Taubat

Definisi
Kembali taat kepada Allah s.w.t dan menyesal dengan bersungguh-sungguh terhadap dosa yang telah dilakukan sama ada dosa besar mahupun dosa kecil serta memohon keampunan dari Allah.
Tujuan
Mempeliharakan diri yang suci dari dosa terutama pada hari perhitungan di akhirat kelak Ibadat yang dilakukan diterima Allah s.w.t. Dapat mengerjakan ibadat dengan sempurna Mendapat balasan yang baik pada hari akhirat Mendapat petunjuk dan hidayah dari Allah s.w.t. Jiwa dan perasaan tenang
Cara-cara
Melalui perbuatan—menyesal dengan apa yang telah kita lakukan:
Berniat tidak mahu lagi melakukan perkara yang sama.
Meninggalkan perbuatan keji itu untuk selama-lamanya.
Menggantikan segala suruhan fardhu yang ditinggalkan sebelum ini.
Kalau ada kesalahan dengan orang lain, kita perlu meminta maaf daripada orang itu.
Kita melatih diri kita untuk taat kepada Allah untuk memperbaiki segala kelemahan.
Melalui lisan – beristighfar:
"..adapun penyakit kalian adalah dosa, dan ubat kalian adalah istighfar.” (Kitab Ihya’Ulumiddin: 1/410).
Apabila terkenang atau hendak mengulangi dosa maka beristighfarlah
‘Astaghfirullahal’adzim, alladzi la ilaha illa huwal hayyul qoyyumu wa atubu ilaih’
(Aku meminta ampun pada Allah yang Maha Agung, yang tiada Tuhan selain Dia Yang Maha Hidup lagi Maha Berdiri Sendiri, dan aku bertaubat kepadaNya).
Allah S.W.T menyeru kita memohon ampun, dan Dia berjanji akan mengampunkan dosa kita, maka apakah balasan yang akan Allah anugerahkan nanti setelah kita diampunkan - Syurga.
Jenis-Jenis
Sahih Al-Taubah Orang yang bertaubat kerana takutkan seksaan
Sahih al-Inabah Orang yang bertaubat kerana tamakkan pahala atau ganjaran.
Sahih Al-Awbah Orang yang bertaubat kerana semata-mata meraikan perintah Allah SWT tanpa perasaan takut seksaan atau tamakkan pahala atau ganjaran.
Peringkat
Pertama Orang yang bertaubat dan istiqamah dalam taubatnya hingga ke akhir hayatnya.
Ia berusaha menebus segala dosanya, mencapai semua yang terluput daripadanya.
Tidak kembali melakukan perbuatan-perbuatan dosa, melainkan dosa-dosa kecil yang biasanya tidak terlepas manusia daripadanya, melainkan nabi atau rasul.
Kedua Orang yang bertaubat dan istiqamah dalam ketaatan dan meninggalkan dosa-dosa besar keseluruhannya.
Tidak terlepas daripada dosa-dosa yang tidak disengaja, yang merupakan ujian dalam perjalanan hidupnya tanpa sebarang keazaman untuk melakukannya.
Ketiga Orang yang bertaubat dan istiqamah beberapa masa, kemudian ia dikalahkan oleh syawatnya sehingga dengan sengaja ia melakukan perbuatan dosa kerana kelemahannya dalam menghadapi syahwatnya tersebut.
Keempat Orang yang bertaubat dan istiqamah untuk beberapa lama, tetapi kemudian kembali kepada melakukan perbuatan-perbuatan ma’siat tanpa adanya bisikan dalam hatinya untuk bertaubat dan tanpa ada perasaan menyesali perbuatannya tersebut.
Bahkan ia bergelimang di dalamnya seperti bergelimangnya orang yang lalai dalam mengikuti syahwatnya.
Kesimpulan
✅ Menuntut keampunan dengan amal-amal ketaatan adalah seperti menuntut ilmu dengan kesungguhan dan mengulang-kaji atau seperti menuntut harta dengan berniaga dan merantau.
✅ Adapun menuntutnya dengan sekadar harapan tanpa sebarang amal usaha adalah seperti mencari harta karun di tanah gersang, atau seperti menuntut ilmu dari pengajaran malaikat.
✅ Di dalam surah Al-Najm: 39-41, Allah SWT berfirman:
“Dan bahawa sesungguhnya tidak ada (balasan) bagi seseorang melainkan (balasan) apa yang diusahakannya, dan bahawa sesungguhnya usahanya itu akan diperlihatkan(kepadanya, pada hari kiamat kelak); kemudian usahanya itu akan dibalas dengan balasan yang amat sempurna”

Tiada ulasan: