REVIEW MINI BATTLE

ASSALAMUALAIKUM...


1 Ogos 2015 dan 4 Ogos 2015, adalah tarikh penting bagi Hijrah Haura iaitu Mini Battle 1 diadakan untuk Ahli HH.

Tujuan mengadakan Mini Battle ini diadakan adalah untuk memilih wakil Hijrah Haura menyertai Battle of Legend 

klik sini untuk lebih lanjut tentang Battle of Legend

untuk Mini Battle 1

Terdapat 9 group Whatsapp yang ditubuhkan dan 18 orang Naqibah yang mengaturcara Mini Battle tersebut.

iaitu setiap satu group mempunyai 2 Naqibah.

Dalam MB 1, Soalan-soalan yang disediakan oleh Team Gempur Legend sebanyak 10 soalan dan satu soalan bonus (soalan tajwid) berdasarkan tajuk-tajuk yang telah ditetapkan oleh pihak TGL sendiri.

soalan Mini Battle 1

Peserta wajib menjawab soalan tersebut hanya dalam dua minit sahaja dan soalan berbentuk subjektif.

susah bukan?

2 orang yang tertinggi markahnya dalam Mini Battle 1 adalah pemenang  dan pemenang tersebut akan mara ke Mini Battle 2.

untuk Mini Battle 2

hanya satu group sahaja ditubuhkan dan 18 orang menyertainya!
dan
Mini Battle 2 dikendali oleh 2 orang Naqibah dari Team gempur Legend.

10 soalan dan satu soalan bonus iaitu soalan tajwid berdasarkan tajuk-tajuk yang ditetapkan oleh TGL.

soalan Mini Battle 2

Konsep Mini battle 1 dan 2 adalah sama.Tambahan pula,soalan, syarat dan pemarkahan ditetapkan oleh Team gempur legend.

Hanya 6 Peserta dengan markah tertinggi terpilih menjadi wakil peserta Hijrah Haura.

Antara peserta yang terpilih ialah Amirah (peserta markah tertinggi), Fiza, Aisya, Diyana, Syazwani, dan Syakirah.

Alhamdulillah, Walaupun soalan-soalan agak mencabar mereka tetapi mereka berjaya menjawab dengan tepat dan betul. 

Selama admin menjadi pemerhati dalam Mini Battle 1, kebanyakannya peserta inginkan Battle seperti ini lagi !
Mereka sangat seronok dan bersungguh-sungguh untuk menjawab soalan tersebut walaupun masa yang diberi sangat singkat.

bak kata orang,"Critical Thinking".
iaitu
Mini Battle ini dapat mengajar mereka berfikir secara kritikal dan cepat !

Tahniah diucapkan kepada semua peserta yang menyertai dan Tahinah juga kepada Team gempur Legend yang telah memberi kerjasama yang baik serta tugas yang dilakukan begitu pantas !.

Tahniah juga kepada pengasas Hijrah Haura yang telah memberi idea yang sangat "brilliant" untuk memupuk ahli Hijrah Haura menambah ilmu dan melatih mereka jadi yang terbaik !

Sekian,Terima Kasih!






Tiada ulasan: