Soalan Mini Battle 1

Assalamualaikum




Soalan-soalan MB1

Soalan 1

 Firman Allah "(Iaitu) orang-orang yang menafkahkan (hartanya), baik di waktu lapang mahupun sempit, dan orang-orang yang menahan kemarahannya dan memaafkan (kesalahan) manusia.
 Dan Allah mencintai orang-orang yang berbuat kebaikan" .

Nyatakan surah tersebut


Jawapan :

surah Ali imran ayat 134

Soalan 2

Mengapakah kita perlu mengawal perasaan?


Jawapan:

Supaya tidak melanggar syariat.

Soalan 3

Orang yang mendapat hidayah Allah, akan menikmati kemanisan iman. Berikan maksud menikmati kemansan iman.


Jawapan:

Mereka mempunyai matlamat yang jelas dalam hidup. Pegangan akidah dan hidupnya menepati syariat Ini dapat dilihat dalam kehidupan dan tingkah lakunya.

Soalan 4

Apakah yang dimaksudkan dengan ‘kelapangan dada’?


Jawapan:

Satu cahaya Illahi yang diletakkan dalam hati seseorang sehingga menjadi lapang dadanya

Soalan 5

Nyatakan 3 contoh  situasi bagi orang yang mendapat hidayah Allah.


Jawapan:

1. Berubah daripada seorang yang tidak beriman kepada beriman.
2. Peningkatan ketara dalam ibadah samaada fardhu ain atau fardhu kifayah.
3. Mengamalkan perbuatan baik dan meninggalkan perbuatan mungkar.
4. Merasa gembira dan tenang menjalankan perintah Allah dan membenci perbuatan mungkar.
5. Tetap beriman sekalipun disiksa atau diberi tawaran kesenangan dunia supaya meninggalkan agama. 

6. Terdorong melaksanakan tugas amar makruf nahi mungkar.

soalan 6

Kita sebagai orang Islam, bagaimana Cara Mengubati Penyakit Memendam Perasaan?


Jawapan:

Memberanikan diri utk mengemukakan pndpt / menghormati pandangan orang lain / Menerima pandangan org lain jika ia bermanfaat / sentiasa berbuat baik pada org lain walaupun dia pernah melakukan kesalahan / memperbanyakkan Zikirullah

soalan 7

Penyakit memendam perasaan sangat memberi kesan buruk. Berikan dua kesan Perasan Memendam Rasa ?


Jawapan:

Tekanan Perasaan / Timbul Perasaan Tiada Belas Kasihan Terhadap org Lain Krn Sifat Ingin mblas Dendam / Menjauhkan diri drpd masyarakat / memutuskan hubungan silaturrahim / Mula berdengki

soalan 8

Berdasarkan Tajuk Hidayah Itu Milik Allah, dalam Surah An - Nahl Ayat 125 Allah telah berfirman. Nyatakan Firman Allah secara ringkas


Jawapan:

"Serulah Ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dgn hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yg baik dan brbhaslah dgn mereka (yg kau serukan itu) dgn cara yg lebih baik;sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua yg lebih mengetahui akan org yg sesat dari jalanNya ,dan Dia lah jua Yg lebih mgthui akn org2 yg mndpt hidayah petunjuk"

soalan 9

Nyatakan Satu Daripada Apa Yang Dipesan Oleh Saidina Ali


Jawapan:

Rujuk pada blog.

soalan 10

Nasihat Saidina Ali

#1 Tiada solat yang sempurna tanpa jiwa yang khusyuk.

 Kekusyukan solat satu yang susah nak dapat. Antara sebabnya mungkin tak faham maksud bacaan  dalam solat.

 Siapa yang tahu bahasa Arab ada kelebihan kat situ. Tapi belum jamin akan dapat kusyuk dalam solat.

 Ada juga yang belajar kat sekolah agama, belajar bahasa arab in the end tak ingat pun bahasa yang pernah dia belajar tu.

 Betul la pepatah Arab cakap:
✒ ”Al-Ilmu Bi La Amal Kal Shajarah Bi La Simar"
✏ “______________________________”.

Nyatakan maksud pepatah arab tersebut

jawapan :

Ilmu Tanpa Amal Bagaikan Pokok Tiada Buah

 Soalan Bonus : Tajwid Mini Battle 1

Nyatakan 5 hukum tajwid dalam surah al baqarah ayat 145 ini :

وَلَئِنْ أَتَيْتَ الَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ بِكُلِّ آيَةٍ مَا تَبِعُوا قِبْلَتَكَ وَمَا أَنْتَ بِتَابِعٍ

قِبْلَتَهُمْ وَمَا بَعْضُهُمْ بِتَابِعٍ قِبْلَةَ بَعْضٍ وَلَئِنِ اتَّبَعْتَ أَهْوَاءَهُمْ مِنْ بَعْدِ مَا

جَاءَكَ مِنَ الْعِلْمِ إِنَّكَ إِذًا لَمِنَ الظَّالِمِين

Jawapan :

1. وَلَئِنْ أَت (izhar halqi)

2.  آيَةٍ مَا ت (idgham) 

3. أَنْتَ (ikhfa haqiqi)

4.  بِتَابِعٍ قِبْلَتَهُمْ (ikhfa haqiqi)

5. بَعْضٍ وَلَئ (idgham)

6. مِنْ بَعْد (iqlab)

7. إِذًا لَمِنَ (idgham)

sila KLIK untuk maklumat lebih lanjut
Soalan MB2
Review MB

Tiada ulasan: