Hadas


Usrah : Hadas
Definisi
✔ Bahasa: Sesuatu yang baharu (mendatang) ✔ Syara': Perkara-perkara yang menyebabkan tidak sahnya sembahyang.
Jenis- jenis
1⃣ Hadas kecil 2⃣ Hadas besar
Hadas kecil
✔ Hadas yang hanya menyebabkan wajib wuduk
✔ Hadas yang membatalkan wuduk
✔ Hadas yang memerlukan kita mengangkatnya dengan mengambil wuduk
Contoh-contoh
✔ Keluar sesuatu daripada dua jalan iaitu qubul atau dubur, seperti:
Kentut
Air kencing
Tahi
Mazi
Keputihan
Wadi
✔ Tersentuh kulit antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram tanpa berlapik
✔ Tidur yang tidak tetap dua ponggong
✔ Hilang akal dengan sebab mabuk dan gila
✔ Menyentuh kemaluan dengan tapak tangan
Larangan ketika hadas kecil
Menunaikan solat
Tawaf di Kaabah
Menyentuh Al-Qur'an
Hadas besar
✔ Hadas yang mewajibkan mandi
Contoh-contoh
✔ Bagi lelaki dan perempuan:
Persetubuhan
Keluar mani
✔ Khas bagi perempuan sahaja:
Haidh: darah yang keluar dari dari faraj perempuan tiap-tiap bulan di kala badannya sihat
Nifas: darah yang mengiringi kelahiran
Wiladah: kelahiran yang belum sampai waktunya
Larangan ketika hadas besar
sembahyang
puasa
membaca al-Quran
menanggung al-Quran
tawaf
beriktikaf di masjid

Tiada ulasan: