1 Day 1 Story of Sahabah Rasulullah S.A.W #1

1 Day 1 Story of Sahabah Rasulullah S.A.W

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah kita telah masuk bulan ramadan yang mubarak ini.

Untuk sepanjang bulan Ramadan ini, ana akan kongsikan 1 Hari 1 Kisah Sahabah Rasulullah or in English; 1 Day 1 Story of Sahabah Rasulullah

Semoga dengan kisah pengorbanan & kisah kesyahidan para sahabah Rasulullah yang mulia ini dijadikan ibrah dalam kehidupan seharian kita & membantu kita teruskan perjuangan dalam penyebaran agama Islam

Bacalah dengan mata hati. Selamat membaca!

Baiklah.

Bedah Buku
Perjalanan Hidayat Umat

penulis
Ustaz Ebit Lew & Rahman Lew

Naqibah: Petal of Keiko

Kisah 1

Kesyahidan Seorang Sahabat yang Kematiannya Menggetarkan Arasy

Sahabat yang bernama Sa’d bin Mu’adz bin Nu’man, al-Ansari, ialah seorang sahabat yang paling diberkati dalam Islam, ia di Islamkan oleh Mush’ab bin Umair, ketika ia ditugaskan Rasulullah SAW ke Madinah untuk megajarkan kaum muslimin disana.

Ketika pertama kali memeluk Islam ia berkata pada bani Abdul Asyhal: perkataan laki-laki dan perempuan dari golongan kamu bagiku adalah haram sampai kamu memeluk  Islam, kemudian mereka berbondong-bondong memeluk Islam dan tidak seorang pun yang menentangnya.

Ketika Sa’d bin Mu’adz radhiallahanhu (RA) tercedera, ia berdoa agar Allah SWT tidak mencabut nyawanya sehingga beliau dapat mengIslamkan bani Quraidzah, namun ajal datang  menjemputnya, ia  wafat  ketika  menjadi  hakim  pada  Banu  Quraidzah. Rasulullah SAW, Abu Bakar dan Umar serta sahabat yang lain menjenguknya.

Aisyah berkata: Demi Allah SWT yang nyawaku ada di tanganNya, sungguh aku sangat mengetahui (dapat membezakan antara) tangisan Abu Bakar dari tangisan Umar.

Umar bin Syarhabil berkata: Sesungguhnya ketika Sa’d bin Muadz luka parah, Rasulullah SAW memeluknya, sehinggah darah berlumuran ke atas tubuh Baginda Nabi Muhammad SAW, lalu datanglah Abu Bakar, kemudian berkata: dan hancurlah hatiya, Umar berkata: Innaa lillaahi wa innaa ilaihi rajiuun.

Lalu Jibril AS datang, dan menyampaikan berita kepada Rasulullah SAW bahawa pintu langit telah dibukakan untuk Sa’d, telah disiapkan sebuah singgahsana untuknya.

Jabir bin Abdullah berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: bergetar singgahsana Allah SWT atas kematian Saad bin Muadz. [15]

Dan di riwayatkan oleh Ibnu Umar radhiallaahu anhu (RA) bahawa Rasulullah SAW bersabda: Ini (kematiannya Sa’ad bin Mu’adz) yang menyebabkan bergeraknya arasy, dan dibukakannya pintu-pintu langit, dan turunnya tujuh puluh ribu malaikat semasa kematiannya Sa’ad bin Mu’adz. [16]


📌[15] Hadis shahih di riwayatkan oleh Bukhari: 3803, Muslim: 2466, Ahmad: 3/316, dan Ibnu Majah: 158
📌[16] Hadis shahih di riwayatkan oleh Nasaí: 4/100. Thabraniy: 5333

***

Dipersilakan berkongsi namun sebarang plagiat dilarang sama sekali. Hormati ilmu dan pemberi ilmu dengan tidak mengubah atau membuang mana-mana bahagian dalam perkongsian ini.

Terima kasih.

Kerjasama Hijrah Haura & Nawrah' Iman

Teruskan menyokong kami :

Facebook : Hijrah Haura & Nawrah' Iman

***

Tiada ulasan: