Ghibah

ASSALAMUALAIKUM...

Bismillahirahmanirahim.

Ya Allah! Limpahkanlah selawat dan salam kepda junjungan kami Nabi Muhammad SAW yang mulia, yang telah memimpin kami kepada agama Engkau yang hak.

Assalamualaikum warga haura yang dihormati dan dikasihi sekalian.
Usrah minggu ini adalah mengenai ghibah. Semoga kita sama-sama mendapat sedikit sebanyak ilmu dari usrah ini.

 Allah SWT menetapkan tercelanya  ghibah (mengumpat) dalam kitab-Nya dan menyamakan pelakunya dengan pemakan bangkai.

Allah berfirman:
dan janganlah setengah kamu mengumpat setengah yg lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yg telah mati? (oleh itu patuhilah larangan yg tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah ; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.
[Surah al-Hujuraat: 12]

 Dalam hadis lain, baginda bersabda, “Berhati-hatilah kalian terhadap ghibah kerana ghibah itu lebih buruk drpd zina. Kenapa lebih buruk dari zina wahai sahabat

 Cee teka....

Sebab,

Jika seseorang berzina lalu bertaubat kpd Allah SWT, Allah mengampuninya. Sedangkan org yg mengumpat tidak akan diampuni sebelum org yg diumpat itu memaafkannya. Hah, tu diaaa tu diaaaa.

 Rasulullah SAW bersabda, “Orang yg mengumpat saudaranya bererti menginginkan keburukannya. Pada hari kiamat, Allah menghentikannya di atas jambatan Jahanam sehingga keluar apa yang pernah dikatakannya.”

 Seringkali terdengar orang yang berkata kepada seseorang yang menegur orang yang sedang mengumpat.
“Haa, mengumpat yea ?. Tak baik tau.”
“Ehh, mana ada kami mengumpat. Apa yang kami katakan ni semuanya benar belaka. So, takpe lah sebab memang betul dia tu macam tu.”

Amboiii, confidentnya.

Selanjutnya sabda Baginda, “Ghibah itu adalah engkau menyebut-nyebut tentang perkara-perkara yg tdk disukai saudaramu,  baik tentang kekurangan pada tubuhnya, nasabnya, perbuatannya, perkataannya, agamanya mahupun dunianya 🌍; hingga tentang pakaiannya , jubahnya dan kenderaannya

 Haaa, jadi walaupun ianya benar belaka tetapi jika perkara itu tidak disukainya maka ia dikira mengumpat.

 Para ulama terdahulu menyebut, bahkan kalau anda mengatakan bahawa si fulan pakaiannya panjang atau pendek,  itu pun ghibah .   Apatah lagi jika anda menyebutnya sesuatu yg tdk disukainya.

 Diriwayatkan, seorang perempuan pendek datang kepada Nabi Muhammad SAW untuk menyampaikan beberapa keperluannya. Ketika ia keluar, Sayidatina ‘Aisyah berkata, “Betapa pendeknya…”
 Baginda segera bersabda, “Engkau telah mengumpatnya, ‘Aisyah!”

Glupp…Guppp..

 Abu al-Laits al-Bukhari pergi mengerjakan haji dengan membawa wang 2 dirham  di sakunya. Ia bersumpah, “kalau saya mengumpat seseorang di dalam perjalanan menuju ke Mekah atau sekembalinya, saya akan sedekahkan wang  itu kerana Allah. Ia pun pergi ke Mekah dan kembali lagi ke rumahnya, sementara wang 2 dirham  itu masih ada dalam sakunya. Lalu ia ditanya tentang hal itu. Ia menjawab. “Kerana berzina seratus kali lebih saya sukai daripada mengumpat satu kali.” ( Untuk sekadar menjelaskan betapa buruknya ghibah)

Sementara itu, Abu Hafsh al-Kabir berkata, ‘Kalau saya tdk berpuasa pada bulan Ramadhan, itu lebih saya sukai drpd mengumpat seseorang.” Selanjutnya ia  berkata, “Barang siapa yang mengumpat seorang ulama, pada hari kiamat akan dituliskan pada wajahnya, ‘Inilah orang yang berputus asa daripada rahmat Allah.’

Justeru itu, hendaklah orang yang mengumpat memohon keampunan kepada Allah dan segera menemui orang yang diumpatnya. Hal itu kerana jika orang yang mengumpat itu bertaubat dan memohon maaf dengan orang yang diumpatnya, diterimalah taubatnya. Sama halnya dengan meninggalkan solat, zakat, puasa dan haji. Dosa meninggalkannya tidak terampun dengan taubat sebelum diqada’ solat yang ditinggalkan, zakat, puasa dan haji.

 Agak-agak berapa ramai orang yang perlu kita memohon maaf yea.

Wallahua’lam.

 Dipersilakan berkongsi namun sebarang plagiat dilarang sama sekali. Hormati ilmu dan pemberi ilmu dengan tidak mengubah atau membuang mana-mana bahagian dalam perkongsian ini.

Teruskan menyokong kami :
Facebook : Hijrah Haura
Twitter : @twt_haura
 Instagram : hijrahhaura


JANGAN EDIT ATAU PADAM APA-APA.
BELAJAR MENGHORMATI.

 Bidadari itu Tempatnya di Syurga

Tiada ulasan: