REVIEW Battle of Legend

ASSALAMUALAIKUM...

Kali ini admin akan review Battle of Legend (BOL)


Apa keistimewaan BOL ini?

haa ! keistimewaannya adalah BOL telah melibatkan group usrah online yang lain iaitu Team Tazkirah, Nawrah Iman dan Sahabat HM.

Menarik bukan?

Sehari sebelum BOL, Mereka telah dikumpulkan dalam satu group khas dan diberi sebanyak 20 nota untuk mengulangkaji.

Untuk pengetahuan semua, Battle of Legend disertai oleh 20 orang peserta dari 4 group usrah online yang berbeza.

sebelum peserta-peserta tersebut melangkah masuk ke dalam Battle of Legend, Mereka perlu menempuh Mini Battle.
Jadi, Mini Battle ini yang akan menentukan siapa yang mara ke Battle of Legend.

Dalam battle ini mengandungi 3 slot iaitu 
slot A secara individu (Objektif), 
slot B secara berkumpulan (Subjektif),
 dan slot C siapa cepat dia dapat (Subjektif).

Antara topik-topik yang diberi adalah 12 Ciri Sahabat kerana Allah,
Jenis-jenis Talak, Terjemahan Surah An-Nisa' : 50-60,  Imam Al Ghazali, Haji, Riddah, Perang Fijar, Tiga Golongan Yang Pertama Kali Masuk Neraka, dan sebagainya.

untuk mengetahui lebih lanjut tentang soalan-soalan BOL, boleh rujuk disini


Selepas tamat BOL pada jam 11:34 malam, didapati Team Tazkirah telah menjadi Juara dalam Battle of Legend dengan markah sebanyak 30 M.

Tahniah diucapkan ! 

Mengakhiri kata-kata, admin sebagai pemerhati dalam Battle of Legend telah mengkaji bahawa BOL adalah program yang sangat bagus !
Bukan itu saja,
BOL ini juga telah mendapat respon-respon yang positif dari peserta sendiri

(1) Ilmu yang bermanfaat,seronok sangat..terima kasih pada Nawrah Iman beri peluang pada kami.
-(SAKINAH, NAWRAH IMAN)

(2) Alhamdulillah best sangat battle ni + dapat tambah ilmu..
-(NI AMIRA)-

(3) Alhamdulillah, pertandingan yang sangat bagus, pelbagai ilmu dan info agama telah ana dapat dan amalkan, In Shaa Allahu Ta'ala. Dipermudahkan oleh Allah سبحنه وتعالى untuk ana dan antum juga. Dan semoga segala usaha kalian mendapat keredhaan dari ganjaran Illahi. In Shaa Allahu Ta'ala. Semoga terus maju Lillahi Ta'ala. Aamin Allahumma Aamin. Jazakumullah khairan jaza'. Barakallahu fikum.
- (Muhammad Ashraff, Team Tazkirah) -

(4) Ianya suatu event yang bisa merapatkan ukhuwwah dan test our ilmu plus dapat ilmu baru disamping itu walaupun mencabar asbab masa dan sebagai .
Walaubagaimanapun. It was a fun event
Moga2 dpt ilmu. Faham dan amal and boleh share sama teman2 diluar
-(AMMAR,Team Tazkirah)-

(5) Program ilmiah yang bagus. Dapat menambah ilmu & memantapkan lagi ingatan kita dalam sesuatu ilmu tu. 
Harap dapat dibuat lagi pada masa lain. Alhamdulillah, Jazakumullah khairal jaza. 

&& Tahniah semua  
-(HM SYAMIMI)-

(6) Seronok. Ilmu baru banyak.
Alhamdulillah pengurusan sistematik. Tak kelam kabut.
Kerjasama antara ahli baik.
Overall, good. 
-(HM Farzana)-

(7) Alhamdulillah.. Thank you  everyone for the cooperation.. Jujur, banyak ilmu baru yang saya dapat. Saya harap lepas ini akan dianjurkan battle seperti ini lagi, in shaa Allah.
-(HH SYAZWANI)-

(8) Terima kasih sebab pilih kami mewakili HH.

Terima kasih atas perkongsian ilmu.

Terima kasih sebab kasi kami ketaq jari jemari.

Maaf andai ada terlanjur bicara atau salah silap sepanjang MB1 , MB2 & BOL

Selamat hari raya. Maaf zahir batin
-(HH FIZA)-

Alhamdulillah, BOL mendapat sambutan yang begitu baik. Moga Moga battle berilmu ini akan diadakan pada masa akan datang.

Tahniah sekali lagi kepada Juara,
 Tahniah kepada semua peserta BOL !
dan Tahniah kepada semua pengasas dan AJK-AJK turut menjayakan battle ini.

akhir kata,
" Ilmu adalah keutamaan.
keutamaannya adalah membuat semua orang mengabdikan kepadanya...."

-Imam Syafiee


sekian terima kasih

Tiada ulasan: