1 day1 Story of Sahabah Rasulullah S.A.W #8

✨1 Day 1 Story of Sahabah Rasulullah S.A.W✨
.
Bismillahirrahmanirrahim 🌹

As'salamualaikum wbt.

Kisah ana nak kongsikan hari ini agak berkesan untuk diri ana sendiri selepas mengkaji kisahnya berhari-hari dan mungkin di luar sana. Kerana sahabah Rasulullah kali ini merupakan sebaik-baik manusia selepas Rasulullah S.A.W 😌

Siapakah dia? ❓

Marilah baca & hayati kisah ini 💝

💡Bedah Buku
📝Perjalanan Hidayat Umat

💡Penulis
📝Ustaz Ebit Lew & Rahman Lew

🌹By: Petal of Keiko

⏰Kisah 8⏰

Kesyahidan Hamzah bin Abdul Mutalib ⚡

Dari Ja’far bin Amru bin Umayyah al-Dhamiri berkata:

“Aku dan Ubaidillah bin Uday bin al-Khiyar turut serta berperang di masa pemerintahan Mu’awiyah, kemudian kami berjalan di sebuah tembok dan Wahsyi sedang berada di dalam tembok tersebut.”

Ibnu Uday bertanya kepada Ja’far:

“Tidakkah engkau ingin jika kita bertanya kepada Wahsyi tentang bagaimana peristiwa kematian Hamzah yang sebenarnya?”

Kemudian mereka berdua mencari Wahsyi untuk bertanya. Waktu itu Wahsyi tinggal di dalam tembok itu  kemudian mereka menghampirinya sampai jarak yang cukup dekat. Ja’far dan Ibnu Uday mengucapkan salam dan Wahsyi membalas salam tersebut. Ketika itu Ubaidillah tertutup dengan jubah dan tutup kepala yang tampak mata dan kedua-dua kakinya sahaja.

Kemudian Ubaidillah bertanya:

“Hai Wahsyi apakah engkau mengenaliku?”

Wahsyi pun melihat ke arah Ubaidillah dan berkata:

“Demi Allah S.W.T tidak, aku tidak mengenalimu. Hanya aku mengetahui bahawa Uday bin al-Khiyar telah menikahi seorang wanita yang dikenal dengan panggilan Ummu Qitaal binti Abu al-Aisy, yang kemudian melahirkan seorang anak lelaki di kota Mekah.

Dan kemudian aku mencarikan seorang yang mahu menyusui anak lelaki itu lalu aku membawa anak lelaki itu berserta ibunya dan menyerahkannya kepada seorang wanita yang mahu dibayar untuk menyusukannya, seakan-akan sekarang ketika aku melihat kedua telapak kakimu engkaulah anak itu. Sudah lama sekali kita tidak bertemu.”

Kemudian Ubaidillah menyingkap penutup wajahnya lalu berkata:

“Mahukah engkau menceritakan kepada kami tentang kematiannya Hamzah?”

Wahsyi mula bercerita:

“Baiklah. Hamzah bin Abdul Mutalib telah membunuh Ta’imah bin Uday bin Al-Khiyar dalam Perang  Badar. Kemudian tuanku Jubair bin Mat’am berkata kepadaku, “Apabila Hamzah berjaya engkau bunuh maka engkau aku merdekakan.”

Ketika kaum muslimin hendak perang Ainain (Ainain adalah sebuah bukit di sekitar Uhud yang dipisahkan antara satu dengan lain dengan sebuah lembah), aku turut bersama pasukan untuk berperang.

Ketika pasukan telah berbaris untuk menyerang, aku sedang bersiap-siap untuk membunuh Hamzah bin Abdul Mutalib dan bersembunyi di balik pohon agar menerkamnya atau menunggunya supaya dekat.

Tiba-tiba Siba’ bin Abdul Uzza keluar dan berkata,

“Apakah ada ingin mencabar aku?”

Hamzah menyedari Siba’ datang menghampirinya lalu Hamzah berteriak,

“Wahai Ibnu Ummu Anmar, apakah engkau menentang Allah dan Rasul-Nya?”

Dengan sekali hayunan  pedang  Hamzah, kepala Siba’ tergolek jatuh ke tanah dan Hamzah mula mendekatkan dirinya kepadaku dan ketika itu lah aku lemparkan debu dan aku terus menyerangnya dengan lembingku yang menusuk tepat pada bahagian pusar dan kemaluannya hingga duburnya.””

(Dalam riwayat lain, Wahsyi  bercerita; “Aku mengasak Hamzah sampai ke sebatang pokok, setelah itu aku menikamnya dengan lembing sampai menembusi duburnya kemudian Hamzah berusaha bangkit namun tidak mampu lagi akhirnya  syahid.)

Ja’far bin Amru berkata:

“Itu merupakan janji Jabir, tuannya Wahsyir yang akan membebaskannya dari kehambaan jika Wahsyi sanggup membunuh Hamzah.”

Wahsyi menyambung cerita,

"Setelah peperangan berakhir dan para pasukan kembali, aku ikut bersama mereka. Lalu aku bermukim di kota Mekah sampai Islam tersebar di kota itu. Kemudian aku berangkat ke Thaif lalu Rasulullah S.A.W mengutuskan seorang utusan kepadaku dan utusan itu berkata bahawa apa aku lakukan tidak mempengaruhi Rasulullah S.A.W.

Lalu aku berangkat bersama mereka hingga aku diketemukan dengan Rasulullah S.A.W. Saat aku telah sampai di hadapan beliau, beliau bertanya padaku,

“Apakah engkau bernama Wahsyi?”

Aku menjawab, “Ya  benar.”

Rasulullah S.A.W bertanya lagi,

“Adakah engkau telah membunuh Hamzah?”

Aku pun menjawab,

“Hal ini sudah disampaikan sebelumnya kepadamu wahai  Rasulullah.”

Lalu beliau pun bersabda, “Apakah engkau boleh menyembunyikan mukamu lagi di hadapanku?”

Setelah Rasulullah S.A.W berkata demikian, aku pun keluar. Lalu saat Rasulullah wafat dan muncul Musailamah al-Kadzab, aku berkata pada diriku sendiri bahawa aku akan membunuhnya. Hal itu aku lakukan sebagai tebusan dari perbuatan yang telah aku lakukan kepada Hamzah bin Abdul Mutalib.”

(Dalam riwayat lain disebutkan: “Aku (Wahsyi) keluar bersama rombongan seperti sedia kala. Waktu itu aku melihat seseorang yang sedang bersandar di sekitar dinding. Ia seperti unta coklat dengan kepala berserabut.

Aku terus menusuknya dengan lembing tepat pada bahagian antara kedua dadanya hingga menembus punggungnya. Kemudian datang seorang pemuda dari kaum Ansar melompat dari atas kudanya dan melibaskan pedangnya tepat di kepalanya. [25]

Dan Tuhanmu lebih mengetahui serangan mana yang menewaskannya. Apabila seranganku telah membunuhnya, maka setelah aku membunuh sebaik-baik manusia selepas Rasulullah S.A.W (Hamzah). Dan aku telah membunuh seburuk-buruknya manusia iaitu Musailamah al-Kadzab. [26])

Anas bin Malik radhiallahanhu (RA) berkata:

“Ketika Perang Uhud, Rasulullah S.A.W berdiri di sisi jasad Hamzah yang sudah dipotong-potong. Kemudian beliau bersabda, “Jika kalian tidak menemukan kebaikan dalam dirinya, aku akan membiarkannya hingga Allah S.W.T menghisabnya kelak di Hari Mahsyar (Hari Kebangkitan) di tempat ini sekalipun akan dimakan binatang buas dan burung.”

Rasulullah membungkus jasad Hamzah dengan sehelai pakaian yang apabila ditutup bahagian kepalanya maka akan tampak kedua kakinya dan apabila ditutup kedua kakinya maka akan tampak kepalanya.

Rasulullah S.A.W bersabda, “Aku sendiri yang akan menjadi saksi bagi kamu di akhirat.”

Ketika Rasulullah S.A.W ingin menguburkan tiga jenazah termasuk jenazah Hamzah dalam satu makam, Rasulullah bertanya, “Mana antara mereka yang paling banyak hafalan Al-Qurannya? [27] Maka kuburkan ia terlebih dahulu.”

Kemudian Rasulullah mengkafankan dua orang dalam satu kain dan yang ketiga dengan bajunya.”

Dalam kisah lain ada mengatakan mereka menemui jasad Hamzah radhiallah anhu (RA) dengan perut  terbelah/robek, kemudian Wahsyi membawanya ke hadapan Hindun isteri Abu Sufyan kerana Hindun telah bersumpah ketika ayahnya terbunuh dalam Perang Badar.

Kemudian mereka menguburkannya dengan kain yang ada padanya yang apabila diangkat untuk menutup kepalanya, maka akan tampak kedua kakinya, lalu mereka menutup kaki Hamzah dengan sejenis tumbuhan.

Moga Allah meredhai kesyahidan Hamzah dan memberinya tempat tertinggi  di  syurga.  InshaAllah. Amin.


📌 [25] Hadis shahih diriwayatkan oleh Bukhari dalam Shahih Bukhari no. 4072, Thabari dalam kitab ‘Tarikh al-Thabar’, Juz II, hlm 516-517, Baihaqi dalam ‘Dalail al-Nubuwwah’, Juz III hlm. 241-242 dan Ibn Atsir dalam ‘Asad al-Ghabah’, Juz V hlm. 438-440.

📌 [26] Khabar shahih diriwayatkan oleh Ibnu Ishaq: 1101 dalam Kitab Al-Ghabah: 438/440, dan Ibnu Abdul Bar: 5/51 dalam Kitab Al-Isti’aab.

📌 [27] Hadis shahih diriwayatkan oleh Ahmad:3/128, Ibnu Sa’d dalam Tabaqat al-Kubra’, Abu Daud: 3136, Tirmidzi: 1016, Hakim 3/196 dan dibenarkan serta dikuatkan oleh Al-Dzahabiy.


***

🎉 Dipersilakan berkongsi namun sebarang plagiat dilarang sama sekali. Hormati ilmu dan pemberi ilmu dengan tidak mengubah atau membuang mana-mana bahagian dalam perkongsian ini.

Terima kasih!

⭐Kerjasama Hijrah Haura & Nawrah' Iman⭐

📱Teruskan sokong kami di page Facebook;

💡Hijrah Haura
💡Nawrah' Iman

Tiada ulasan: