Pengiktirafan Dunia VS Pengiktirafan Allah

Setiap perkara yang berharga mesti ada isi.. Ada sesuatu yang membuatkan sesuatu perkara itu ada harga atau kehilangan harga nya... 

Kamu semua ada harga ^_^...
Kita semua ada harga... ^_^

Paling tidak... Kita adalah manusia yang dipilih oleh Allah untuk jalani temuduga di dunia ini sama ada kita layak untuk menduduki syurga ataupun kita gagal temuduga lalu kita perlu menjalani denda di atas kelalaian kita semasa temuduga ini.

Of course setiap kali temuduga, kita perlu bawa surat/sijil kelayakan kita.
Dan sijil kelayakan itu perlu lah satu surat ataupun sijil yang mempunyai pengiktirafan, bukan sebarang sijil yang diterima pakai, ianya perlu lah satu sijil yang mempunyai "harga". 

Jadi, apakah pengiktirafan yang mempunyai "harga" dalam kehidupan singkat kita ni?

Pengiktirafan makhluk... Ataupun Pengiktirafan Allah...


Toyyib.. Salallah sayidina Muhammad 

Mari kita susun atur semula..

Pertama - Apakah ujian yang sebenarnya dalam hidup ini?

Miskin? Kaya? Bersendirian? Pergaduhan? Perpecahan? Kelaparan? Kebodohan?

Semua tu kita sebut sebagai ujian... Tapi seringkali kita "confused" mana satu yang menjadi "final exam" dan major subject yang menentukan kelayakan kita di akhirat nanti.

Kata ulamak tauhid ^_^
Kehidupan kita, ada satu matlamat, di mana ianya merupakan markah tertinggi dalam ujian kita, satu matlamat, satu tujuan allah letak kita di atas dunia ini.
" Tidak Aku jadikan jin dan manusia selain untuk mengenal ku. "

Baiklah, kesimpulan pertama kita, ujian yang menentukan kelayakan kita di akhirat nanti, adalah taraf pengenalan kita kepada Allah.


Bagaimanakah tahap kita mengenali kepada pencipta kita ^_^.

Sheikh Rohimuddin al Bentani pernah berkata semisal ini di dalam majlis nya, dibahagikan oleh para alim ulama rukun agama itu kepada 3 perkara :
1. Islam - 5 rukun islam
2. Iman - 6 rukun iman
3. Ehsan -  "engkau beribadah seperti engkau melihat Allah, jika engkau tidak dapat melihat Allah maka yakinlah bahawa Dia melihat engkau."

Seperti itulah kandungannya "Hadis Jibril" yang diriwayatkan oleh Saidina Umar al Khattab.

Rukun agama yang ke 3 adalah ehsan, iaitu "engkau beribadah seperti engkau melihat Allah, jika engkau tidak dapat melihat Allah maka yakinlah bahawa Dia melihat engkau." definisi ehsan yang diberikan oleh baginda Rasulullah salallahu alaihi wassalam.

Kata ulamak, inilah dia pengenalan kepada Allah. Setiap saat dalam kehidupan kita seperti kita bersama dengan Allah. Setiap saat dalam kehidupan, kita menghabiskan dengan memperhambakan diri kepada Allah, sentiasa dalam keadaan beribadah kepada Allah.

Inilah dia ujian paling besar untuk seseorang manusia ^_^. Iaitu berusaha untuk mencapai tahap bagi mengenal Allah. 

Baiklah, itu adalah kesimpulan bagi persoalan pertama, apakah ujian yang sebenar dalam hidup ini.

Toyyib.. Salallah sayidina Muhammad 

Kedua - apakah cara untuk lulus/cemerlang dalam ujian ini?
Caranya adalah jawab kesemua soalan dengan betul.

Macam mana nak jawab dengan betul?
Jawablah macam mana yang cikgu dan guru kita dah ajar.

Siapa guru kita?
Baginda al Mustofa al Mujtaba Rasulullah salallahu alaihi wassalam ^_^.

Apakah yang baginda Rasulullah ajar?
Baginda Rasulullah salallahu alaihi wassalam mengajarkan kepada seluruh umat baginda, dari zaman baginda sehingga lah hari ini, ajaran baginda tetap sama, iaitu bagi mentauhidkan Allah dengan sebenar-benar nya ^_^.

Jadi apa formula untuk lulus dalam ujian ni?
Ikut sunnah Rasulullah salallahu alaihi wassalam ^_^,
ikut akhlak baginda Rasulullah salallahu alaihi wassalam,
mengagungkan guru kita baginda Rasulullah salallahu alaihi wassalam,
Ikut setiap jejak langkah baginda Rasulullah salallahu alaihi wassalam. 

Secara ringkas, inilah dia kesimpulan bagi persoalan kedua ^_^. 


Toyyib.. Salallah sayidina Muhammad.. 

Maka, untuk berjaya di akhirat, kita perlukan keputusan "ujian" yang baik. 

Tapi cuba lihat pada diri kita...

Tutup mata dan fikir semula...

Apa usaha kita untuk itu? 


Secara zahir mata kita.

Pelajar yang rajin...
Dia akan pandai...

Pelajar yang pandai...
Dia akan cemerlang dalam peperiksaan yang ...

Pelajar yang cemerlang dalam peperiksaan...
Dia akan dapat sambung belajar di universiti yang hebat-hebat dengan subjek pengajian yang hebat-hebat.

Siswa yang belajar di tempat sedemikian..
"graduate " dengan sijil kelayakan yang diiktiraf.
Keluar cari kerja.. Dapat kerja yang hebat-hebat
Gaji besar..
Orang ramai puji..
Orang ramai sanjung dan hormat..
Hidup senang... 

Otak singkat kita hanya mengklasifikasi kronologi kehidupan dengan corak sedemikian.
Ditambah pula pada setiap jarak itu terdapat pujian-pujian manusia.

Kemudian apa? Mati dalam keadaan senang? 

Ya... Pengakhiran setiap manusia itu sama...

Baik raja... Baik orang awam.. Baik kaya.. Baik miskin... Yang jahat... Yang baik... Yang hidup susah payah.. Yang hidup senang lenang...

Tempat terakhir atas dunia tetap sama...

Kubur... 
Wahai sahabat sekalian... ^_^


Mari kita bersihkan semula hati kita dan pandangan kita...

Kita tidak mahu kehidupan sebagai seorang Muslim.. Berakhir dengan keadaan tiada bezanya pemikiran kita dengan orang kafir yang tidak ada iman dalam hati mereka :') 


Toyyib.. Salallah sayidina Muhammad 

Bukan di sini kita nak kata,
" takpa... Takyah belajar pun.. Tak dapat masuk U pun... Tak dapat kerja pun.. Kalau soleh dapat masuk syurga jugak.." 

Bukan...

Tapi kita nak Share dekat sini, kita lihat setiap orang ada isi tersendiri bukan? ^_^

Setiap orang ada kelebihan masing-masing...
Yang buatkan diri mereka berharga..

Jadi... 
Surat pengiktirafan manusia... Tidak sama dengan pengiktirafan daripada Allah ^_^

Ada pengalaman saya tengok, sahabat yang selepas peperiksaan SPM, dapat keputusan cemerlang... Tapi pilih untuk tidak melanjutkan pelajaran ke Universiti... Tapi masuk ke pondok belajar agama...

Ada yang dapat keputusan yang kurang daripada cemerlang, tapi memohon bersungguh sungguh untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat Universiti.

Ada yang dapat keputusan cemerlang, masuk U, graduate, tapi lepas tu menganggur. 

Lihat... Kita merancang... Yang tentukan adalah Allah ^_^

Jadi kepada adik-adik ataupun jika ada kakak-kakak yang pagi tadi baru sahaja mendapat keputusan SPM... Satu saya nasihatkan ^_^

Carilah pengiktirafan Allah... 

Sebab pandangan manusia.. Sama ada baik ataupun buruk kepada kita... Mereka tak membantu langsung dalam menentukan pengakhiran kita.

Tetapi yang menentukan kejayaan kita.. Di dunia dan akhirat nanti... Adalah Dia yang mempunyai kuasa pada seluruh alam semesta ^_^.

Jangan terlalu sedih dapat keputusan yang kurang memuaskan... Teruskan kehidupan kamu dengan matlamat asal.. Untuk mengenal Allah... Lalu rancang dan usaha lah untuk kehidupan kamu semampunya... In syaa allah.. Dia akan bantu.

Jangan terlalu gembira dengan keputusan yang cemerlang... Kamu tak tahu lagi betapa besarnya kegagalan yang akan menimpa kamu di masa depan jika Dia tidak mengizinkan.. 

Maka, sekeping pengiktirafan manusia, tidak mampu untuk membeli pengiktirafan pencipta ke atas kamu^_^


Sebagai penutup, saya nak ceritakan sebuah kisah yang amat memberikan pengajaran kepada diri saya, dan berharap ianya akan memberi pengajaran yang lebih baik buat sahabat-sahabat semua In syaa allah ^_^. 

Kisah seorang wali Allah dengan gurunya yang juga seorang wali Allah..
Kisah Maulana Jalaludin ar rumi dan guru mulianya As Syams at Tabriz...
Kisahnya sebegini...

Suatu malam, Maulana Jalaluddin Rumi mengundang Syams Tabriz ke rumahnya. Sang Mursyid Syamsuddin pun menerima undangan itu dan datang ke kediaman Maulana. Setelah semua hidangan makan malam siap, Syams berkata pada Rumi;
“Apakah kau bisa menyediakan minuman untukku?”. (yang dimaksud : arak / khamr)

Maulana terkejut mendengarnya, “sememangnya anda juga minum?’. 
“ya”, jawab Syams. 

Maulana masih terkejut,”maaf, saya tidak mengetahui perkara ini”.
“Sekarang kau sudah tahu. Maka sediakanlah”.

“Di waktu malam seperti ini, dari mana aku bisa mendapatkan arak?”.
“Perintahkan salah satu pembantumu untuk membelinya”.
“Kehormatanku di hadapan para pembantuku akan hilang”.
“Kalau begitu, kau sendiri pergilah keluar untuk membeli minuman”.
“Seluruh kota mengenalku. Bagaimana aku boleh keluar membeli minuman?”.
“Kalau kau memang muridku, kau harus menyediakan apa yang aku inginkan. Tanpa minum, malam ini aku tidak akan makan, tidak akan berbincang, dan tidak bisa tidur”.

Karena kecintaan pada Syams, akhirnya Maulana memakai jubahnya, menyembunyikan botol di balik jubah itu dan berjalan ke arah pemukiman(perkampungan) kaum Nasrani.

Sampai sebelum ia masuk ke pemukiman tersebut, tidak ada orang yang berfikir bukan-bukan terhadapnya, namun begitu ia masuk ke pemukiman kaum Nasrani, beberapa orang terkejut dan akhirnya mengekorinya dari belakang.

Mereka melihat Rumi masuk ke sebuah kedai arak. Ia terlihat mengisikan botol minuman kemudian ia sembunyikan lagi di balik jubah lalu keluar.

Setelah itu dia diikuti terus oleh orang-orang yang jumlahnya bertambah banyak. Hingga sampailah Maulana di depan masjid tempat ia menjadi imam bagi masyarakat kota.

Tiba-tiba salah seorang yang mengikutinya tadi berteriak; “Ya ayyuhan naas, Syeikh Jalaluddin yang setiap hari jadi imam shalat kalian baru saja pergi ke perkampungan Nasrani dan membeli minuman!!!”.
Orang itu berkata begitu sambil menyingkap jubah Maulana. Khalayak melihat botol yang dipegang Maulana. “Orang yang mengaku ahli zuhud dan kalian menjadi pengikutnya ini membeli arak dan akan dibawa pulang!!!”, orang itu menambahi siarannya.

Orang-orang bergantian meludahi muka Maulana dan memukulinya hingga serban yang ada di kepalanya terjatuh ke leher.

Melihat Rumi yang hanya diam saja tanpa melakukan pembelaan, orang-orang semakin yakin bahwa selama ini mereka ditipu oleh kebohongan Rumi tentang zuhud dan takwa yang diajarkannya. Mereka tidak kasihan lagi untuk terus mengajar Rumi hingga ada juga yang berniat membunuhnya.

Tiba-tiba terdengarlah suara Syams Tabrizi; “Wahai orang-orang tak tahu malu. Kalian telah menuduh seorang alim dan faqih dengan tuduhan minum khamr, ketahuilah bahwa yang ada di botol itu adalah cuka untuk bahan masakan. Seseorang dari mereka masih mengelak;

“Ini bukan cuka, ini arak”.

 Syams mengambil botol dan membuka tutupnya. Dia meneteskan isi botol di tangan orang-orang agar menciumnya. Mereka terkejut karena yang ada di botol itu memang cuka. Mereka memukuli kepala mereka sendiri dan bersimpuh di kaki Maulana. Mereka berdesakan untuk meminta maaf dan menciumi tangan Maulana hingga pelan-pelan mereka pergi satu demi satu.

Rumi berkata pada Syams, “Malam ini kau membuatku terjerumus dalam masalah besar sampai aku harus menodai kehormatan dan nama baikku sendiri. Apa maksud semua ini?”.

“Agar kau mengerti bahawa kemasyhuran yang kau banggakan ini hanya khayalan semata. Kau fikir penghormatan orang-orang awam seperti mereka ini sesuatu yang abadi? Padahal kau lihat sendiri, hanya karena dugaan satu botol minuman saja semua penghormatan itu hilang dan mereka meludahimu, memukuli kepalamu dan hampir saja membunuhmu. Inilah kebanggaan yang selama ini kau perjuangkan dan akhirnya lenyap dalam sesaat.

Maka bersandarlah pada yang tidak tergoyahkan oleh waktu dan tidak terpatahkan oleh perubahan zaman.

Yakni Allah.

Wallahutaalaalam bishshawab wa ilaihi marjiul maab.

Tiada ulasan: