TAUBAT

Assalamualaikum wbt. Hari ini kita akan membicarakan mengenai taubat.

Apa yang anda faham bila sebut taubat?

 Taubat maksudnya kembali. Kembali kepada Allah. Kembali kepada Allah setelah berbuat maksiat.

 Dan taubat nasuha itu sebaik2 taubat. Kembali kepada Allah dengan tekad tidak mengulanginya semula.

 Ada dalam alQuran surah at tahrim ayat 8 menyebut pasal taubat nasuha.

 Sesiapa yang tak bertaubat di anggap zalim. Boleh semak dalam alQuran surah al hujurat ayat 11 tak silap.


 Nak taubat ada 3 syarat utama.

1. Awak kena bertekad tak nak ulang.

❤ Bina tekad tu. Kalau tak rasa gitu cuba bawak muhasabah diri. Ingat balik dosa2 awak biar timbul keinsafan.

❤ Dan lagi pula dengan cara gitu awak boleh tau apa yang perlu awak tekad tak nak ulangi.

2. Awak kena bagi diri tu menyesal sungguh2.

❤ Paksa diri tu menangis. tak kisah la laki pun. Paksa gak nangis. Kalau tak nangis gak ingat la dosa paling teruk awak buat dan cari balasannya di akhirat.

❤ Nak bagi timbul rasa menyesal kat hati tu

3. Terus tinggalkan maksiat tu.

❤ Bila dah sedar. Dah pasang niat nak berubah ofkos la kena buat melalui tindakan. Jadi tinggalkan maksiat tu terus.

❤ Tak kuat nak tinggalkan terus? Buang sikit2. Kurangkan dosa tambahkan pahala. Maksud di sini awak kurangkan sikit maksiat yang awak buat tu sambil tambahkan pahala contoh zikir ka sedekah ka puasa sunat ka apa2 jela.

❤ Kalau nak berubah kena tambah aura positif kat diri baru menjadi sebab tu sambil2 kurangkan dosa tambah pahala.

Ni baru tang urusan kita dengan All8ah. Tapi ada penambahan kalau kita buat salah dengan manusia.

Apa nak buat kalau kita buat salah kat manusia dan dia tak mau maafkan

 Setiap yang berlaku ada puncanya. Mungkin kerana perbuatan itu zalim bagi diri dia.

 Maka kita kena berusaha memperbaikinya. Kalau kita ada ambil harta orang kita kena kembalikan. Kalau kita kutuk maki or seumpamanya kena minta maaf kat dia.

 Mohon maaf bersungguh2 dan tunjukkan kita memang dah berubah. Tapi kalau dah berkali2 tunjuk dia buat tak endah.

 Itu urusan dia dengan Allah. Tanggungjawab kita dah lepas.

 Selain dari tu. Kalau nak buat apa2 masukkan Allah dalam perbuatan kita tu.

 Ertinya dalam berusaha meminta maaf pada dia kena usaha dia kat Allah juga.

Sebab ingat ya haura semua dia pun manusia. Dan hati semua manusia Allah yang pegang.
Baik berbalik pada topik kita  mengenai taubat.

 Apakah kita perlu menceritakan kesalahan kita kepada orang yang kita berbuat salah tu

 Bergantung pada keadaan. Jika perlu dan diyakini tidak mendatangkan hal yang lebih teruk maka boleh. Tapi kalau boleh datangkan mudarat maka simpan.

 Tapi sebaik2nya simpan aib sendiri.

 Bagaimana pula jika kita ambil barang/hak seseorang contohnya kita ada ambil baju kawan kita tapi kita hilangkan❓

 Gantikan dengan yang baru atau pun bayar semula. Ikut pada harga baju tu  contoh baju harga rm50 belilah yang berharga sebegitu juga jadi dapat mengelakkan dia kerugian.

 Melainkan dia halalkan. Maka terpulang pada kita nak juga ganti atau tidak.

 Kita dah faham apa itu taubat. Kita dah tahu syarat2 nak bertaubat. Jadi ayuh kita ketahui caranya pula.

Saya bukan nak ajar solat taubat nasuha tau! Tapi nak beri penekanan pada aspek lain.

 Ada dalam satu hadis riwayat ahmad dan ibn majah. Rasulullah saw bersabda. Menyesali dosa itu ialah taubat.

 Maka di sini cara pertama untuk bertaubat ialah menyesali perbuatan kita.

 Macam mana nak yakinkan diri ni betul2 menyesal? Hati kita dah tak menginginkan berbuat maksiat tersebut.

🌹 Cara kedua pula kena jauhi dosa tersebut sebab bila kita tak menjauh iman kita akan mudah digoyang. Keinginan untuk buat maksiat tu akan berulang.

 Ada orang berkata kalau nak kendurkan rasa untuk bermaksiat ingatlah keindahan syurga.

 Syoknya di syurga sampai rasa tak mahu sia2kan peluang yang ada kat dunia ni.

Ketiga beralih arah.

✔ Dari neraka ke syurga.
✔ Dari tempat maksiat ke tempat ibadat.
✔ Dari tempat lagha ke majlis2 ilmu.

Bila diri menolak hal2 negatif dan pergi ke tempat2 baik. Bergaul dengan yang baik2. Lihat yang baik2 maka hati lebih terpelihara dan perlaksanaan taubat akan lebih mudah.

 Dan last sekali mesti lah buat solat taubat nasuha. Macam yang Allah berfirman dalam surah at tahrim ayat 8 tu.

 3 TANDA TAUBAT KITA TELAH DITERIMA OLEH ALLAH :
1) Hati menjadi lembut, mudah menangis
2) Cenderung kpd ibadah, suka majlis ilmu
3) Benci kemaksiatan yg telah dilakukannya, sehingga nak mengingatinya pun tidak sanggup !

 CARA MUDAH UNTUK MENANGIS...
1) Renung aib diri dari aib org lain
2) Renung di mana kita akan ditempatkan sekiranya kita mati sekarang
3) Renung berapa byk dosa yg telah kita lakukan
4) Renung siapa yg telah byk bersusah payah utk kejayaan kita hari ini
5) Renung-renungkan selamat beramal !

Macam mana kalau sekiranya sudah bertaubat namun mengulangi dosanya semula

Bersangka baiklah dgn Allah SWT, kerana Dia mengikut sangkaan hamba-Nya !
Tetap diterima Allah... Insya Allah !

 Penutup kata ingatlah surah an nur ayat 31. Apa Allah kata?

" Dan bertaubatlah kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung."

 Jadi pilih. Nak jadi orang beruntung ke rugi?

Teringat plak kat surah al ahzab ayat 71 tak silap.

"Barangsiapa mentaati Allah dan RasulNya maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar."

Wallahualam

@hijrahhaura & @ustazkayy

#HijrahHaura #HauraIsBidadari #iShare #iCare

Tiada ulasan: