JOM KENALI NABI SAW

Tajuk :  

JOM KENALI NABI SAW

PERMULAAN WAHYU SEHINGGA HIJRAH KE HABSYAH๐Ÿ’•
โ—A) Peristiwa-peristiwa Sejarahโ—

1โƒฃWahyu diturunkan kepada Rasul s.a.w.: 

๐Ÿ”บApabila Nabi s.a.w. berusia genap 40 tahun, Jibril turun membawa wahyu kepada Baginda. ๐Ÿ”บPada hari Isnin, 17 Ramadhan. Imam al-Bukhari r.hm. meriwayatkan kepada kita tentang cara penurunan wahyu dalam Kitab Sahihnya dengan sanad yang bersambung kepada Aishah, kata beliau:

๐Ÿ’ฌPerkara pertama yang mula-mula berlaku kepada Rasulullah s.a.w. ialah mimpi baik semasa tidur. Baginda hanya bermimpi melihat ia datang seperti cahaya subuh.

๐Ÿ’ฌKemudian ditimbulkan kepada Baginda rasa cinta untuk berkhulwah (bersendirian).

๐Ÿ’ฌBaginda berkhulwah di Gua Hira. Baginda beribadat di dalamnya untuk beberapa malam sebelum pulang menemui keluarganya bagi mengambil bekalan untuk khulwah seterusnya. Kemudian Baginda kembali menemui Khadijah, mengambil bekalan yang seumpamanya. 

๐Ÿ’ฌSehinggalah wahyu kebenaran diturunkan kepada Baginda ketika berada di Gua Hira.

๐Ÿ“–Malaikat (Jibril) datang menemui Baginda seraya berkata: Bacalah.
๐Ÿ“–Baginda berkata:
Aku tidak tahu membaca.
๐Ÿ“–Baginda menceritakan: Maka dia memegang dan menutupi aku sehingga aku merasa kepenatan.
๐Ÿ“–Kemudian dia melepaskan aku. 
๐Ÿ“–Dia berkata lagi: Bacalah.
๐Ÿ“– Maka aku berkata: Aku tidak tahu membaca.
๐Ÿ“–Maka dia memegang dan menutupi aku untuk kali kedua sehingga aku merasa penat. Kemudian dia melepaskan aku.
๐Ÿ“– Dia berkata kembali: Bacalah.
๐Ÿ“–Maka aku berkata: Aku tidak tahu membaca.
๐Ÿ“–Maka dia memegang dan menutupi aku untuk kali ketiga.
๐Ÿ“–Kemudian dia melepaskan aku seraya berkata:
"Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk). Dia menciptakan manusia dari sebuku darah beku. Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah. Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan. Dia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya. "(Al-Alaq: 1-5)
๐Ÿ”บSetelah itu, Rasulullah s.a.w. pulang dalam keadaan gementar.

๐Ÿ’ฌBaginda mendapatkan Khadijah binti Khuwailid r.ha. seraya berkata:
"Selimutkan aku, selimutkan aku."
๐Ÿ’ฌKhadijah segera menyelimutkan Baginda sehingga hilang rasa takut.
๐Ÿ’ฌBaginda menceritakan apa yang berlaku dan berkata: "Aku bimbangkan diriku."
๐Ÿ’ฌLantas Khadijah berkata:

"Tak mungkin. Demi Allah, Allah tidak sekali-kali akan menghina kamu. Kamu menyambung silaturrahim, menanggung pihak yang lemah, memberi pendapatan kepada yang tidak berharta, memuliakan tetamu dan menolong mereka yang hak."
๐Ÿ”บSetelah itu, Khadijah bersama Rasulullah s.a.w. berangkat menemui Waraqah bin Naufal bin Asad bin 'Abdul 'Uzza.
โ— Waraqah merupakan sepupu Khadijah. Beliau seorang lelaki yang menganut agama Nasrani semasa jahiliyah. Beliau juga boleh menulis dalam bahasa Ibrani. Beliau telah menulis Injil dengan bahasa Ibrani setakat yang dikehendaki Allah.

๐Ÿ’ฌKetika pertemuan ini, dia telah tua dan buta. Khadijah berkata:
"Wahai sepupuku, dengarlah (kisah) daripada anak sahabatmu."
๐Ÿ’ฌMaka Waraqah bertanya kepada Baginda: "Wahai anak sahabatku, apa yang kamu lihat?"
๐Ÿ’ฌLantas Rasulullah s.a.w. menceritakan apa yang telah dilihatnya.
๐Ÿ’ฌ Waraqah berkata: "Ia adalah Namus (pembawa wahyu, iaitu Jibril) yang pernah turun kepada nabi Musa a.s.. Alangkah baiknya kalau aku masih muda remaja dan kuat. Semoga aku masih hidup ketika kaum kamu mengusirmu keluar."
๐Ÿ’ฌLantas Rasulullah s.a.w. bertanya: "Adakah mereka akan mengusir aku keluar?"
๐Ÿ’ฌ Dia berkata: "Ya. Tiada seorang lelaki yang datang membawa seperti apa yang kamu bawa, pasti akan dimusuhi. Sekiranya aku sempat dengan hari itu, aku akan menolong kamu semampuku."
๐Ÿ’ฌ Tidak lama kemudian, Waraqah meninggal dunia. Sementara wahyu pula telah terhenti sementara waktu.


๐Ÿ’Œnantikan sambungan pada isnin hadapan
โœจKerna Bidadari itu Tempatnya di Syurga โœจ

Tiada ulasan: