1 Day 1 Story #20

1 Day 1 Story of Sahabah Rasulullah S.A.W
.
Bismillahirrahmanirrahim

As'salamualaikum wbt

Ana nak petik kata-kata dari Ustaz Ebit Lew;

"Di mana kita kita tinggal, Allah S.W.T hantar kita untuk hidupkan Islam. Tiada yang mustahil. Islam itu hidup. Di mana kita kerja, atau di mana kita tinggal, dengan siapa kita kahwin, siapa ahli keluarga kita. Allah hantar untuk hidupkan Islam. Ini telah ditakdirkan oleh Allah S.W.T.

Bukan lama pun, mungkin malam ini kita tinggalkan dunia ini. Sabar sikit sahaja lagi.

Menangislah kerana kita telah ditipu oleh dunia dan pengalaman kita sehingga kita rasa mustahil untuk bangunkan agama ini.

Moga Allah ampunkan kita semua kerana untuk dunia, kita kata kita akan terus bermati-matian berusaha untuk mencapai cita-cita kita. Tetapi untuk bangunkan Islam ini kita kata tidak boleh. KITA nampak ini tanggungjawab orang lain."

Allahu. Agak mendalam. Moga kita semua sentiasa check niat kita sebenar di dunya ini supaya tak tergelincir ke jalan dimurkai Allah 😢😢

Kali ini ana akan kongsikan kisah sahabah Rasulullah yang gugur syahid dalam pertempuran Bani Quraidzah.

Jom baca sama-sama!

Bedah Buku
Perjalanan Hidayat Umat

Penulis
Ustaz Ebit Lew & Rahman Lew

By: Petal of Keiko

Kisah 20

Kesyahidan Khallad bin Suwaid

Khallad bin Suwaid bin Tsa'labah al-Ansariy adalah salah seorang sahabat yang gugur dalam pertempuran bani Quraidzah.

Khallad juga seorang sahabat yang mengikuti Perjanjian Bai'tul Aqabah. Beliau juga turut masuk dalam Perang Badar, Perang Uhud dan Perang Khandaq. Pada pertempuran melawan bani Quraidzah, beliau gugur sebagai syahid.

Beliau dilempar dengan batu penggiling yang amat besar dari atas bangunan yang amat tinggi sehingga menimpa kepalanya. Kepala Khallad akhirnya pecah dan hancur.

Mereka berkata, "Bahawa batu besar itu dilemparkan oleh seorang wanita yang bernama Bananah di mana ia seorang wanita dari bani Quraidzah." Kemudian Rasulullah S.A.W membunuhnya bersama bani Quraidzah lainnya. Tidak seorang pun dari kalangan wanita yang dibunuh dalam penyerangan itu kecuali Bananah. [45]

Allah S.W.T meredhai kesyahidan Khallad dan memberinya darjat tertinggi di syurga sebagai tempat kembalinya.


📌 [45] Lihat kitab Sirah Nabawiyah: 3/246 karangan Ibnu Hisyam dan kitab Asad al-Ghaabah: 2/142 karangan Ibnu Atsir.


***

🎉 Dipersilakan berkongsi namun sebarang plagiat dilarang sama sekali. Hormati ilmu dan pemberi ilmu dengan tidak mengubah atau membuang mana-mana bahagian dalam perkongsian ini.

Terima kasih!

⭐Kerjasama Hijrah Haura & Nawrah' Iman⭐

Teruskan sokong kami di page Facebook;

Hijrah Haura
Nawrah' Iman

Tiada ulasan: