1 Day 1 Story of Sahabah Rasulullah S.A.W #10

✨1 Day 1 Story of Sahabah Rasulullah S.A.W✨
.
Bismillahirrahmanirrahim 🌹

💡Bedah Buku
📝Perjalanan Hidayat Umat

💡Penulis
📝Ustaz Ebit Lew & Rahman Lew

🌹By: Petal of Keiko

⏰Kisah 10⏰

Kisah Kesyahidan Yazid bin Zam'ah ⚡

Nama penuhnya adalah Yazid bin Zam'ah bin al-Aswad, al-Qarsyiy, al-Asadiy, ia adalah salah seorang sahabat yang gugur dalam Perang Hunain.

Beliau termasuk sahabat yang masuk Islam pada peringkat awal, beliau juga termasuk salah seorang sahabat yang melakukan hijrah menuju Habsyah.

Di masa jahiliyah beliau adalah orang yang disegani oleh kaumnya, apabila mereka memiliki permasalahan, mana mereka akan meminta pendapat Yazid terlebih dahulu, kerana ia termasuk golongan pemuka kaum Quraisy.

Kesyahidan Yazid disebabkan oleh kudanya. Pada suatu hari kudanya berlari sangat kencang sehingga Yazid terjatuh dari kuda lalu tersembam ke tanah.  

Ibnu Ishaq rahimahullah berkata: Yazid bin Zam'ah adalah salah seorang sahabat yang gugur dalam perang Hunain, ketika pertempuran terjadi kudanya yang bernama Janah berlari kencang dan ia terlempar ke tanah hingga meninggal dunia. [56]


📌 [56] Lihat kitab Sirah Nabawiyah: 2/363 karangan Ibnu Hisyam, dan kitab Asad al-Ghabah: 5/488 karangan Ibnu Atsir.


***

🎉 Dipersilakan berkongsi namun sebarang plagiat dilarang sama sekali. Hormati ilmu dan pemberi ilmu dengan tidak mengubah atau membuang mana-mana bahagian dalam perkongsian ini.

Terima kasih!

⭐Kerjasama Hijrah Haura & Nawrah' Iman⭐

📱Teruskan sokong kami di page Facebook;

💡Hijrah Haura
💡Nawrah' Iman

Tiada ulasan: