1 Day 1 Story of Sahabah Rasulullah S.A.W #15

✨1 Day 1 Story of Sahabah Rasulullah S.A.W✨
.
Bismillahirrahmanirrahim 🌹

As'salamualaikum wbt

Allah S.W.T berfirman dalam Surah At-Taubah ayat ke-100;

"Orang-orang yang terdahulu lagi yang mula-mula masuk Islam yang terdiri daripada orang-orang Muhajirin dan Ansar dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik. Allah S.W.T redha kepada mereka dan mereka pun redha kepada Allah S.W.T. dan Allah S.W.T menyediakan bagi syurga-syurga yang mengalir sungai-sungai di dalamnya mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Itulah kemenangan yang besar..."

Besar sungguh pengorbanan sahabat-sahabat Rasulullah yang sanggup mengorbankan seluruh jiwanya untuk mempertahankan agama suci Islam ini dan Allah telah menjanjikan syurga untuk mereka.

Bagaimana dengan kita?

Apakah yang telah kita lakukan untuk agama?

Apakah pandangan Allah pada kita?

Apakah tujuan kita dihantar di dunia ini?

Recheck diri kita semula 😌

Hari ni ana nak kongsikan lagi kisah seorang sahabat Rasulullah S.A.W di mana kita boleh mengambil ibrah untuk dipraktik dalam kehidupan seharian.

💡Bedah Buku
📝Perjalanan Hidayat Umat

💡Penulis
📝Ustaz Ebit Lew & Rahman Lew

🌹By: Petal of Keiko

⏰Kisah 15⏰

Kesyahidan Abu Dujanah ⚡

Nama penuhnya adalah Samak bin Kharsyah bin Ludzan. Nama pendeknya adalah Abu Dujanah. Peperangan yang pernah diikuti Abu Dujanah adalah Perang Badar dan Perang Uhud. Ketika itu, beliau selalu mendampingi Rasulullah S.A.W yang kemudian membai'atnya untuk gugur sebagai syahid.

Ketika Perang Uhud berlangsung, Abu Dujanah menjadi pelindung Rasulullah S.A.W. Beliau melindungi Rasulullah dengan mengorbankan seluruh jiwa hingga tubuhnya dipenuhi dengan banyak luka.

Hari demi hari berlalu dan terjadilah peristiwa Perang Yamamah. Dalam peristiwa Yamamah ini, Abu Dujanah mengalami luka-luka yang sangat parah dan menyebabkan kematiannya.

Di waktu cedera, Zawar menjenguknya dan melihat wajah Abu Dujanah bercahaya. Zawar bertanya, "Kenapa mukamu tampak bercahaya?"

Abu Dujanah menjawab, "Tidak ada amalan-amalan yang paling aku suka kecuali dua perkara iaitu; yang pertama aku tidak suka bercakap hal-hal yang tidak bermanfaat bagiku. Amalan yang kedua adalah hatiku sudah ku serahka  untuk kaum muslimin." [63]

Akhirnya Abu Dujanah meninggal dunia sebagai syahid.


📌 [63] Lihat kitab al-Ishabah: 7/57 dan kitab Shafwah as-Shafwah: 1/486


***

🎉 Dipersilakan berkongsi namun sebarang plagiat dilarang sama sekali. Hormati ilmu dan pemberi ilmu dengan tidak mengubah atau membuang mana-mana bahagian dalam perkongsian ini.

Terima kasih!

⭐Kerjasama Hijrah Haura & Nawrah' Iman⭐

📱Teruskan sokong kami di page Facebook;

💡Hijrah Haura
💡Nawrah' Iman

Tiada ulasan: