1 Day 1 Story of Sahabah Rasulullah S.A.W #6

1 Day 1 Story of Sahabah Rasulullah S.A.W
.
Bismillahirrahmanirrahim 🌹

Alhamdulillah semalam ana mendapat berita ada saudara baru dalam keluarga Nawrah-rian. Moga kehadiran saudara baru kita menambahkan keimanan & semangat kepada aku dan mereka di dalam keluarga Nawrah-rian dalam kecintaan agama suci ini inshaAllah💝

Hari ini marilah kita baca kisah mengenai seorang sahabah Rasulullah S.A.W yang telah bersumpah kepada Allah S.W.T untuk tidak akan menyentuh langsung atau disentuh oleh orang musyrik 🚫

Siapakah orangnya? ❓

Jom baca! 👋

💡Bedah Buku
📝Perjalanan Hidayat Umat

💡Penulis
📝Ustaz Ebit Lew & Rahman Lew

🌹By: Petal of Keiko

⏰Kisah 6⏰

Kesyahidan ‘Ashim bin Tsabit ⚡

Nama penuhnya adalah ‘Ashim bin Tsabit bin Abi al-Aqlah.

Dalam Perang Uhud,  ‘Ashim mencederakan Musafi’ bin Thalhah dan saudaranya al-Jallas bin Thalhah dan menyebabkan dua anak panah yang menembus bahagian tubuh mereka.

Kemudian ibunda Musafi’ dan al-Jallas bin Thalhah iaitu Salafah datang dan meletakkan kepala anaknya di atas pangkuannya, lalu ia bertanya:

“Wahai anakku, siapakah yang telah mencederakanmu?”

Anaknya menjawab:

“Aku mendengar suara lelaki ketika aku diserang, lelaki itu berkata: “Ambillah dan aku adalah anak dari Ibnu Abi al-Aqlah.””

Maka kemudian si ibu bersumpah:

“Apabila kepala ‘Ashim diambil, maka aku akan minum darah ‘Ashim dari tempurung kepalanya."

Salafah menjanjikan seratus ekor unta kepada sesiapa sahaja yang dapat membawa kepala ‘Ashim kepadanya.

Ashim telah bersumpah untuk tidak akan menyentuh orang Musyrik selamanya, atau disentuh oleh orang Musyrik.

Ketika 'Ashim gugur dalam Perang  Raji’, kaum Musyrikin hendak memotong kepalanya untuk dijual kepada Salafah (inundated Musafi’ dan al-Jallas bin Thalhah), namun dengan kuasa Allah S.W.T mendatangkan sekumpulan lebah, kumbang dan menyengat mereka sehingga mereka tidak mampu berbuat apa-apa untuk mendekati dan merosakkan tubuh ‘Ashim.

Setelah usaha mereka yang pertama mengalami kegagalan, mereka berkata: “Bahawa kumpulan lebah itu akan pergi dengan sendirinya apa malam telah tiba.”

Atas kekuasaanNya,  maka  Allah  S.W.T menurunkan  hujan  dari  langit,  lalu  tiba-tiba datanglah air banjir dan menghanyutkan tubuh ‘Ashim sehingga kaum Musyrikin tidak dapat menemukannya lagi dan tidak dapat menyentuhnya sebagaimana sumpah ‘Ashim kepada Allah S.W.T untuk tidak akan menyentuh orang Musyrik atau disentuh oleh mereka selamanya.

Allah S.W.T melindungi ‘Ashim setelah kematiannya dengan sekawanan lebah maka ia dikenali dengan sahabat yang dijaga oleh lebah. [22]

Subhanallah!


📌 [22]  Lihat Musnad Imam Ahmad: 2/295, 311, Ibn Atsir: 4/112 dalam Kitab Asad Al-Ghaabah.

***

🎉 Dipersilakan berkongsi namun sebarang plagiat dilarang sama sekali. Hormati ilmu dan pemberi ilmu dengan tidak mengubah atau membuang mana-mana bahagian dalam perkongsian ini.

Terima kasih!

⭐Kerjasama Hijrah Haura & Nawrah' Iman⭐

📱Teruskan sokong kami di page Facebook;

💡Hijrah Haura
💡Nawrah' Iman

Tiada ulasan: