Penyakit pendam perasaan

 Usrah Hijrah Haura'


 Tajuk : Penyakit pendam perasaan

 Assalammualaikum wbt.

Bersyukur kita ke hadrat Illahi dapat berkumpul sama sama malam ni untuk membincangkan satu lagi isu.

Kita sedekahkan alFatihah kepada Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga Baginda, sahabat Baginda, ibu bapa kita dan muslimin dan muslimat sama ada yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia.

 Kawan kawan,

Biasa tak?

 Kau rasa dia layak ke dapat jawatan tu? Eleh pandai bodek bos je tu

 Alaa dia tu buat kerja sikit dah kena puji

 Takpe, aku tahu macam mana nak jatuhkan dia

 Memendam Perasaan

▪ satu penyakit yang menyebabkan berlakunya fitnah fitnah dan kemungkaran yang berleluasa

▪ ia juga merupakan penghalang kecemerlangan, pembangunan dan kemajuan.

✒ Dari sudut Bahasa : penuh dengan kemarahan, kesusahan dan penderitaan

✒ Dari sudut Istilah : tindakan yang menyekat atau menahan akal fikiran yang betul dan bernas, keinginan yang bermanfaat dan menyebabkan jiwa penuh kemarahan, kesusahan, penderitaan.

 Sebab sebab berlakunya perasaan memendam rasa 


  •  Seseorang yang tidak dibenarkan mengeluarkan pendapat atau pandangan
  •  Tekanan adat dan budaya yang salah
  •  Dipersendakan atau dimalukan walaupun melakukan nilai nilai murni
  • Layanan yang buruk seperti dimaki hamun, didera
  •  Lemah iman
  •  Kesan Kesan Perasaan Memendam Rasa 
  • Tekanan perasaan
  •  Timbul perasaan tiada belas kasihan terhadap orang lain kerana sifat ingin membalas dendam
  •  Menjauhkan diri daripada Masyarakat
  •  Memutuskan hubungan silaturrahim
  •  Mula berdengki


 Cara cara mengubati penyakit memendam perasaan 🎓

 Memberanikan diri untuk mengemukan pendapat

 Menghormati pandangan orang lain

 Menerima pandangan orang lain jika ia bermanfaat

Sentiasa berbuat baik pada orang lain walaupun dia pernah melakukan kesalahan

 Memperbanyakkan zikrullah


 Kesimpulannya

Ladies,

Kalau ni lah sikap kita sebagai seorang Mukmin dan melambangkan Islam, agak agak apa agama lain akan pandang kita?

Adakah...

 Orang Islam pun nak jatuhkan sesama Islam

 Islam bukan agama yang baik sebab kuat berdengki

 Princess sekalian,

Ingatlah setiap gerak geri kita adalah perhatian mereka yang bukan islam.

Kita mampu mengubahnya. Wallahualam.

Tiada ulasan: