Istidraj

ISTIDRAJ
.
Bismillahirrahmanirrahim.
.
|| Ada orang, Allah sentiasa bagi nikmat dunia walaupun dia lakukan maksiat kepada Allah. Setiap kali dia buat dosa, Allah bagi nikmat. Dia buat maksiat, Allah bagi nikmat. Tak solat fardhu, Allah bagi kejayaan. Tak puasa Ramadhan, Allah bagi rezeki (wang) melimpah. Rasuah, Allah bagi kekayaan.
.
|| Semakin dia bermaksiat, semakin banyak Allah bagi nikmat. Dia lemas dalam nikmat dunia dan Allah buat dia lupa kepada Allah, sebenarnya ia adalah balasan untuk perbuatan2 maksiat yang dia lakukan. Istidraj. Kita sangkakan kita dapat nikmat tetapi sebenarnya Allah jauhkan kita dari Allah. Nauzubillah!
.
|| Biarlah hidup kita, Allah cukupkan apa yang kita perlu kalau kita tak dapat apa yang kita mahu. Apalah dibanggakan apabila keseronokan dunia kita dapat nikmati terlalu sekejap, tetapi hilang nikmat yang sebenar iaitu nikmat bercinta dengan Allah, nikmat merasakan Allah adalah matlamat kita.
.
|| Semoga Allah akan terus sayang kita semua dan jauhkan kita dari perkara yang menjauhkan kita dari Allah. Aamiin

Tiada ulasan: