1 Day 1 Story of Sahabah Rasulullah S.A.W
.
Bismillahirrahmanirrahim
As'salamualaikum wbt
Ana akan sambung lagi tiga kisah kesyahidan para sahabah Rasulullah.
InshaAllah esok hingga sehari sebelum ketibaan Syawal, ana akan kongsikan kisah sahabat Rasulullah yang mulia dan tidak asing lagi bagi sekalian umat Islam iaitu Saidina Abu Bakar secara bersiri. 🌹
And satu lagi kisah bonus atas permintaan pembaca yang ingin mengetahui siapakah Wahsyi yang pernah dicerita dalam siri ke-8 lepas sebagai penutup slot 1D1S Ramadan. Stay tuned!
Jom baca kisah siri 23, 24 & 25!
Bedah Buku
Perjalanan Hidayat Umat
Penulis
Ustaz Ebit Lew & Rahman Lew
By: Petal of Keiko
Kisah 23
Kesyahidan Umar bin Jamuh
Nama penuhnya adalah Umar bin Jamuh bin Zaid Al-Ansariy. Beliau adalah sahabat yang gugur dalam Perang Uhud.
Menurut cerita orang dari bani Salamah mengisahkan bahawa Umar bin Jamuh adalah seorang pemuda yang sangat berani. Beliau memiliki empat orang putera yang keberaniannya bagaikan singa. Mereka turut bertempur dalam setiap peperangan yang dipimpin oleh Rasulullah S.A.W.
Mereka menceritakan bahawa ketika perang Uhud, keluarga Umar bin Jamuh ingin menahannya untuk tidak turut berperang dan berkata, "Sesungguhnya Allah S.W.T memberikan keringanan (untuk tidak berperang)."
Hingga Rasulullah S.A.W mendatangi mereka, kemudian Umar bin Jamuh berkata pada Rasulullah S.A.W, "Keempat-empat anakku melarang untuk ikut dalam Perang Uhud bersamamu. Demi Allah S.W.T, sesungguhnya aku ingin sekali gugur sebagai syahid agar dapat ke syurga."
Lalu Rasulullah .S.A.W bersabda, "Adapun Allah S.W.T telah memberikan keringanan kepadamu (untuk tidak berperang kerana usia yang sudah tua) maka perang tidak wajib hukumnya bagimu."
Rasulullah bersabda kepada anak-anak Umar bin Jamuh, "Kamu tidak sepatutnya untuk mencegah ayah kamu pergi berjihad, mudah-mudahan Allah S.W.T memberinya kesyahidan." [39]
Akhirnya Umar bin Jamuh turut berperang bersama Rasulullah S.A.W dan gugur dalam perang ini.
📌 [39] Hadis Hasan, ditakhrij oleh Ahmad: 5/299. Ibnu Syaibah: 4/291, Baihaqi: 3/246 dalam kitab Ad-Dalaail.
***
Kisah 24
Kesyahidan Basyar bin al-Barra'
Basyar bin Barra bin Ma'rur al-Ansariy al-Khazrajiy. Beliau salah seorang sahabat yang gugur dalam Perang Khaibar.
Basyar juga turut dalam Perjanjian Bai'atul Aqabah. Beliau juga melibatkan diri dalam Perang Badar dan Perang Uhud.
Dalam Perang Khaibar, beliau gugur sebagai syahid ketika penaklukan daerah ini dilakukan oleh pasukan Muslimin pada tahun ke-7 Hijrah.
Pada suatu hari, Basyar bin Barra duduk bersama dengan Rasulullah S.A.W dalam satu meja makan. Hidangan yang ada di hadapan mereka adalah daging kambing yang dihadiahkan oleh seorang wanita Yahudi yang bernama Zainab.
Basyar baru sahaja makan satu potong daging kambing tersebut, beliau tidak dapat bangun lagi dari tempat duduknya hingga beliau meninggal dunia di meja makan itu juga. [47]
📌 [47] Lihat kitab Asad al-Ghabah: 1/218, dan kitab Al-Ishaabah: 1/155
***
Kisah 25
Kesyahidan Yaman Abi Hudzaifah
Nama beliau lain Yaman adalah Hasal. Beliau juga dikenali dengan nama Htamatl bin Jabir al-Abasiy. Beliau adalah sekutu al-Ansariy.
Beliau dicederakan oleh kaumnya maka beliau lari ke Madinah. Di sini beliau ditolong oleh Bani Abdul Asyhal kemudian mereka memberinya nama Al-Yaman kerana beliau keturunan Yaman sedangkan mereka adalah Ansar.
Beliau dan anaknya turut serta dalam barisan kaum Muslimin pada Perang Uhud di mana beliau gugur sebagai syahid. Yaman Abi Hudzaifah terbunuh oleh sebahagian sahabat secara tidak sengaja..
Kerana para sahabat tidak mengenalinya. Di waktu itu pasukan muslimin bersembunyi di balik baju perang masing-masing sedangkan wajah mereka juga ditutupi tanpa memberikan tanda-tanda yang jelas dari golongan manakah mereka.
Dalam keadaan seperti ini biasa sahaja seorang adik bertempur dan membunuh abangnya tanpa mereka sedari.
Di waktu para sahabat menyerang Yaman, anaknya Hudzaifah menjerit, "Ayahku! Ayahku! Itu adalah ayahku wahai pasukan." Akhirnya Hudzaifah merelakan pemergian dan pengorbanan ayahnya. [98]
Aisyah radhiallah anha berkata, "Ketika Perang Uhud, kaum musyrikin dikalahkan. Kemudian iblis yang dilaknat Allah menjerit, "Hamba Allah S.W.T yang bodoh seperti apa kamu? Saling menyerang satu sama lain."
Lalu iblis itu melihat Hudzaifah yang berada dekat ayahnya dan berkata, "Hamba Allah mana yang memanggil ayahku?""
Aisyah berkata, "Demi Allah S.W.T mereka tidak mendengarnya sehingga mereka membunuh Yaman, kemudian Hudzaifah berkata, "Semoga Allah S.W.T mengampuni kamu.""
Urwah berkata, "Demi Allah S.W.T pada diri Hudzaifah masih nampak tanda-tanda kebaikannya sehingga beliau meninggal dunia. [99]
[98] Lihat kitab al-Mustadrak: 3/380 karangan Hakim dan kitab Sair: 2/362
[99] Hadis shahih diriwayatkan oleh Bukhari: 7/279, dan Ibnu Sa'd: 2/45 dalam kitab Thabaqaat.
***
Dipersilakan berkongsi namun sebarang plagiat dilarang sama sekali. Hormati ilmu dan pemberi ilmu dengan tidak mengubah atau membuang mana-mana bahagian dalam perkongsian ini.
Terima kasih!
⭐Kerjasama Hijrah Haura & Nawrah' Iman⭐
Teruskan sokong kami di page Facebook;
Hijrah Haura
Nawrah' Iman
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan