1 Day 1 Story of Sahabah Rasulullah S.A.W #9

✨1 Day 1 Story of Sahabah Rasulullah S.A.W✨
.
Bismillahirrahmanirrahim 🌹

As'salamualaikum wbt.

Para sahabat radhiallahu anhu (RA) merupakan teladan yang sangat konstruktif bagi umat ini, mereka menjadi faktor penyebab kegemilangan peradaban dan kejayaan Islam.

Mereka telah mendatangi setiap penjuru alam berusaha untuk memberi petunjuk kepada manusia sambil menyeru bahawa tiada yang patut disembah di dunia ini kecuali Allah S.W.T.

Bagaimana dengan diri kita?

Bagaimana kita menjadikan mereka pedoman dalam kehidupan seharian?

Tepuk dada, tanya iman ❤

💡Bedah Buku
📝Perjalanan Hidayat Umat

💡Penulis
📝Ustaz Ebit Lew & Rahman Lew

🌹By: Petal of Keiko

⏰Kisah 9⏰

Kesyahidan Mus'ab bin Umair ⚡

Muhammad bin Syarhabil berkata:

"Ketika Perang Uhud berlangsung, Mus'ab bin Umair RA membawa bendera. Setelah kaum Muslimin mengepung Uhud, Mus'ab berdiri dan berhadapan dengan Ibnu Qam'ah lalu Ibnu Qam'ah memotong tangan kanannya.

 Kemudian Mus'ab membacakan firman Allah S.W.T yang bermaksud,

"Muhammad adalah seorang Rasul, sebelumnya juga telah ada beberapa Rasul." [28]

Lalu Mus'ab mengambil bendera dengan tangan kirinya hingga tangan kirinya dipotong juga sehingga bendera sudah tidak lurus lagi, kemudian beliau memegang bendera dengan gigitan yang dilekatkan di atas dadanya sambil berkata:

"Muhammad adalah seorang Rasul, telah berlalu rasul-rasul sebelum Rasulullah diutus."

Ketika serangan ketiga mengenainya, maka Mus'ab bin Umair pun tersungkur di tanah." [29]

Mus'ab bin Umair berjuang tanpa kehadiran Rasulullah S.A.W hingga beliau gugur dalam perang ini. Umair gugur di tangan Ibnu Qam'ah al-Laitsiy yang menyangka bahawa Mus'ab adalah Rasulullah S.A.W.

Ibnu Qam'ah kembali ke tengah kaum suku Quraisy sambil menjerit,

"Aku telah membunuh Muhammad."

Setelah Mus'ab gugur, Rasulullah S.A.W menyerahkan bendera kaum Muslimin kepada Ali bin Abu Thalib RA."

Khabab bin Art RA berkata:

"Kita berhijrah bersama Rasulullah S.A.W untuk mencari keredhaan Allah S.W.T, maka hanya Allah S.W.T yang membalasnya, di antara kita ramai yang tidak dapat menikmati kesenangan sedikit pun. Di antara mereka ialah Mus'ab bin Umair yang gugur dalam Perang Uhud.

Beliau tidak meninggalkan apa-apa kecuali sehelai kain sahaja. Apabila kami menutup bahagian kepalanya maka nampaklah kedua kakinya, dan apabila kita menutup bahagian kakinya maka nampaklah bahagian kepalanya.

Kemudian Rasulullah S.A.W bersabda, "Tutup kepalanya dan tutup bahagian kakinya dengan tumbuhan "idzkhar" (jenis tumbuhan yang harum wanginya)."

Allah S.W.T meredhai kesyahidan Mus'ab bin Umair serta memberinya tempat pada darjat tertinggi di syurga.


📌 [28] Q.S Al-Imran: 144
📌 [29] Kitab Shafwatu Shafwah: 1/392 karangan Ibnu Jauziy


***

🎉 Dipersilakan berkongsi namun sebarang plagiat dilarang sama sekali. Hormati ilmu dan pemberi ilmu dengan tidak mengubah atau membuang mana-mana bahagian dalam perkongsian ini.

Terima kasih!

⭐Kerjasama Hijrah Haura & Nawrah' Iman⭐

📱Teruskan sokong kami di page Facebook;

💡Hijrah Haura
💡Nawrah' Iman

Tiada ulasan: