REVIEW KUIZ HIJRAH HAURA

Assalamualaikum..


Pada 23 Mac 2016, Hijrah Haura telah mengadakan kuiz untuk kali kedua.

Tapi, kali ini special sedikit..
Haa.. nak tahu kenapa ?

Sebab kuiz ini dijalankan secara personal..istimewanya kuiz melalui personal ini ialah ia secara automatik melibatkan semua ahli serta semua ahli juga mendapat peluang yang sama rata.
kebiasaannya kuiz dijalankan didalam satu group tapi kuiz personal ini mendapat sambutan yang lebih baik.

Alhamdulillah.

Kata pengasas Hijrah Haura, "Tujuan adakan kuiz untuk memberi kelainan kepada group. Tak nak suap je. Perlu juga diluah baru tahu tahap kemampuan diri, baru dapat kenalpasti tahap ahli dan seterusnya menyusun strategi dalam membantu mereka"

Alhamdulillah, tujuan begitu baik bukan?

Kuiz tersebut disertai seramai 39 orang peserta..

Setiap peserta tersebut diberi 10 soalan subjektif secara personal..

Untuk pengetahuan, Peserta diberi tempoh sehingga 3 April 2016..

Setelah tamat pada 3 haribulan,
tepat jam 9.08 malam bersamaan 4 April 2016, Pengasas telah mengumumkan
pemenang untuk kuiz ke 2 anjuran Hijrah Haura iaitu

UKHTI NURUL LIYANA BINTI SHARI dengan pencapaian markah tertinggi 9.5 daripada 10.

Alhamdulillah. Syabas diucapkan kepada pemenang

Tahniah juga buat semua yang menyertai kuiz kali ini..

Dari pandangan admin sebagai peserta, kuiz kali ini memang benar benar mengukur pengetahuan kita terhadap ilmu. Tahniah pengasas !

Begitu juga dengan pendapat peserta peserta lain

"Alhamdulillah rasa lega.Happy.
Sebab secara tak langsung dapat menambah ilmu dan memperbetul mana yg kurang" - Athirah

"Alhamdulillah, banyak ilmu yg saya dapat setelah menyertai kuiz hari tu." -Mimiey

"Alhamdulillah, bila ada sesi kuiz secara individu kita berpeluang mengasah ilmu yg ada pada diri. Tahap kekuatan berfikir dgn pantas bila kuiz secara umum mean didlm group..Dan bila ada kuiz individu jugk kita bolh melihat kelemhn yg ada pada diri kita.Lalu point kuiz individu mmpu mncabar diri utk truskn maju didlm medan ilmu, cari gali yg utama yg asas tiang kepada islam.." - Shahirah

"Alhamdulillah syukur. Saya rasa saya patut belajar lagi ilmu asas agama, memandangkan soalan remeh pun sy rujuk ustaz utk kepastian jawapan. Mula2 dapat soalan kuiz haritu terdetik 'eh soalan ni apa dah jawapan dia. Tahu tp xingat blablabla...' Kadang sedih jgk dgn diri sendiri, apa la soalan cenggini pun xtau. Macamana nak masuk syurga Allah.
Alhamdulillah, HH byk bantu sy mencari ilmu yg pastinya ada sumber yg sahih. Kuiz tiptop" - syaff

Akhir kata dari pengasas, harapan mesti la nak semua ahli jawab kuiz. Tak nak ada yang tercicir lagi. Dari segi penambahbaikan mungkin dari aspek2 bentuk soalan dan bentuk kuiz serta kaedah perlaksanaan kuiz tersebut.

Sekian saja. 

Tiada ulasan: