1 Day 1 Story #21 & 22

1 Day 1 Story of Sahabah Rasulullah S.A.W
.
Bismillahirrahmanirrahim

As'salamualaikum wbt

Ana akan sambung lagi dua kisah sahabat; kisah kesyahidan sahabat dengan undian dan kisah kesyahidan seorang sahabat yang memiliki nur di wajahnya.

Jom baca!

Bedah Buku
Perjalanan Hidayat Umat

Penulis
Ustaz Ebit Lew & Rahman Lew

By: Petal of Keiko

Kisah 21

Kesyahidan Sa'd bin Khaitsamah

Nama penuhnya adalah Sa'd bin Khaitsamah bin Malik, al-Ausiy, al-Badriy al-Ansariy. Beliau merupakan salah seorang sahabat yang gugur dalam Perang Badar.

Ketika Rasulullah S.A.W menyeru kaum Muslimin untuk turut dalam Perang Badar untuk memerangi kaum musyrikin, beliau terus bersiap. Kemudian Khaitsamah berkata kepada anaknya yang bernama Sa'd, "Ajak aku berperang bersamamu."

Namun si anak menolak untuk mengajak ayahnya berperang dan berangkat sendirian dalam Perang Badar. Beliau berkata kepada ayahnya, "Kalau bukan kerana syurga, aku tentu akan mengajakmu."

Kemudian mereka berdua mengundi siapakah yang harus berangkat untuk turut serta dalam Perang Badar. Setelah undian dilakukan, yang keluar adalah anak panah milik Sa'd. Sa'd bin Khaitsamah pun berangkat untuk berperang.

Dan akhirnya beliau gugur dalam Perang Badar sedangkan ayahnya Khaitsamah gugur setelah itu dalam Perang Uhud. [81]

Selamat bagi si anak iaitu Sa'd bin Khaitsamah yang telah gugur dalam berjuang di jalan Allah S.W.T. Selamat pula bagi si ayah iaitu Khaitsamah bin Harits yang gugur sebagai syahid.


📌 [81] Lihat kitab Thabaqaat al-Kubra: 3/76, Sair A'lam an-Nubalaa: 1/266, dan kitab al-Isti'aab: 4/143

***

Kisah 22

Kesyahidan Khalid bin Sa'id ⚡

Beliau adalah Khalid bin Sa'id bin Ash al-Umawiy. Beliau adalah salah seorang sahabat yang awal memeluk Islam atau "assabiquunal awwaluun".

Anak perempuannya bercerita,

"Bahawa ayahku adalah orang kelima yang memeluk Islam. Beliau juga turut melakukan hijrah ke negeri Habsyah dan menetap di Habsyah sekitar belasan tahun malah aku sendiri dilahirkan di Habsyah.

Rasulullah S.A.W menyuruh ayahku untuk bekerja dalam perniagaan, dan Abu Bakar pernah juga menugaskan ayahku menjadi pemimpin pasukan ketika peperangan terjadi di negeri Syam."

Khalid bin Sa'id adalah seorang pemuda yang tampan dan gagah, ia gugur dalam Perang Ajnadain.

Diriwayatkan bahawa setelah Khalid radhiallah anhu gugur, orang yang membunuhnya bertanya dengan hairan dan terus memeluk agama Islam,

"Siapakah pemuda ini? Sungguh aku melihat cahaya bersinar ke atas langit dari tubuhnya." [82]


 [82] Lihat kitab Asad al-Ghabah: 2/97, kitab Sair: 1/260 karangan ad-Dzahabiy


***

Dipersilakan berkongsi namun sebarang plagiat dilarang sama sekali. Hormati ilmu dan pemberi ilmu dengan tidak mengubah atau membuang mana-mana bahagian dalam perkongsian ini.

Terima kasih!

⭐Kerjasama Hijrah Haura & Nawrah' Iman

Teruskan sokong kami di page Facebook;

Hijrah Haura
Nawrah' Iman

Tiada ulasan: