Nota kecil : 3 Jenis Musibah

SALAMUN ALAIKUM

3 Jenis Musibah : 


⚡Kaffarah
⚡ Bala
⚡ Ibtila



1.Kaffarah



Musibah ini berlaku kepada orang yang baik tetapi ketika dia terlanjur melakukan kejahatan kerana kelalaian dan tidak mampu melawan hawa nafsu. Musibah ini diturunkan berfungsi sebagai "tebusan" untuk menghapuskan dosa dan ketelanjuran.



Ditimpa semasa di dunia oleh Allah Taala sebagai balasan kesalahannya bagi melepaskan dia daripada dibalas di akhirat.
Musibah ini lebih baik kerana azab di dunia lebih ringan berbanding azab di akhirat



"Dan KAMI timpakan kepada mereka azab supaya mereka kembali ke jalan yang benar." (Surah Al-Zukhruf : 48)



2. Bala



Suatu bentuk ujian yang dikenakan kepada orang jahat yang melakukan kejahatan. Musibah ini sebagai hukuman di dunia sebelum dihukum dengan lebih berat di akhirat.
Seksaan pertama semasa di dunia manakala seksaan kedua semasa di akhirat



Contoh :
Umat Nabi Nuh yang ditenggelami banjir begitu juga dengan Firaun dan lain-lain contoh.



"Dan jika mereka berpaling,nescaya Allah akan mengazab mereka dengan azab yang pedih di dunia dan di akhirat"
(Surah At-Taubah : 74)



3. Ibtila'



Musibah yang dikenakan kepada orang baik ketika melakukan kebaikan sebagai tanda kasih sayang Allah kepada hambaNYA yang taat.Dengan ibtila' seseorang hamba itu akan mendapat ganjaran yang berganda dan ditinggikan darjatnya disisi Allah. Dengan musibah, mereka memperoleh pahala syahid,pahala sabar, pahala redha dan lain-lain.



Contoh :


Ditimpakan ke atas Para Rasul Ulul Azmi, siddiqin, syuhada' dan solehin.


"Berapa banyak golongan yang sedikit berjaya menewaskan golongan yang ramai, dengan izin Allah dan Allah bersama orang-orang yang sabar."
(Surah Al-Baqarah : 249)


Wallahu'alam.. Allahu Ya Rahim

***


Teruskan menyokong kami :

Facebook : Hijrah Haura
Twitter : @twt_haura
 Instagram : hijrahhaura


JANGAN EDIT ATAU PADAM APA-APA.
BELAJAR MENGHORMATI.

Bidadari itu Tempatnya di Syurga

1 ulasan: