1 Day 1 Story of Sahabah Rasulullah S.A.W #7

1 Day 1 Story of Sahabah Rasulullah S.A.W
.
Bismillahirrahmanirrahim 🌹

As'salamualaikum wbt.

Apa khabar iman kalian hari ni? Moga sentiasa dalam jagaan Allah tidak kira kalian berada. Pejam celik kita dah masuk hari ketujuh dalam bulan ramadan bererti sudah seminggu slot 1D1S dijalankan.

Alhamdulillah terima kasih bagi mereka masih setia untuk mengetahui sejarah sahabah-sahabah Rasulullah yang sanggup berkorban nyawa, harta dan sebagainya untuk mempertahankan agama Islam.

Hari ni ana nak kongsikan kisah mengenai sahabah Rasulullah yang sedang nazak ketika itu tetapi masih hendak menyampaikan pesanan buat Rasulullah dan umat Rasulullah dan akhirnya menghembuskan nafas terakhir.

Siapakah pahlawan ini? Akan dikisahkan dalam siri ke-7 ini.

Nantikan kisah Hamzah bin Abdul Mutalib esok inshaAllah!

💡Bedah Buku
📝Perjalanan Hidayat Umat

💡Penulis
📝Ustaz Ebit Lew & Rahman Lew

🌹By: Petal of Keiko

⏰Kisah 7⏰

Kesyahidan Saad bin Rabi' ⚡

Nama penuhnya adalah Saad bin Rabi’ bin Umar al-Ansariy, salah seorang  pahlawan dari golongan Ansar dan gugur dalam Perang Uhud.
Abdurrahman bin Auf radhiallah anhu (RA) berkata, “Ketika kita menuju  ke Madinah, Rasulullah S.A.W mempersaudarakan antara aku dan Saad bin  Rabi’.

Saad bin Rabi’ pun berkata, “Aku adalah golongan Ansar yang memiliki  paling banyak kekayaan, maka aku akan memberimu separuh daripada  hartaku.”

Ketika Perang Uhud tercetus dan setelah pasukan Islam selesai berperang,  Rasulullah S.A.W bersabda, “Siapa yang mahu memberitahukan kepadaku bagaimana keadaan Saad bin Rabi’ sekarang? Apakah dia masih hidup atau  sudah meninggal dunia?”

Seorang pemuda dari golongan Ansar menjawab,  “Aku yang akan mencari  berita tentang nasib Saad dan memberitakannya kepadamu wahai Rasulullah.”
Kemudian si pemuda itu mula mencari dan menemukan Saad yang dalam  keadaan cedera dan nazak.

Pemuda itu berkata, “Aku pun menyampaikan kepadamu Saad bahawa  Rasulullah S.A.W telah memerintahkanku untuk melihat keadaanmu apakah  engkau masih hidup atau sudah meninggal.”

Saad bin Rabi’ berkata, “Aku sudah meninggal dan sampaikan salamku kepada Rasulullah S.A.W dan sampaikan pesananku kepada: baginda; “Semoga Allah S.W.T membalas kebaikanmu sebaikbaiknya balasan  bagi Nabi umatnya.

Dan sampaikan salamku kepada umatmu dan pesanan buat  mereka; Allah  S.W.T tidak akan menghalang kamu apabila kamu mengikhlaskan diri  kepada Nabi kamu dan dari kamu mata yang terang.””

Pemuda dari golongan Ansar ini tidak berganjak meninggalkan Saad  sehingga Saad bin Rabi’ menghembuskan nafas terakhir barulah dia meninggalkannya. Pemuda tersebut datang kepada Rasulullah S.A.W dan  menyampaikan semua yang dikatakan oleh Saad bin Rabi’.[24]


📌 [24] Hadis Hasan ditakhrij oleh Hakim 2/201, Thabariy: 2/258 dalam  kitab Tarikhnya, Baihaqi: 3/285 dalam kitab Ad-Dalaail, secara mursal ditakhrij oleh Hakim: 3/201 diriwayatkan dari Anas, namun di tashih dan  dibenarkan oleh AdDzahabiy, ditakhrij juga oleh Imam Malik: 466 dalam kitab Muwatha’ secara mursal.

***

🎉 Dipersilakan berkongsi namun sebarang plagiat dilarang sama sekali. Hormati ilmu dan pemberi ilmu dengan tidak mengubah atau membuang mana-mana bahagian dalam perkongsian ini.

Terima kasih!

⭐Kerjasama Hijrah Haura & Nawrah' Iman⭐

📱Teruskan sokong kami di page Facebook;

💡Hijrah Haura
💡Nawrah' Iman

Tiada ulasan: