1 Day 1 Story #18 & 19

1 Day 1 Story of Sahabah Rasulullah S.A.W
.
Bismillahirrahmanirrahim 🌹

As'salamualaikum wbt

Kehilangan nikmat Islam dan nikmat Sunnah Nabi S.A.W maknanya kita telah kehilangan nikmat yang paling besar dalam hidup ini.

Kita telah hilang segalanya.

Mendapatnya ialah kemuncak kenikmatan dan kepuasan yang tiada dalam duit banyak, tiada dalam istana besar, tiada dalam jawatan Raja/Perdana Menteri dan tiada dalam galmour dan dunia.

Hanya terdapat dalam kehidupan mengamalkan kehidupan Nabi S.A.W dengan penuh kecintaan.

Kali ini ana kongsikan dua kisah sahabah Rasulullah lagi.

Jom baca!

Bedah Buku
Perjalanan Hidayat Umat

Penulis
Ustaz Ebit Lew & Rahman Lew

By: Petal of Keiko

Kisah 18

Kesyahidan Aiman bin 'Ubaid ⚡

Nama penuhnya adalah Aiman bin Ubaid bin Umar, al-Khazrajiy al-Ansariy. Beliau adalah salah seorang sahabat yang gugur dalam Perang Hunain.

Ketika itu Aiman bin Ubaid bersama tujuh orang sahabat lainnya sedang berjuang melindungi Rasulullah S.A.W dari serangan musuh. Tujuh sahabat itu adalah Abbas, Ali bin Abu Thalib, Fadhl bin Abbas, Sofyan bin Harits, Usamah bin Zaid; mereka berlima adalah keluarga Rasulullah S.A.W sendiri sedangkan dua orang sahabat lainnya adalah Abu Bakar dan Umar radhiallah anhu ajma'in. [55]

Peristiwa ini diungkapkan Abbas dalam sajaknya,

Kita bertujuh melindungi Rasulullah S.A.W demi agama ini,
Yang ingin lari telah melarikan diri,
Namun kami lapan orang bertahan menegakkan agama ini,
Demi menegakkan agama kita tidak pernah gentar.

Dalam pertempuran ini, Aiman bin Ubaid gugur sebagai syahid. Allah S.W.T meredhai kesyahidan Ubaid dan menempatkannya di syurga tertinggi.


[55] Lihat kitab Asad al-Ghabah: 1/189, dan kitab al-Ishabah: 1/95

***

Kisah 19

Kesyahidan Ibnu Abu Bakar Siddiq

Abdullah bin Abu Bakar radhiallah anhu adalah saudara Asma binti Abu Bakar. Beliau adalah salah seorang sahabat yang gugur dalam perang Tha'if.

Abdullah dan ayahnya Abu Bakar adalah dua sahabat yang telah menyediakan makanan dan memberikan maklumat tentang keadaan suku Quraisy kepada Rasullah ketika Rasulullah S.A.W berada di gua Hira pada setiap malam.

Mereka berdua berdiam diri dalam gua selama tiga malam, dalam riwayat lain dikatakan bukan tiga malam.. Ketika itu, Abdullah masih remaja. Suatu ketika Abdullah meninggalkan gua untuk mengetahui keadaan suku Quraisy, bila malam tiba, Abdullah kembali menuju gua Hira untuk menyampaikan maklumat.

Abdullah bin Abu Bakar Siddiq turut serta dalam pertempuran di Tha'if. Ketika perang berlangsung, Abu Mahjan al-Tsaqafiy melepaskan anak panahnya hingga melukai Abdullah.

Lukanya bertambah parah akhirnya beliau gugur sebagai syahid pada awal masa kepimpinan ayahnya iaitu Abu Bakar Siddiq iaitu pada bulan Syawal tahun ke-11 Hijrah. [57]

📌 [57] Lihat kitab Asad Al-Gahbah: 3/299


***

🎉 Dipersilakan berkongsi namun sebarang plagiat dilarang sama sekali. Hormati ilmu dan pemberi ilmu dengan tidak mengubah atau membuang mana-mana bahagian dalam perkongsian ini.

Terima kasih!

Kerjasama Hijrah Haura & Nawrah' Iman

Teruskan sokong kami di page Facebook;

Hijrah Haura
Nawrah' Iman

Tiada ulasan: