Dari segi bahasa, ikhtilat bererti: meramukan, menggaul sesuatu dengan sesuatu yang lain yakni mencampurkannya. Istilah Syariat : Yang dimaksudkan dalam perbahasan ini ialah: Percampuran wanita dengan lelaki iaitu perkumpulan mereka pada satu tempat, sama ada dalam bentuk kumpulan atau bersendirian.
Percampuran di satu tempat selalunya menyebabkan mereka bertemu antara satu sama lain, berpandangan, berkomunikasi dan bertegur sapa.
[
[
Apa hukum ikhtilat dalam konteks yang seperti ini?
Adakah percampuran wanita dengan lelaki sama dengan percampuran lelaki dengan lelaki, tanpa ada perbezaan?
Jawapannya ialah ....
Jeng.. jeng.. jeng..
Tidak , secara pastinya tidak.
Tidak ada seorang pun yang mengatakan bahawa pergaulan wanita dengan lelaki sama dengan pergaulan lelaki dengan lelaki. Kerana asasnya pergaulan lelaki sesama lelaki adalah HARUS, tetapi pergaulan lelaki dengan wanita asalnya adalah HARAM.
Wait!! What 

HARAM ?
Macam mana nak berkerja, nak belajar, nak berjual beli ?
Nak tahu tak? 
Let's find out about it 
Dalam hal ini, Ahli Sunnah Wal Jamaah, mengambil pendapat yang pertengahan (mutawasit).
Apakah pendapat yang dimaksudkan?
Iaitu, berserderhana dalam percampuran lelaki dan wanita, tidak mengharamkan secara mutlak dan tidak juga menghalalkan secara mutlak.
Bersederhana yang bagaimana?
Ulama mengariskan beberapa keadaan yang membolehkan menjadikan percampuran antara lelaki dan wanita yang HARAM pada asalnya kepada suatu perkara yang diHARUSkan!
Toyyib salallah sayyidina muhammad ..
Kita sambung.. ada beberapa keadaan yang mengharuskan ikhtilat.
1- Dalam keadaan terpaksa (Dharurah)
Menyelamatkan dari keburukan yang lebih besar seperti, kehilangan nyawa dalam kemalangan atau keadaan bahaya, kehilangan maruah dan lain-lain.
Kalau tengok ada lelaki nak kena langgar lori tak kan kita nak kata moga selamat saya takleh buat apa apa.. ikhtilattttt...
Okeh kita ke next point!
2- Dalam keadaan keperluan (Hajat)
Sepeti yang haura-ians mention tadi
Dalam gerak kerja (mesyuarat, perbincangan & program), dalam pembelajaran (Kelas), Jual beli, Kerja kehakiman, Saksi, Amar maaruf nahi mungkar, Melayan tetamu, Dalam kenderaan awam, Percampuran yang menjadi kebiasaan dalam keluarga
Keadaan diatas menyebabkan ikhtilat menjadi HARUS dengan syarat keadaan percampuran diatas mengelak perkara yang dilarang dalam ikhtilat & menepati syarat-syarat Ikhtilat.
Macam yang di-mention di atas
π»
Ikhtilat boleh jadi harus tapi ada syaratnya. Ada larangan yang perlu diketahui.
Point kita seterusnya mengenai larangan dalam ikhtilat.
1- Pandangan yang berlebihan
Pandangan yang berlebihan adalah ditegah dalam Islam. Bukti? Semak alQuran :
,“Katakanlah kepada laki-laki yang beriman supaya menahan pengelihatan dan menjaga kehormatan….. dan katakanlah kepada wanita-wanita yang beriman supaya menahan penglihatan dan menjaga kehormatan”
Surah An-Nur : 30-31
[
Surah An-Nur : 30-31
[
2- Bersentuhan
Sentuhan juga adalah perkara yang dilarang. Mesti ada yang pernah dengar sabda rasulullah,
“Sekiranya kamu ditusuk kepala kamu dengan besi, adalah lebih baik daripada memegang-megang lelaki/perempuan yang tidak halal untuk kamu”
Sentuhan yang dimaksudkan di sini, termasuklah sentukan kulit dan kulit atau berlapik.
Analogi mudah yang boleh diberikan, adalah adakah kita boleh membiarkan aurat kita disentuh oleh sesiapa sahaja walaupun ianya berlapik?
3- Bercakap lembut
Suara/percakapan juga adalah elemen terpenting yang perlu dijaga, percakapan yang tidak perlu, berbunga dan bermanja perlu dielakkan. Perbualan yang ringkas, padat dan mencapai maksud adalah lebih baik daripada perbualan yang lain.
Ada perempuan suara dia memang manja, lembut.. kan? So kena berusaha kawal suara.. dan bicara bila perlu
Kadang kita discuss bab assignment. Itu diharuskan.. tapi bagaimana dengan lenggok bahasa, suara kita?
Yang tu kena jaga 
4- Khalwat(berdua-duaan)
DILARANG bagi seorang lelaki dan seorang wanita dalam keadaan berdua-duaan, melaikan bersama mahram.
Tempat sunyi tidak menjadi syarat kepada khalwat. Sebab syaitan pun tak tunggu di tempat sunyi saja..
Mahram yang dimaksudkan disini adalah ahli keluarga atau sesiapa sahaja yang memahami hukum islam dan mampu menegur jika berlakunya pemesongan daripada landasan islam/maksiat.
Supaya kalau kita terlajak dia boleh tegur dan kita kembali menjaga ikhtilat.
5- Tidak menutup aurat
Aurat wanita kepada lelaki yang bukan mahram adalah seluruh tubuh kecuali muka dan kedua tapak tangan
Aurat lelaki kepada wanita yang bukan mahram adalah pusat hingga lutut.
Jadi pelihara lah aurat bila nak berikhtilat agar ia tak membawa kita lebih jauh ke lembah maksiat.
Nauzubillahi min zalik 
Syarat-syarat Ikhtilat
1- Niat - Kerana Allah
2- Matlamat - Perkara yang memaksa dan keperluan sahaja
3- Tidak bersentuhan - Tidak berlaku sentuhan samada kulit dan kulit atau berlapik
4- Menutup & menjaga aurat - Perlu sentiasa terjaga
5- Menjaga adab bercakap - Ringkas, pada dan difahami, tidak meleret dan berlebihan
6- Mengasingkan tempat - Diasingkan dengan pengasingan yang jelas, sama ada kiri dan kanan, depan dan belakang
7- Dibawah kawalan orang yang dipercayai
Bawah pantauan orang yang dipercayai dan memahami hukum islam dan mampu menegur jika berlakunya pemesongan daripada landasan islam/maksiat
Salah Faham berkaitan Ikhtilat
Maksudnya tak kira la ada 100 orang sekali pun yang haram tetap haram.
Both membawa maksud yang berbeza. Khalwat memang haram tak ada ruang untuk harus. Tapi ikhtilat ada yang harus.
Jangan sebab ramai dalam 1 group kita boleh buat sesuka hati ya. Tetap kena jaga adab wal akhlak.
Sebab.. di alam maya pun ikhtilat boleh berlaku!
[
[
Ikhtilat boleh berlaku samada melalui telefon, “chatting” dan lain-lain lagi cara komunikasi yang membolehkan perhubungan/interaksi antara lelaki dan wanita. Dalam ikhtilat moden ini, perkara yang dilarang dan syarat-syarat ikhtilat juga perlu dipatuhi bagi mengelakkan ikhtilat yagn diHARAMkan
Kenal atau tidak, warna kulit, bahasa pengantara, bangsa dan kaum yang berbeza tidak menjadi perkara yang membolehkan ikhtilat. Antara yang sering berlaku apabila ada istilah adik angkat, abang angkat dan kakak angkat, kerana dikatakan perhubungan seperti adik beradik dan tiada nafsu antara mereka.
No. Ajnabi tetap ajnabi!
Perhubungan seperti ini tidak terlepas dengan Hukum & Adab-adab Ikhtilat perhubungan lelaki dan wanita, berlainan negara, bangsa dan warna kulit juga perlu mematuhi Hukum & Adab-Adab Ikhtilat.
Wallahutaalaalam bishshawab wa ilahi marjiul maab.
Tamat perkongsian kali ini
Tamat perkongsian kali ini
Tiada ulasan:
Catat Ulasan