ buat baik kepada ibu bapa
~ solat taubat
~ jaga tangan
 ~ Al-Mulk sebelum tidur
~ selawat
~ jaga kaki
~ solat tahajud
~ sedekah

Cuma tinggal mahu buat ataupun tidak . Itu sahaja

Hidup kita biar selalu ada pembaikan . Hidup kita biar selalu usaha untuk dekat kepada Allah swt . Baru hati kita tenang . Baru hati kita kenal apa itu kebahagiaan .

" sincerity causes the smallest of good deeds to become the largest " - Yasir Qadh

Kenang dosa-dosa lalu . Taubat sungguh - sungguh . Cari di mana keikhlasan dalam hati . Ikhlas dalam menhadapi ujian . Mahupun ikhlas dalam menerima nikmat . Biar hati kita menangis . Biar hati kita jadi lembut dengan tangisan taubat . ☺

Wallahualam .
Sekian sahaja ilmu hari ini
Semoga bermanfaaT

Tiada ulasan: