1 Day 1 Story #16 & 17

1 Day 1 Story of Sahabah Rasulullah S.A.W
.
Bismillahirrahmanirrahim

As'salamualaikum wbt

Malam ni ana kongsikan double story tentang sahabah Rasulullah iaitu pemuda dari Bani Harits bin Khazraj serta Waghidz dan ayahnya.

Jom baca!

💡Bedah Buku
📝Perjalanan Hidayat Umat

💡Penulis
📝Ustaz Ebit Lew & Rahman Lew

🌹By: Petal of Keiko

⏰Kisah 16⏰

Kesyahidan Julaibib al-Ansariy ⚡

Diriwayatkan oleh Abu Barzah radhiallah anhu al-Aslamiy bahawa Julaibab adalah seorang pemimpin dari kaum Ansar. Ketika itu apabila ada seorang sahabat Rasulullah S.A.W yang belum menikah atau masih bujang, maka sahabat yang lain mengadukannya kepada Rasulullah S.A.W.

Kemudian Rasulullah bertanya, "Apakah beliau tidak punya hasrat untuk menikah?"

Suatu hari Rasulullah S.A.W bersabda pada seorang pemuda dari kalangan ansar, "Wahai fulan, nikahilah puterimu untukku."

Pemuda itu pun menjawab, "Baiklah, sungguh suatu kebahagiaan yang tidak terhingga."

Lalu Rasulullah S.A.W bersabda, "Sesungguhnya aku tidak menikahkan puterimu untukku."

Pemuda itu bertanya, "Lalu untuk siapa?"

Rasulullah itu menjawab, "Namun ia untuk Julaibib."

Pemuda itu berkata lagi, "Baik wahai Rasulullah, namun aku harus minta persetujuan dulu dari ibunya."

Lalu pemuda itu mendatangi ibu si gadis (isterinya), si suami berkata, "Sesungguhnya Rasulullah S.A.W meminang anak gadis kita."

Si ibu menjawab, "Baiklah sungguh kebahagiaan yang tidak terhingga untuk menjadi pasangan hidup Rasulullah S.A.W."

Pemuda itu berkata lagi, "Namun pinangan itu bukan untuk dirinya sendiri."

Si ibu bertanya, "Lalu untuk siapa?"

Pemuda itu pun menjawab, "Namun untuk Julaibib."

Si ibu langsung terperanjat, "Hah! Untuk Julaibib? Tidak, demi Allah SWT aku tidak akan menikahkan puteriku dengannya."

Dan ketika ayah si gadis bangkit dari tempat duduknya untuk mendatangi Rasulullah S.A.W, dari dalam kamar terdengar suara gadis bertanya pada ayahnya, "Siapakah gerangan orangnya yang hendak melamarku kepada kamu berdua?"

Mereka menjawab serentak, "Rasulullah S.A.W."

Si gadis berkata, "Apakah kamu membantah apa yang telah diperintahkan oleh Rasulullah S.A.W? Sekarang bawa aku kehadapan Rasulullah S.A.W."

Maka ayah si gadis pergi menjumpai Rasulullah S.A.W. Maka ayah si gadis pergi menjumpai Rasulullah S.A.W dan berkata, "Terserah kamu wahai Rasulullah."

Kemudian Rasulullah menikahkan gadis tersebut dengan Julaibib .

Ishaq bin Abdullah bin Abu Thalhah berkata kepada Tsabit: "Tahukah engkau apa yang didoakan oleh Rasulullah SAW untuk gadis itu?"

Lalu Tsabit bertanya, "Apa yang didoakan oleh Rasulullah SAW untuk gadis itu?"

Ishaq lalu menjawab, doanya adalah, "Ya Allah SWT berilah kepadanya kemudahan yang banyak dan jangan engkau jadikan hidupnya penuh penderitaan." [48]

Lalu Tsabit berkata, "Setelah itu Rasulullah SAW menikahkan gadis itu dengan Julaibib."

Dan ketika Rasulullah SAW berada dalam pertempuran, beliau bertanya kepada para sahabat, "Apakah kamu kehilangan seseorang?"

Para sahabat menjawab, "Kita kehilangan si fulan, si fulan dan si fulan."

Kemudian Rasulullah SAW bertanya lagi, "Apakah kamu kehilangan seorang yang lain?

Mereka menjawab, "Tidak."

Rasulullah bersabda: "Namun aku kehilangan Julaibib, carilah beliau di antara mayat-mayat orang yang terbunuh."

Kemudian para sahabat mencarinya dan menemukan Julaibib berada disamping tujuh mayat yang telah berjaya terbunuh ditangannya, namun beliau gugur setelah itu.

Kemudian Rasulullah S.A.W membaringkan jasad Julaibib di atas jubahnya, lalu para sabahat menggali lubang untuk dijadikan kuburnya. Julaibib ketika itu tidak memiliki kain lain kecuali jubah Rasulullah SAW yang kemudiannya dijadikan kafan untuk Julaibib dalam kuburnya. (49)

Tsabit berkata, "Tiada seorang janda dari kalangan Ansar yang lebih dermawan dari isterk Julaibib.."

Ibnu Sa'd berkata, "Aku mendengar ada yang mengatakan bahawa Julaibib adalah seorang pemuda dari bani Harits bin Khazraj radhiallah anhu."


📌 [48] Hadis shahih, ditakhrij oleh iman Ahmad dalam musnasnya: 4/422
📌 [49] Hadis shahih, diriwayatkan oleh Iman Ahmad: 4/422, dan Muslim: 2472

***

⏰Kisah 17⏰

Kesyahidan Waghidz dan Ayahnya ⚡

Nama penuhnya adalah Abdullah bin Suhail bin Umar. Beliau adalah salah seorang sahabat yang hijrah ke Habsyah dan gugur dalam Perang Yamamah.

Peperangan yang pernah diikuti oleh Abdullah bin Suhail adalah Perang Uhud, Perang Badar dan seluruh peperangan yang terjadi selepas itu. Namun beliau gugur dalam Perang Yamamah pada usianya tiga puluh lapan tahun.

Muhammad bin Umar bin Atha mengisahkan bahawa Abdullah bin Atha berangkat menuju Badar dengan kaum musyrikin dan bersama ayahnya. Suhail; ayahnya tidak mencurigai bahawa Abdullah bin Suhail sudah keluar dari agamanya.

Setelah kaum musyrikin dan kaum muslimin bertembung, Abdullah bin Atha bergabung dengan pasukan muslimin sampai Rasulullah SAW tiba sebelum pertempuran dimulakan.

Sebagai seorang muslim ketika itu Perang Badar adalah peperangan pertamanya bersama kaum muslimin, usianya ketika itu baru dua puluh tujuh tahun. Ayah Abdullah sangat marah setelah mengetahui anaknya bergabung dengan pasukan muslimin.

Di waktu Abu Bakar menunaikan ibadah haji di masa kepimpinannya, Suhail bin Umar mendatanginya, kemudian beliau memeranginya dan Abdullah.

Suhail berkata, "Aku telah diberitahu bahawa Rasulullah SAW bersabda,

"Seorang syahid akan memberi syafa't bagi tujuh puluh ahli keluarganya. [70] Dan aku berharap semoga anakku tidak memberi syafa'atnya kecuali terhadapku terlebih dahulu."" [71]


 [70] Hadis shahih, diriwayatkan oleh Abu Daud: 2522, Tirmidzi: 1712, ia mengatakan bahawa hadis ini hasan shahih, dan Baihaqi: 9/165, 166 dalam kitabnya Sunan al-Kubra.
 [71] Lihat kitab Shafwah As-Shafwah karangan Ibnu Jauzi: 1/454, 455.


***

 Dipersilakan berkongsi namun sebarang plagiat dilarang sama sekali. Hormati ilmu dan pemberi ilmu dengan tidak mengubah atau membuang mana-mana bahagian dalam perkongsian ini.

Terima kasih!

Kerjasama Hijrah Haura & Nawrah' Iman

Teruskan sokong kami di page Facebook;

Hijrah Haura
Nawrah' Iman

Tiada ulasan: