1 Day 1 Story of Sahabah Rasulullah S.A.W #5

1 Day 1 Story of Sahabah Rasulullah S.A.W
.
Bismillahirrahmanirrahim 🌹

Jihad 🎓

Salah anggap terhadap jihad semakin berleluasa mutakhir ini. Istilah jihad seringkali dipandang serong malah dikaitkan dengan keganasan.

Islam dilabelkan sebagai agama yang menyokong keganasan kerana jihad hanya terdapat dalam agama Islam.

Untuk kali ini ana nak kongsikan maksud jihad sebenar.

Apa maksud jihad? ❓

Perkataan jihad itu adalah berasal dari bahasa Arab iaitu dari perkataan jahada, yajhadu, juhdan, atau jahdan atau jihaadan. Maksud jahada ialah bersungguh-sungguh menggunakan tenaga.

Erti jihad dari segi bahasa pula ialah bersungguh-sungguh yang termampu mungkin mengumpulkan semua kekuatan tenaga sama ada dalam diri (akal, roh, jiwa, fizikal) mahupun di luar diri (duit dollar, kekayaan, aset dan sebagainya).

Itulah erti jihad yang sebenar 💡

Jihad datang dalam pelbagai bentuk contohnya jihad memerangi nafsu, jihad dalam menuntut ilmu, jihad membuang tabiat buruk etc. Bukan mengangkat senjata semata-mata.

Marilah betulkan yang betul 👌

Serlahkan keindahan Islam yang sebenar 🌹

Hari ini ana nak kongsikan kisah menarik tentang seorang remaja dan juga salah seorang sahabah Rasulullah. Moga kita dapat mengambil ibrah dari kisah ini inshaAllah.

💡Bedah Buku
📝Perjalanan Hidayat Umat

💡Penulis
📝Ustaz Ebit Lew & Rahman Lew

🌹By: Petal of Keiko

⏰Kisah 5⏰

🌠Kesyahidan Umair bin Abi Waqas 🌠

Nama penuhnya adalah Umair bin Abu Waqas Az-Zuhriy. Beliau adalah saudara dari Sa’d bin Abu Waqas. Umair memeluk Islam pada awal penyebaran agama Islam.

Umair bin Abi Waqas pernah turut serta dalam Perang Badar dan akhirnya gugur dalam Perang Uhud di tangan Umar bin Abdud al-Amiriy.

Ketika Rasulullah S.A.W ditawarkan seorang tentera untuk turut serta berjuang dalam Perang Badar, Rasulullah S.A.W menolak Umair bin Abi Waqas kerana usianya masih terlalu muda, lalu Umair menangis kerana ditolak, akhirnya Rasulullah S.A.W bersetuju menerimanya, namun ia harus bersetuju bertugas sebagai pembawa senjata dan peralatan.

Sa’d bin Abu Waqas radhiallah anhu (RA) berkata:

“Aku melihat  saudaraku Umair bin Abu Waqas sebelum Rasulullah melakukan pemilihan bagi tentera yang boleh terlibat dalam Perang Uhud, ketika itu saudaraku kelihatan gelisah, lalu aku bertanya: “Kenapa geranganmu wahai saudaraku?””

Umair menjawab:

“Aku cemas apabila Rasulullah S.A.W mengetahui dan melihatku, beliau akan menganggapku masih kecil, sedangkan aku begitu ingin sekali ikut berjihad di jalan Allah S.W.T agar Allah S.W.T memberiku syahid.”

Kemudian Umair dihadapkan kepada Rasulullah S.A.W kerana Rasulullah S.A.W melihatnya masih kecil maka beliau menolaknya lalu Umair menangis. Akhirnya Rasulullah S.A.W mengizinkan Umair untuk turut berjihad.

Ketika itu, Sa’d berkata: ‘’Maka aku membuat perjanjian dan meletakkannya  bersama  di bawah jagaan pasukan yang memimpinnya kerana usianya masih terlalu muda.”

Namun akhirnya Umair gugur dalam Perang Uhud, sedangkan umurnya ketika itu baru 16 tahun. [21]

Allah S.W.T meredhai Umair bin Abi Waqas dan menerimanya sebagai syahid dan Allah S.W.T menempatkannya pada syurga yang tertinggi darjatnya.

Begitulah keinginan dan kesungguhannya yang ditunjukkan oleh pemuda pada zaman Nabi Muhammad S.A.W.

Bagaimana pemuda pemudi masa kini? 😌

Kita berjihad atas sebab apa?

Tepuk dada, tanya iman ❤

📌 [21] Rujuk Kitab Al-Ishaabah: 5/36

***

🎉 Dipersilakan berkongsi namun sebarang plagiat dilarang sama sekali. Hormati ilmu dan pemberi ilmu dengan tidak mengubah atau membuang mana-mana bahagian dalam perkongsian ini.

Terima kasih!

⭐Kerjasama Hijrah Haura & Nawrah' Iman⭐

📱Teruskan sokong kami di page Facebook;

💡Hijrah Haura
💡Nawrah' Iman

Tiada ulasan: