Ajal Waktu

Alhamdulillah

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Alhamdulillahi Robbil A’lamin. Segala pujian tertentu kembali kepada Allah, Wasolatu wassalamu a’la asyrafil anbiyai wal mursalin, walhamdulillahi rabbi a’lamin

Kita mulakan usrah pada malam ini yang bertemankan barakah ini dengan Surah Al-Fatihah

Juga selawat dan salam pada Junjungan Nabi Muhammad serta para keluarga , para sahabat dan keturunan Baginda

Moga apa yang disampaikan dapat memberi manfaat kepada semua yang hadir untuk membaca usrah yang disampaikan. Barakallahu feekum

Bisirril Fatihah

Tajuk usrah : Ajal. Waktu

Tidak Mensia-siakan Waktu

Sebelum Datang Ajal
Rujukan: QS Ali ‘Imran 3: 91

“Sesungguhnya, orang2 yang kafir dan mati dalam kekafiran, tidak akan diterima (tebusan) daripada seseorang di antara mereka walaupun (berupa) emas sepenuh bumi, sekiranya dia hendak menebus diri dengannya. Mereka itulah orang2 yang mendapat azab yang pedih dan tidak memperoleh penolong.”

=====

Ayat ini merupakan peringatan  daripada Allah S.W.T. 🏻 kepada orang2 yang telah kafir  sedangkan sebelumnya beriman, kemudian bertambah kafir dan berterusan berada dalam kekafirannya sampai mati

Mereka tidak akan pernah diterima taubat ketika mati

Al-Hafiz Abu Bakar Al-Bazzar meriwayatkan dari Ibnu Abbas R.A., dia berkata 🗣,

"Ada suatu kaum yang menyatakan masuk Islam, lalu mereka murtad lagi, kemudian memeluk Islam lagi dan selepas itu murtad lagi.”

Kemudian para sahabat menghantar utusan untuk menanyakan tentang mereka itu. Utusan mereka pun memberitahu hal itu kepada Rasulullah S.A.W., maka turunlah surah Ali ‘Imran 3: 90.

“Sesungguhnya, orang2 yang kafir setelah beriman, kemudian bertambah kekafirannya, tidak akan diterima taubatnya, dan mereka itulah orang2 yang sesat.”


Melalui ayat ini 🤔, jelas bahawa sesiapa yang meninggal dunia dalam keadaan kafir, kebaikannya tidak akan diterima oleh Allah S.W.T. Selamanya walaupun dia telah menyedekahkan emas sepenuh bumi.

Nabi S.A.W. pernah ditanya berkenaan Abdullah bin Jaz’an  yang sentiasa menjamu tetamu, menolong yang memerlukan dan memberi makanan, apakah itu bermanfaat baginya?

Baginda pun menjawab, “Tidak, kerana dia sama sekali tidak mengucapkan ‘Ya Allah, ampunkan kesalahanku pada hari Pembalasan.’

Begitu juga kalau dia menebus dirinya dengan emas sepenuh isi bumi ini, maka kebaikannya tidak akan pernah diterima; perhatikan surah Al-Baqarah 2: 123

Kalian boleh rujuk dalam Al-Quran

Daripada Anas Bin Malik R.A., Nabi S.A.W. bersabda🗣,

“Pada hari kiamat nanti, ditanyakan kepada salah seorang penghuni neraka, ‘Bagaimana pendapat engkau akan menjadikannya sebagai tebusan?’

Lalu orang itu menjawab, ‘Ya.’

Lalu Allah S.W.T. berkata, ‘Sesungguhnya aku hanya mahukan darimu sesuatu lebih ringan daripada itu. Iaitu aku mengambil janji darimu ketika kamu masih berada di tulang sulbi bapamu, Adam A.S. iaitu janganlah engkau menyekutukan-Ku dengan sesuatu pun, selepas itu engkau menolak bahkan engkau terus berbuat musyrik.’”

[Hadis Riwayat Imam Ahmad]

Bagaimana dengan diri kita? 🤔

Tepuk dada, tanya iman

Sumber: Ibnu Kasir, Tafsir al-Qur’anil ‘Azim, Jilid 1, 1996: 388

=====

Sekian sahaja usrah pada malam ini, semoga kita semua beroleh manfaat daripada ilmu yang dipelajari. syukran, aasif kalau ada yang kurang ya

Kita akhiri usrah kita pada malam ini dengan Tasbih Kaffarah dan Surah Al-Asr'

Tiada ulasan: